‘Stokin Bunga Awal Kena Tapau Dengan Stokin Merah Fushia Laces KJ’ Kapsyen Taknak Kalah Kat IG Diorang Super Lawak, Siap Nak Tubuh Bandboy!

Khairy Jamaluddin (KJ) menjadi perhatian netizen apabila dia tampil memakai stoking berwarna merah dengan tali kasut merah jambu terang dalam sebuah temubual bersama Awal Ashaari.

When I thought I can shine, for once sitting next to him, he pulled off red socks with fushia laces. Dang! My stokin bunga is kalah terukz. @khairykj #khawal #heswaycoolerthanme #myministeriscoolerthanyours #bicara4mata #teamKJ #teamAwal

A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on Jan 28, 2018 at 11:27pm PST

Malah Awal dalam salah satu entri Instagramnya sempat bergurau dan menulis kapsyen bahawa stokin bunga-bunganya hari ini tewas kepada tali kasut merah jambu terang KJ.

Namun tidak hanya Awal, ternyata kapsyen KJ dalam laman Instagramnya turut menarik hati netizen.

So @schaalyahya, your husband and I were discussing what we should call our new boy band and we decided on #khawal.

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on Jan 28, 2018 at 10:49pm PST

Jadi, Scha Alyahya, saya dan suami anda berbincang apa nama kumpulan baharu kami dan kami buat keputusan untuk nama #Khawal,” tulisnya.

Rata-rata terhibur dan menganggap kapsyen berkenaan melucukan, bahkan ada juga segelintir netizen yang menawarkan diri untuk menjadi ahli dan pengurus kumpulan berkenaan.

Awal pada ruangan komen pula menulis mereka belum membuat keputusan dalam mencari siapa penyanyi utama kumpulan itu. Bagaimanapun, dia sudah pasti menyerahkan tanggungjawab kepada KJ untuk menarik peminat wanita.

Kami belum membuat keputusan siapa yang bakal menjadi penyanyi utama. Saya sudah tentu memberi tanggungjawab kepada anda untuk menarik peminat wanita #Khawal,” ujarnya.

Foto yang dimuat naik KJ mendapat lebih 48k likes sejak dimuat naik kurang 24 jam yang lalu.

Sumber Instagram Khairy Jamaluddin / kisahdunia / mediagempak