10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan!

Berapa ramai antara anda yang pernah bermimpi untuk menemukan harta karun yang bernilai jutaan ringgit? Apa yang penting adalah kisah dan misteri di sebalik harta yang ditemui, pastinya penemuan itu punya kisah yang tersendiri.

Harta karun yang ditemukan bukan sahaja boleh mencecah ribuan dolar tetapi apa yang penting ialah sejarah di sebalik harta karun yang ditemui.

Berikut adalah 10 cerita yang menakjubkan tentang orang yang menemui harta karun di tempat-tempat yang paling tidak dijangka, luar biasa!

1. Lukisan asal oleh Jackson Pollock dibeli dengan harga $5 (RM19.37)

10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan!

Pada tahun 1992, Teri Horton telah berkunjung ke salah satu kedai berjenama tempatan di San Bernardino, California untuk mencari hadiah ulang tahun untuk rakannya. Dia terlihat sebuah lukisan dan telah membelinya dengan harga $5.

Beberapa tahun dia cuba untuk menjual lukisan itu dalam sebuah jualan yang dilakukan. Ketika itu seorang guru seni mengatakan bahawa lukisan itu mungkin karya asal Jackson Pollock.

Dia kemudian telah mengundang seorang pakar untuk melihat akan lukisan itu. Pakar forensik menemui cap jari artis tersebut pada kanvas itu. Seorang pengumpul seni kemudian menawarkan Horton $2 juta untuk lukisan itu, tetapi dia enggan menjualnya.

2. Seorang lelaki menemui salinan asal Deklarasi Kemerdekaan dalam bingkai gambar

Seorang lelaki telah membeli lukisan lama berharga $4 (RM15.50) di sebuah pasar di Adamstown, Pennsylvania, pada tahun 1989, dan berfikir bahawa bingkai gambar itu masih boleh diperbaiki dan digunakan semula.

Apabila dia mengeluarkan kanvas itu dia terlihat kertas yang terlipat di dalamnya. Dia membuka dokumen itu dan mendapati ianya adalah salinan asal Deklarasi Kemerdekaan, bertarikh 1776.

Setahun selepas itu, manuskrip itu dilelong dengan harga $2,420,000 (RM9,376,210.77)di Sotheby’s.

3. Mata wang semasa ‘zaman meleset‘ tersembunyi di dinding bilik mandi.

Penemuan mata wang ini ditemukan semasa seorang lelaki, Bob Kitts diupah untuk melakukan pengubahsuaian bilik mandi di sebuah rumah di Cleveland.

Semasa melakukan kerja-kerja pengubahsuaian, Bob telah terjumpa dua kotak logam hijau tergantung di dalam dinding.

Sampul surat yang ada di dalam kotak itu berisi kepingan wang lama dan setelah diperiksa ia adalah mata wang zaman kemelesetan yang kini boleh mencecah kira-kira $180,000 (RM697,404.11).

4. Penemuan Roman Hoxne Hoard 

10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan!

Seorang pesara tukang kebun, Eric Lawes dikatakan telah membantu kawannya mencari penukul besinya yang hilang di sebuah kawasan lapang di Suffolk, England. Dia kemudian terjumpa emas Rom yang besar di situ.

Pada bulan November 1993, emas Rom yang dikatakan bernilai £ 1.75 juta (iaitu £ 2.66 juta atau $ 4.3 juta (RM10.07 juta) pada hari ini ) telah dibayar kepada Lawes kerana dia yang menjumpai emas tersebut.

5. 3 adik-beradik menemui emas Panagyurishte

10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan!

Harta karun ini merupakan antara karya Thracian dan telah ditemui oleh saudara-saudara Deikov pada tahun 1949 berhampiran bandar Panagyurishte, Bulgaria.

Kesemuanya diperbuat daripada emas 24 karat dengan jumlah berat 6,164 kg. Ahli-ahli arkeologi telah mengira bahawa khazanah itu merupakan milik ketua Thracian yang tidak diketahui atau orang kaya yang memilikinya pada abad ke-3 SM.

10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan!

Oleh kerana barang-barang itu sangat berharga, pihak berkuasa Bulgaria lebih suka menyimpannya di dalam bilik kebal Bank Nasional Bulgaria.

6. Kad besbol bernilai $3 juta (RM11.62 juta) ditemui di loteng rumah sebuah keluarga

10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan!

Pada Februari 2011, Karl Kissner menemui 700 kad besbol milik datuknya, Carl Hench, yang meninggal dunia pada tahun 1940-an. Kad itu ditemui di dalam sebuah kotak kayu ketika dia membersihkan di loteng rumahnya. Apabila dia membukanya, dia melihat ada beberapa keping kad lama yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Pada bulan Ogos 2011, keluarga itu memutuskan untuk menjual beberapa kad itu semasa  National Sports Collectors Convention di Baltimore. Pakar mengatakan bahawa nilai kad mungkin boleh mencecah sehingga $2-3 juta (RM7.75-11.62 juta)

7. Sekumpulan pengunjung dengan pengesan logam terjumpa sebuah kotak harta karun di hutan

10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan!© Metaldetecting in The Netherlands/youtube

Sekumpulan pengunjung Belanda dikatakan telah bersiar-siar di dalam sebuah hutan tempatan dengan membawa pengesan logam bersama mereka.

Suatu hari mereka telah dikejutkan dengan penemuan objek yang paling menarik di antara semua iaitu sebuah peti harta karun kayu yang ditemui di tengah hutan. Walau bagaimanapun, kandungan kotak itu kekal misteri kerana tiada antara mereka yang mendedahkan akan apa yang terkandung dalam peti itu.

8. Khazanah bernilai $1,250,000 (RM4,843,084.08) telah menjadi ‘objek’ yang menutup lubang dinding selama bertahun-tahun

10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan!© wikimedia

Selama bertahun-tahun, lukisan berharga $29 (RM112.36) ini telah dijadikan penutup lubang dinding di sebuah rumah di Indiana.

Pada suatu hari, pemilik rumah itu mula menyedari akan nilai karya tersebut. Lukisan itu dikatakan lukisan ketiga yang paling berharga yang telah dihasilkan oleh Martin Johnson Heade, dan ia digelar Magnolias on Gold Velvet Cloth.

Pada tahun 1999, pakar-pakar dari Muzium Seni Halus di Houston mengesahkan asal-usulnya dan menawarkan harga yang baik kepada pemiliknya.

Lukisan itu masih berada di dalam bingkai asalnya dalam keadaan sempurna. Penjual bersetuju untuk menerima tawaran $1.25 juta (RM4.84 juta) dan sejak itu muzium itu telah memaparkan  lukisan Magnolias di situ.

9. Peti keselamatan nenek menyimpan banyak rahsia keluarga

10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan! © reddit/vsky

Sebuah keluarga telah membersihkan rumah nenek mereka dan mendapati sebuah peti keselamatan di rumah itu. Selepas dibuka mereka mendapati terdapat beberapa batang senapang dan beg yang penuh dengan wang.

10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan!© reddit/vsky

Apabila mereka mengira duit syiling tersebut dan nilai keseluruhannya ialah kira-kira $15,000 (RM58,117.01).

10. Buku komik Superman 1938 yang jarang ditemui telah ditemukan di dinding

10 Harta karun yang pernah dijumpai secara tidak sengaja di seluruh dunia, begitu menakjubkan!

Edisi komik, Action Comics yang menampilkan watak Superman buat julung-julung kalinya dikatakan telah diletakkan di dinding sebuah rumah di Minnesota selama lebih daripada 75 tahun.

Pada tahun 2013, semasa melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah rumah, kontraktor David Gonzalez mendapati komik di antara surat khabar yang digunakan sebagai penebat di dinding rumah.

Buku komik itu dijual beberapa minggu selepas penemuannya dengan harga $175,000 (RM678,031.77) kepada pembeli yang tidak diketahui.

Sumber : mediahijrah / mediagempak