[8 GAMBAR] Kecantiknya Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Mewarisi Kejelitaan Ibunya

Jika sebelum ini Hangat.com ada menyiarkan artikel tentang Putera Sulung personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim, iaitu Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel yang kini berusia 11 tahun, kali ini puteri bongsunya pula.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad’daulah kini berusia 10 tahun.

Baginda merupakan anakanda kedua baginda bongsu dan anakanda ke-12 baginda puteri bongsu kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas Bonda adalah pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim.

Kredit Gambar: Qudyn Aziz

Comel Seperti Ibunya
Puteri Ameerah menerima pendidikan di International School Brunei (ISB).  Kedua-dua anak Azrinaz kini tinggal di Istana Brunei. Namun, Azrinaz sering memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya dengan kapsyen mengatakan bahawa beliau sangat merindui kedua orang anaknya.

Mari lihat gambar terkini  puteri Azrinaz ini.


Sambut Ulang Tahun Ke-10
Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena ulang tahun ke-10 pada baginda, semoga  dipanjangkan umur, diberikan tahap kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Repost from @rtbnews Sekolah Antarabangsa Brunei, ISB, kelmarin mengadakan Perhimpunan Khas sempena berakhirnya Projek ‘Eko Garden’ atau Taman Eko yang dikendalikan oleh Pasukan Eko Alam Sekitar dari sekolah berkenaan. Antara pelajar yang menyertai perhimpunan tersebut, anaknda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Juga berangkat menyertai ialah anaknda-anaknda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. #rtbnews #rtbbhes **** International School Berakas, ISB, yesterday held a Special Assembly Celebration for the work done on the ‘Eco Garden’ project by the Eco Environment Team of ISB students. Among the students involved in the assembly was His Majesty’s daughter, Her Royal Highness Princess Ameerah Wardatul Bolkiah. Also in-attendance were His Royal Highness Crown Prince Haji Al-Muhtadee Billah’s son and daughter, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim and Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. #rtbnews #rtbbhes #bruneiroyals

A post shared by @ bruneiroyals on Jan 27, 2018 at 6:10am PST

Sultan Brunei yang berkahwin dengan Azrinaz pada Ogos 2005 turut dikurniakan seorang anak lelaki, Putera Abdul Wakeel.

Majlis Pernikahan beliau dengan Sultan Brunei diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Tiada liputan berita mengenai perkahwinan ini tetapi majlis ini dikatakan diadakan di kediaman rasmi Sultan Brunei di Kuala Lumpur “Rumah Awang Alak Bertatar” yang terletak di Jalan Ampang berdekatan dengan Kedutaan Britain.
Tiada Hak Penjagaan Anak
Menurut laporan dari Utusan Online, selepas bercerai, Azrinaz bukan sahaja terpaksa meninggalkan istana malah tidak akan dapat hak penjagaan kedua-dua anaknya kerana mereka adalah waris Sultan Brunei.

Dalam pada itu, pelbagai pihak lain seakan-akan ‘mengunci mulut’ daripada membicarakan mengenai bekas isteri kedua Sultan Brunei itu.

 

Sumber: gempak.com