10 Foto Che Ta Di Tanah Suci. Jubah & Cermin Mata Memang ‘Meletop’!

Pelakon dan usahawan Che Ta atau nama sebenar Rozita Che Wan bersama suaminya, Zain Saidin telah berangkat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Memang murah rezeki mereka sekeluarga kerana sekali lagi dijemput sebagai tetamu Allah SWT.

Che Ta banyak berkongsi foto beliau di Mekah bersama peminatnya di akaun Instagram milik beliau. Ramai yang mendoakan agar ibadah Che Ta sekeluarga di sana akan berjalan dengan lancar.

Kami kongsikan beberapa foto Che Ta dan keluarga di Tanah Suci Mekah. Serius Meletop!

Ramai netizen yang memuji penampilan dan fesyen yang dikenakan oleh Che Ta dan suaminya. Antara yang mencuri perhatian adalah jubah dan cermin mata hitam yang dipadankan dengan jubah yang cukup memukau.

 

Difahamkan Che Ta selain menunaikan Umrah, dia juga menjalani sesi fotografi. Kami di Hangat.com juga mengucapkan agar mereka sekeluarga mendapat umrah yang mabrur.

Sumber Instagram Che Ta / ceriteradunia
Kredit : Hangat.com