Azwan Kombos Kongsi Gambar Ezzaty Abdullah Di Hospital, Ini Penjelasan Sebenar!

Terkejut MH melihat beberapa gambar yang dikongsikan oleh Azwan mengenai kesihatan isterinya.

Tiada angin dan ribut tiba-tiba sahaja, Ezzaty kelihatan gemuruh terbaring di atas katil sorong hospital seperti sedang bersiap sedia untuk melakukan pembedahan.

Walaupun tidak memberitahu apa-apa infomasi tentang kesihatan isterinya, namun jelas kelihatan Ezzaty seperti gementar dan bersungguh menenteramkan dirinya sepanjang video tersebut dimainkan.

Video Player

00:00

00:00

Walaubagaimanapun ramai yang tertanya-tanya apakah yang terjadi pada isteri Azwan itu,

Namun melalui Harian Metro, Ezzaty memberitahu dirinya terpaksa menjalani pembedahan payu dara kerana mengalami masalah bengkak susu.

Katanya, benkak tersebut telah lama dan mula bernanah. Malah tidak menyangka akan jadi ketahap begini. 

Tambahnya, ia semakin teruk sejak pulang dari singapura dan terpaksa di bedah segera.

Bagaimanapun, melalui akaun instagramnya, Ezzaty memberitahu dia sudah selamat melalui proses pembedahan dan perlu menjalani rawatan mencuci luka selepas dikeluarkan dari hospital.

First time dalam hidup kene operate. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ubat saya pun dah sampai duduk sebelah saya ni. Terus hilang rasa sakit operations td😁

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on Jan 29, 2018 at 3:02am PST

Apapun MH doakan yang terbaik buat Ezzaty dan mudah-mudahan ia dapat disembuhkan dengan segera.

Sumber: mediahiburan
Ezzaty Abdullah Disahkan Hadapi Nanah Payudara
Tahniah kami ucapkan buat pelakon Ezzaty Abdullah dan pasangannya yang juga pelakon, Azwan Kombos telah menimang cahaya mata sulung mereka pada Disember yang lalu. Namun disebalik kegembiraan mereka, pasangan ini terpaksa menanggung kesedihan pula selepas Ezzaty disahkan menghidap penyakit Breast Abscess (nanah payudara).


Sudah 10 Hari Mengadu Sakit
Menurut Azwan, isterinya itu mengadu sakit di bahagian dada sejak epuluh hari yang lalu serta pernah dibawa mengurut dan berjumpa doktor di klinik namun masih tidak ada perubahan. Namun setelah berjumpa dengan doktor pakar, mereka mengesahkan Ezzaty menghidapi breast abscess serta perlu menjalani pembedahan.

My wife tanya, Kenapa i? Saya pun cakap la kat dia, sabar.. Allah uji sebab Dia sayang kat kita.. my wife tak tahu, saya pun tnya soalan yg sama dlm hati saya. Gambar 1 tu bukan nurses tu gelakkan dia, tp suasana intense sgt, jadi saya buat la lawak for my wife, tp semua pun gelak. #doakan

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos) on Jan 29, 2018 at 2:20am PST

Selamat Menjalani Pembedahan
Pada Isnin yang lalu, Ezzaty telah pun selamat menjalani pembedahan di Hospital Pusrawi serta kini dalam pemeriksaan rapi dan beransur pulih.

“Alhamdulillah sekarang semua okey cuma dalam masa seminggu, dia hari-hari kena datang hospital untuk bersihkan luka. Sekarang masih di hospital tunggu pemeriksaan susulan doktor,”

Semoga cepat sembuh hendaknya buat Ezzaty!

Sumber: hangat.com