Seram! Ini Maksud Disebalik Gaya Kerudung Pernikahan Yuna Baru-Baru Ini

Kini sudah menjadi trend apabila artis mengenakan Veil atau kerudung tembus pandang ketika berada di atas pelamin ketika melangsungkan pernikahan.

Selain Izara Aishah yang mengenakan kerudung rekaan Rizalman, terbaru penyanyi Yunaturut mengayakan kerudung ini dengan pakaian pengantin rona putih membuatkan dia kelihatan sangat anggun!

Selamat Pengantin Baru Yuna dan Adam Sinclair.. Semoga berkekalan hingga ke Akhir Hayat.. Amin Yarabbal Aalamin.. #yuna #adamsinclair #yunazarai #adamxalis

A post shared by Hangat.com (@hangatmalaysia) on Jan 26, 2018 at 4:30am PST

Pada Jumaat lalu, Yuna, atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai selamat diijab kabul dengan Adam atau nama penuh, Adam Yousof Mohamed Sinclair dengan sekali lafaz di Puncak Rimba, Bentong.
Video Player

00:00

01:00

Namun ada satu yang menjadi tanda tanya, mengapa gaun putih dan tudung putih yang dipasang di kepala pengantin perempuan digemari dikalangan pengantin wanita. Sebenarnya, apa maksud pemakaian tudung tembus pandang tersebut?

Beberapa laman sesawang ada menjelaskan makna di sebalik pemakaian tudung pengantin sebegini.
Halau Iblis ?
Menurut laman Cosmopolitan menjelaskan bahawa tudung pengantin tembus pandang ini pertama kali dikenakan oleh mereka yang bernikah di Rome, Itali pada zaman Romawi.

Pada masa itu, pengantin mengenakan pakaian berwarna merah menyala seperti api. Penampilan ini dikenakan supaya pengantin nampak membara. Api yang membara dipercaya dapat menakut-nakut iblis dan roh jahat yang dipercaya sering mengganggu orang yang akan bernikah.
Gaun Panjang Cecah Tanah
Selain itu menurut laman Bustle,  alasan Gaun dan tudung pengantin sengaja dibuat besar dan panjang sehingga mencecah tanah bukannya sekadar membuat pengantin nampak anggun.
Video Player

00:00

01:00

Kalau ikut sejarah dulu-dulu, tudung dan gaun yang panjang dibuat agar menyulitkan pengantin untuk melarikan diri.

Ya, orang di masa itu percaya bahawa selalu ada godaan iblis yang akan mengganggu hari bahagia manusia yang akan mengikat janji untuk hidup bersama.
Kerudung Tembus Pandang

Tudung pengantin juga berguna untuk menyembunyikan wajah pengantin perempuan, sebelum bertemu dengan pengantin lelaki yang telah menunggunya.

Pengantin pun berjalan, bersama ibu bapa menuju pelamin untuk bertemu dengan lelakinya. Jika tidak ditutup dengan tudung, ancaman iblis dipercayai akan menghampiri pernikahan keduanya.

Sekarang hal ini masih dilakukan sebagai salah satu adat dari upacara pernikahan ketika bapa pengantin perempuan menghantar puterinya ke tangan pengantin laki-laki.
Kenapa Warna Putih?
Gaun putih dikaitkan dengan kesucian, setelah dipakai oleh Ratu Elizabeth I. Dia memakai gaun putih di lukisan dirinya, untuk mengenang kekasihnya yang meninggal dunia dan memutuskan untuk tidak bernikah. Dia dikenali sebagai “Virgin Queen”.

BACA  Kenali Aazief Khalid, Anak Tiri Siti Nurhaliza Yang Sedang Hangat Bercinta

Virgin Queen

Inilah yang kemudian dipercayai oleh pasangan yang bernikah, memakai gaun putih sebagai lambang kesucian dirinya yang hanya dipersembahkan kepada pasangannya.
Tak Salah Resepsi Ala Inggeris

Persandingan Juliana Evans dan Suaminya

Mungkin ramai melayu yang tak sabar-sabar nak kecam selepas lihat sejarah dan budaya sebegini. Ini dinamakan adat sama seperti budaya orang melayu bersanding ikut adat hindu. Buat resepsi perkahwinan ala-ala Inggeris sama juga seperti majlis berinai dan merenjis semua ikut adat hindu. Tak kena kecam pun kan? Yang penting dah halal cara Islam.

Sumber: hangat.com