“Setiap Kali Solat Dialah Imam, Tapi Takkan Semua Nak Tunjuk Nanti Label Riak Pula”- Raf Yaakob Tidak Peduli Teguran Haters

Raf Yaakob, suami kepada pelakon Mawar Rashid hanya tersenyum apabila ada segelintir netizen yang sering mempertikaikan tindak-tanduknya sebagai bapa mendidik anak-anaknya Rayyan dan Chanela.

Menurut Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, anak-anaknya boleh berbahasa Malaysia namun lebih bertutur bahasa Melayu namun lebih memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris.

“Saya hanya boleh tersenyum dan gelak sahaja apabila baca komen-komen netizen yang mengatakan saya tidak pandai mengajar anak-anak berbahasa Melayu.”

“Tapi sebenarnya mereka boleh berbahasa Melayu cuma lebih memilih bahasa Inggeris sebab di sekolah pun rakan-rakan dan cikgu menggunakan bahasa kedua itu.”

Ramai netizen yang mempertikaikan mengapa anaknya kurang berbahasa Melayu dan mementingkan bahasa lain, namun bagi Raf sendiri dia masih mengikuti ajaran Allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad .

Dimana, mengimbangkan perkara lain seperti agama, sukan dan hiburan. Raf sendiri tidak mahu berkongsi banyak perkara di sosial media kerana takut disalah erti oleh pihak lain.

“Seimbangkan perkara lain juga seperti agama, sukan dan hiburan. Saya dah hantar anak sulung, Rayyan ke sekolah agama pada usianya 3 hingga 5 tahun.”

“Alhamdulillah, setiap kali solat dialah imam. Tapi takkan semua itu saya nak kongsi dekat Instagram. Nanti kata saya nak menunjuk pula.”

Dalam pada itu, Raf menganggap segala gosip dan kritikan diberikan oleh hatersnya adalah asam garam menjadi seorang selebriti dan mengambil keputusan untuk mengabaikannya.

“Saya anggap semua itu asam garam apabila sudah jadi seorang selebriti. Dari saya kecil lagi selalu ikut abang saya, Fazley.”

“Jadi, saya dah biasa dengan dunia hiburan ini. Benda itu bukan satu isu yang besar dan saya tidak kisah pun selagi ia tidak melampaui batas.”

Sumber: Mstar Online