Kenapa Billionaire Ini Lebih Suka Pakai T-shirt Kosong? Ini Jawapan Win Mereka

Selepas anda membaca artikel ini, pasti anda akan faham mengapa jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida tak henti-henti menunjuk kemewahan mereka pada orang ramai walaupun dah dikecam teruk.

Antara kenangan saya nanti bila rumah dah siap…saya mmg ambik video setiap progress yg berlaku dekat rumah ni utk memori saya utk anak2 cucu saya tgk bukan senang saya siapkan rumah ni dgn idea dan sentuhan saya sendiri….. . Rumah ni lambang kejayaan perniagaan saya bina legasi saya sendiri tanpa menggunakan duit sesiapa hasil tapak kaki saya sndiri..saya betul2 sayang rumah ni sbb ni lambang kebanggan kami sekeluarga biarpun apa org nak kata…sekurangnya saya berjaya mengubah nasib diri saya dan keluarga saya…. that is my dream come true.. this vedio trowback bukan yg terbaru.. nak share tapi x pasti bila😜😜😜 korang nak bila??

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Jan 27, 2018 at 5:54am PST

Mereka sebenarnya tak perlu dipersalahkan dan ada sebab mereka memilih jalan untuk bersikap riak. Bak kata orang tua, “Rambut Sama Hitam, Hati Lain-lain”. Tak semua orang kaya yang bermegah-megah dengan kekayaan masing-masing.

saya nak kasi tau yg kereta saya tidak sama sekali ditarik mahupon disita malahan manager sy telah pergi utk menyelesaikan masalah viral satu malaysia ni …kereta saya juga telah di periksa oleh pihak JPJ yg berdedikasi..utk pengetahuan semua kereta saya mmg x kne tarik or sita punn..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Jan 4, 2018 at 1:24am PST

Yang Sangat Kaya Selalunya Lebih Sederhana
Siapa yang tak tahu dengan hasil kekayaan Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, CEO Microsoft Bill Gates atau pemilik Air Asia, Tony Fernandes?

Sebagai pemilik perusahaan besar dan berpengaruh, pendapatan mereka terus bertambah setiap hari. Yang menariknya, penampilan mereka tidak seperti orang kaya seperti Aliff dan Vida. Ketiga-tiganya lebih suka mengenakan t-shirt biasa yang berharga tak seberapa.

Kenapa orang kaya raya seperti mereka suka pakai T-shirt biasa?

Banyak alasan yang diungkapkan oleh mereka. Salah satunya adalah mereka tak mahu ambil peduli dengan urusan kecil seperti nak sarapan apa, jenama barang dan pemilihan baju. Sebab itu mereka lebih suka benda-benda yang ringkas.

Alasan lainnya ialah, bahawa dibanding belanja barang-barang mewah seperti baju mahal, mereka lebih memilih untuk melaburkan wangnya kembali ke masyarakat.

Seperti Mark Zuckerberg menyumbang berjuta wangnya untuk mengubati penyakit. Menurut laman The New York Times, sumbangan itu untuk  sosialisasi, serta pembelian ubat-ubatan untuk penyakit yang bersifat epidemik secara global.

Selain alasan membelanjakan wang untuk sosial, kebanyakan orang kaya raya berasal dari keluarga kelas tinggi. Mereka sejak kecil sudah terbiasa hidup sederhana. Tidak pernah terfikir untuk menunjuk-nunjuk barang yang dibeli.

Dan yang pasti, orang kaya yang bijak  lebih memilih untuk melaburkan wangnya, daripada untuk berfoya-foya belanja barang mewah. Seperti kata Chef Wan, “Why Money Can’t Buy You Class”.

Sumber: hangat.com