“ Ad! Kenapa kau koyak surat tu? Kau tak baca lagikan surat tu?”

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Alam Shah…

“ Adriana! Tengok.! Kau dapat surat cinta lagi la. Untungnya kau. Siap ada hadiah key chain Teddy Bear lagi.” Puji Dyana. Aku merampas surat itu daripada Dya. Lalu aku koyak tanpa membaca isi kandungan surat cinta itu. Heh! Ada apa dengan cinta. Dalam kamus hidup aku, tiada cinta selagi aku bergelar seorang pelajar. Tak lama lagi SPM. So..aku kena tumpukan perhatian aku sepenuhnya pada pelajaran aku.

“ Ad! Kenapa kau koyak surat tu? Kau tak baca lagikan surat tu?”

“ Aku peduli apa! Kau kan tahu aku tak suka surat cinta-cinta ni. Takkan kau tak kenal lagi aku, Dyana Nadira!” geramku.

“ Yes! Aku memang kenal kau. Kau satu-satunya pelajar perempuan yang dapat top three dalam tingkatan semua lima. Kau juga seorang pelajar perempuan yang aktif dalam sukan dan juga dalam bidang korikulum. Semua cikgu suka kau..tapi..kau juga seorang yang sukar didekati oleh kaum Adam. Kalau ada jer kaum Adam yang datang nak tackle kau, semuanya pasti ditolak sampai tak nak jumpa kau lagi dah. Sebab tu juga kadang-kadang ada pelajar lelaki yang teserempak dengan kau, semuannya takut-takut berani ker nak pandang kau.”

“ See! You know me right. So! Kalau dah tahu, tak payah tanya lagi. Tugas aku sekarang ni sebagai pelajar adalah untuk berjaya dalam pelajaran, sahsiah dan juga bidang kokorikulum. Aku tak ada masa nak bercinta-cinta ni. Kalau ada pun aku nak bercinta, baik aku bercinta dengan buku aku. Lagi pun, tak lama lagi peperiksaan percubaan SPM yang terakhir akan tiba. So..no time to love. Ok.” Ujarku.

“ Ok la…Cik Adriana Sofea. Kau menang. Aku memang tak boleh nak berdebat dengan kau lama-lama ni. Kau tu pendebat terbaik…aku ni apa la sangat.”

“ Eleh…merajuk la tu. Dahlah. Kita stop cerita cinta-cinta ni dulu. Jomlah…masuk kelas. Waktu rehat dah habis ni.” ajakku.

Aku dan Dya berjalan beriringan menuju ke kelas Tingkatan Lima Sarjana. Tiba-tiba….

“ Ah!!!!” jeritku kecil. Habis semua buku latih tubi ku jatuh ke bawah lantai. Segera aku mengutip buku-buku ku itu.

“ Maaf…maaf..saya tak sengaja nak langgar awak. Maaf.” Ucap seorang pelajar lelaki. Aku terus menoleh ke arah suara itu.

“ Ehm..Aaron Lutfee? Ini lah pelajar lelaki yang selalu mengalahkan aku dalam peperiksaan. Si budak kaca mata yang skema. Aku tak berapa kenal dengan dia ni sebab dia ambil sains tulen. Aku pula sains tulen + agama. Tapi, aku ada juga dengar khabar yang dia ni walaupun budak skema kaca mata, tapi dia ni juga aktif dalam sukan terutama dalam sukan olahraga. Aku terror bola jaringnya jer.” Ujarku dalam hati.

“ Ok…tak apa. Lain kali, kalau jalan tu tengok depan.” Ucapku sinis. Sudah ada kaca mata, hai…takkan tak nampak-nampak lagi si Aaron ni.

“ Ok..nanti saya jalan, saya jalan straight jer..no belok-belok..” jawabnya. Sengaja Aaron loyar buruk didepan Adriana. Bukannya Aaron tidak kenal dengan Adriana ni. Satu sekolah kenal.

“ Memang ler kena jalan straight..kalau tak tengoklah apa yang baru terjadi tadi.” jawabku semula. Ada hati nak buat lawak bodoh dengan aku. Menyampah..!

“ Adoiyai! Terkena pulak aku balik” ucap Aaron dalam hati. Apa la kau ni Aaron..kalau nak kenakan dia tu..agak-agak lar. Dia tu kan pendebat terbaik peringkat kebangsaan..kau ada?”

“ Emm…minta maaf la. Saya betul-betul tak sengaja nak langgar awak tadi.” luah Aaron.

“ Ok la. Saya terima maaf awak. Ok..saya jalan dulu..nak masuk kelas.” Aku menarik tangan Dya yang berdiri di sebelah ku. Entah kenapa dengan si Dya ni tiba-tiba jer senyap sepi time aku bercakap dengan mamat skema tu tadi.

Kami berdua meneruskan perjalanan kami menuju ke kelas. Aku meninggalkan Aaron di situ seorang diri. Biarlah dia. Aaron hanya memandang kelibat Adriana dan Dya pergi meninggalkannya. Aaron tersenyum riang penuh makna.

……………………………………………………………………

8 tahun kemudian….

Hari ni aku akan ditemuduga oleh salah sebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur ini. Aku rasa bangga sangat kerana apa yang ku impikan telah menjadi kenyataan. Aku sudah menamatkan pengajian ku di UKM dan kini aku dipanggil temuduga sebagai Pereka Hiasan Dalaman di Syarikat Lutfee Designs. Harap-haraplah aku berjaya. Dya seronoklah..dia dah dapat jadi pembaca berita di RTM. Dya tu memang sejak di bangku sekolah lagi sudah berangan-angan nak jadi pembaca berita. Akhirnya impiannya memang sudah tercapai.

Aku menyarungkan baju kurung moden cotton berwarna pink lembut. Shawl berwarna pink ku padankan agar senada dengan baju kurung ku.

“ Mak..Ad pergi dulu. Doakan Ad berjaya dalam temuduga ya Mak.” Ucapku pada Makku. Emak aku ni seorang suri rumah sepenuh masa. Ayah aku pulak seorang guru besar di sebuah sekolah rendah.

“ Baik-baik Ad kalau nak jawab soalan mereka tu nanti. Ingat…tenangkan diri dulu sebelum menjawab. Mak harap Ad berjaya temuduga tu nanti.”

“ InsyaAllah..Amin.” Aku menyalam tangan kedua orang tua ku.

Akhirnya aku tiba juga di Syarikat Lutfee Designs. Wah…tingginya bangunan dorang ni. Tentu best kalau dapat kerja sini kan. Bismillahirahmanirrahim..aku melangkah masuk ke dalam syarikat itu.

“ BOOP!!!” Aku terlanggar dengan seseorang. Hai…kenapalah kau gementar sangat ni Adriana. Tengok..apa sudah jadi. Kau dah langgar orang ni Ad. Baik ko minta maaf cepat.

Baru saja aku ingin meminta maaf, terus sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan aku di lobi syarikat. Aku belum sempat lagi nak minta maaf pada lelaki itu. Takkan itu alamat tak baik kot. Aish!!! Apa yang fikir ni Ad…tak baik fikir macam tu. Ok..Ad..masa untuk temuduga dah nak dekat ni. Baik aku pergi naik atas dulu. Lepas aku temuduga nanti, baru la aku cari lelaki yang berkaca mata itu.

…………………………………………………

“ Cik Adriana Sofea binti Adrian!” panggil seorang wanita yang agak moden penampilannya.

Aku berdiri dan menuju ke bilik temuduga. Gementarnya aku…ya lah ini first time aku temuduga ni. Aku melangkah masuk ke dalam bilik temuduga. Sejuk semacam jer. Aku dapat melihat tiga orang penemuduga yang sedang rancak berbincang. Seorang wanita tua dan dua orang lelaki. Tapi…kenapa lelaki tu macam aku pernah lihat ya sebelum ni? Berkaca mata…bersut hitam?

“ Silakan duduk Cik Adriana.” Jemput wanita tua itu. Terus terhanti lamunanku. Aku duduk di tempat yang di sediakan. Tanganku sudah mula sejuk dingin.

“ Baiklah. Cik Adriana boleh memperkenalkan diri sekarang.” Ucap seorang lelaki tua.

Aku menjelaskan semua latar belakang ku kepada mereka.  Kelihatan semua penemuduga itu berpuas hati dengan penjelasan ku. Usai sudah ditemuduga, aku pun diminta keluar. Katanya, jika aku diterima, aku akan mendapat panggilan daripada pihak mereka. Semoga dapatlah aku kerja ini.

Aaron Lutfee merenung resume seorang pemohon kerja yang berada di atas mejanya itu. Hatinya tiba-tiba gembira. Fikirannya mula mengenangkan saat pertama kali mereka berjumpa di ruang lobi pagi tadi sejak beberapa tahun tidak berjumpa. Senyuman Aaron tidak lekang di bibir sejak pertemuan itu tadi. Cuma, Aaron berasa gementar kerana bimbang kejadian sewaktu di zaman sekolah dulu berulang kembali. Sebab itu, Aoran membuat keputusan utuk beredar dari situ dengan segera.

“Tuk!!!!” pintu bilik Aaron di ketuk.

“ Masuk.” Arah Aaron.

Zafril masuk ke dalam bilik Aaron. Zafril merupakan kawan baik Aaron sejak di bangku sekolah lagi. Cuma, Zafril bekerja di syarikat minyak. Kadang-kala saja Zafril akan ke sini jika Zafril tidak pergi outstation.

“ Hello Bro!” sapa Zafril.

“ Ehm…Zaf. Duduk lah.” Ajak Aaron.

“ Jom kita lunch. Aku dah lama tak keluar lunch dengan kau ni. Lagipun, aku ada banyak nak cerita dekat kau ni.”

“ Ai…lain macam jer bunyinya. Kenapa? Nak kahwin ker?” usik Aaron.

“ Kalau nak tahu, jom lunch sekarang.” Zaf mengajak Aaron. Tiba-tiba, mata Zaf tertancap pada sekeping kertas resume yang berada di atas meja Aaron. Wajah di dalam gambar itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini.

“ Hah! Apa lagi kau dok tercengang tu. Kata nak cepat tadi. jomlah..” Zaf terpaksa membiarkan persoalan yang bermain di benak fikirannya.

…………………………………………………………

Usai sudah dihidangkan makanan dan minuman, Zaf pula membuka ceritanya.

“ Aaron, aku nak bagitahu kau sesuatu ni. Tentu kau terkejut.”

“ Apa dia?”

“ Aku nak kahwin!”

“ Hah!!!! Biar betul kau ni?” serius Aaron terkejut. Tak sangka pulak dia yang Zafril ni sudah ada buah hati walaupun selalu sibuk keluar outstation.

“ Tengok…kau dah terkejut. Serius…aku akan kahwin lagi 2 bulan.”

“ Fuhhhh….aku tak sangka kau dah ada buah hati. Asal kau tak cakap kat aku. Siapa dia? Aku kenal ker?”

“ Huh.!!!! Kau ni soalan boleh tahan juga. Hilang terus sifat pemalu kau tu.”

“ Apa la kau ni. Cepatlah cakap..siapa dia?”

“ Ok. Nama dia Dyana Nadira binti Mohd Nadzim. Umur dia sebaya dengan kita. Kerja dia sebagai pembaca berita utama dekat Stesen RTM..aku sebenarnya dah..”

“ Wait! Kau jangan kata yang Dyana Nadira ni satu sekolah dengan kita..dan dia ni kawan baik kepada Adriana Sofea?” soal Aaron yang tertanya-tanya.

“ That’s right! Ingat juga kau yer..” jawab Zaf.

“ Macamana kau boleh bercinta dengan dia pulak? Setahu aku waktu kita di zaman sekolah dulu, kau tak pernah pun cerita pasal dia? Jangan kau dah syok dekat dia masa kita zaman sekolah dulu yer?”

“ Tak ada lah…aku terserempak dengan dia di syarikat minyak aku tiga bulan lepas. Dia ada tugasan nak buat laporan tentang syarikat minyak aku. So, dia nak buat temuramah dengan aku. Then, lepas tu kitaorang pun tukar-tukar nombor telefon sampailah kita orang nak buat keputusan untuk berkahwin dua bulan lagi. Aku tak nak cerita kat kau lagi sebab belum confirm kan.”

“ Oh…..pandainya kau simpan rahsia. Mungkin..dah memang jodoh kau kot dengan dia walaupun kau jarang berjumpa dengan dia di sekolah dulu.”

“ Well..Bro..lepas ni kau la pulak. Aku tahu kau masih menyimpan perasaan dekat Adriana kan. Sebabnya aku tak sengaja ternampak kertas resume Adriana kan dekat atas meja kau tadi? Dah lama juga kau suka dalam diam dekat Adirana tu kan. Sejak kita sekolah menengah lagi. ” Riak muka Aaron terus berubah malu.

“ Weii!! Apa yang kau cakap ni hah? Kertas resum tu bukan dia seorang jer la yang minta kerja dengan aku, ada ramai lagi. Tadi tu, aku cuma pilih secara rawak jer nak baca sekali lagi resumu orang yang nak minta kerja dengan syarikat aku. Kau jangan nak buat andaian yang tak munasabah.”

“ Ala…kau ni malu tapi mahu. Tak apa kau jangan risau. Waktu aku kahwin nanti, sure bakal isteri aku jemput dia. Masa tu, kau cuba lah pikat dia. Kata Dya, dia masih single lagi..cuma sikap dingin dia jer belum berubah.”

“ Ish…kau ni ada-ada jer. Oklah..aku dah siap makan ni. Aku nak balik ke syarikat aku dulu. Aku gerak dulu. Nanti, kalau ada apa-apa hal, kau call jer aku.” Aaron berlalu pergi meninggalkan Zaf. Zaf tahu yang sebenarnya Aaron masih memendam perasaan sukanya kepada Adriana. Zaf masih ingat lagi sewaktu zaman sekolah dulu.

……………………………………………………………………………

Zaman sekolah menengah……

“ Kenapa dengan muka kau ni Aaron? Merah semacam jer. Ini mesti ada hal ni? Cepat, kasi cerita sama aku.” soal Zaf.

“ Aku…aku… jumpa dia tadi. Aku tak sengaja nak langgar dia. Aku nervous giler-giler sangat masa aku terpandang dia. Then, aku terlanggar dia.”

“ Siapa? Kau langgar siapa?”

“ Adriana Sofea! Kelas 5 Sarjana.”

“ Oh…budak perempuan yang kau minat tu yer. Kau dah minta maaf dekat dia ker?”

“ Ehmmm…dah. Tapi,kau faham-faham lah sikap dingin dia tu macamana.”

“ Ala…kau ni. Jadi, dia terima tak maaf kau?”

“ A’ah..dia terima. Tapi, aku takut nak cakap lebih-lebih dengan dia. Kau pun tahu dia tu pendebat terbaik..kang tak pasal-pasal aku terpaksa berdebat dengan dia pulak. Dahlah,tangan aku sejuk semacam jer tadi masa bercakap dengan dia. Nasib baik kaca mata aku tak terjatuh tadi.”

“ Tu lah..kau skema sangat. Cuba kau berlagak tenang jer. Relax bro. Kau tu kan budak pandai sekolah kita ni. Sukan pun apa kurangnya. Kira sama je lah kau dengan si Ad tu. Kau kena la berani sikit kalau nak luahkan perasaan kau pada dia. Kang melepas…kau yang ternganga. Kau kan tahu si Adriana tu banyak peminat walaupun dia bersikap dingin pada semua lelaki kat sekolah kita ni.”

“ Entah lah…”

………………………………………………………

Adriana membaringkan dirinya di atas katil usai menunaikan solat ishak sebentar tadi. Rasa-rasanya aku macam kenal lelaki yang pakai kaca mata tadi. Tapi..siapa yer? Entah lah…aku peduli apa. Semoga aku akan diterima bekerja nanti. Adriana mengambil lap top  TOSHIBA miliknya.

“ Ehm..baik aku buka facebook.” Ujar Ad.

Ad merenung semua notifikasi yang sudah lama tidak dibukanya. Ad memang jarang nak buka facebook ni. Kalau rajin jer, buka. Kalau tak, berbulan-bulan juga ler dia tak buka. Tiba-tiba, chat box Ad berbunyi. Ehm..dari Dya rupanya.

“ Salam Ad.”

“ Salam Dya.”

“ Ad…macamana dengan interwiew kau hari ini? Ok ker?” soal Dya.

“ I guess ok kot..tak tahu la yang si penemuduganya tu. Kau nak tahu tak, salah seorang penemuduga yang menemuduga aku tadi tu, macam aku kenal lah orangnya. Tapi..aku tak ingat lah siapa dia cuma muka dia jer macam familiar.”

“ Oh…yer ker. Perempuan ker lelaki?”

“ Lelaki la.”

“ Wow…at last you talking about a man. I wish who he is? Kau ni jarang sangat nak cakap pasal hal ehwal lelaki ni.” usik Dya. Bagi Dya, satu perkembangan yang baik buat Ad. Dya tahu sikap dingin kawannya itu membuatkan ramai lelaki yang takut nak bercakap dengannya.

“ Yer ker? Tak ada lah..saja jer. Aku entah kenapa tiba-tiba pulak curious pasal lelaki kaca mata tu?”

“ Biarlah..entah-entah kau dah jatuh cinta tak?”

“ Ish…apa yang kau mengarut ni. Tak ada maknanya ler. Ok..we stop my story first. Tak lama lagi kau nak kahwin kan dengan siapa tu…aku lupa la nama bakal suami kau ni?”

“ Zafril Ikhwan ler..”

“ Ah…Zafril Ikhwan. Kau cakap dia satu sekolah dengan kita dulu kan? Dia kelas mana dulu?”

“ 5 Ukhwah..more specific..bestfriends Aaron Lutfee. Ingat tak?”

“ What??? Kawan baik si Aaron SKEMA KACA MATA tu. Eeee….biar betul kau ni. Pesaing aku tu…”

“ Yess…ingat juga kau yer..” usik Dya.

“ Mestilah…aku dah usaha macam-macam..tapi still tak boleh nak kalahkan dia kalau dalam tingkatan.”

“ Yer la tu…tak apa la. Itu semua kenangan di zaman sekolah. Ok..la jangan tak datang kat majlis aku nanti tau. Aku nak hadiah juga tau.”

“ Ai…main mintak-mintak hadiah pula..yer la..yer la..” Tanpa sedar, jam kini sudah menginjak pukul 11.00 malam. Cerita punya cerita..tak sedar masa berlalu dengan cepat.

“ Ok lah..Dya. Dah lewat malam ni..nanti-nanti lagi kita cerita. Aku dah mengantuk ni. Assalamualaikum.”

“ Ok la. Selamat Malam. Waalaikumussalam.”

……………………………………………….

Hari ini aku gembira sangat sebab aku dah dapat kerja. Yes…akhirnya aku berjaya juga nak kerja di situ. Minggu lepas, aku telah dihubungi oleh pihak Syarikat Lutfee Designs yang aku telah diterima masuk bekerja di sana. Syukur Alhamdulillah.

Aku melangkah masuk ke dalam syarikat itu. Aku menuju ke bahagian rekaan dalaman syarikat itu. Seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an membawa aku masuk ke dalam bilik Pengurus Besar syarikat itu. Tanganku sudah sejuk semacam. Rasanya, macam waktu kena interview hari tu pula. Aku melihat seoranglelaki sedang duduk membelangkangi aku. Wanita itu keluar dari bilik itu setelah memberitahu lelaki itu akan kehadiranku.

“ Assalamualaikum Encik.” Ucapku padanya. Lelaki itu memusingkan kerusinya ke arahku.

“ Waalaikumsalam. “ Jawabnya. Suara tu…aku macam pernah dengar. Aku dan lelaki itu saling memandang antara satu sama lain. Agak lama sebelum..lelaki itu berdehem.

“ Duduk.” Arahnya.

“ Aaron Lutfee!!” luahku tibatiba. Lelaki itu terkejut.

“ Saya Aaron Lutfee. Kenapa? Cik kenal saya ker?” Aaron pura-pura berlagak tenang. Padahal..hatinya berbunga-bunga saat Adriana menyebut namanya. Akhirnya..Adrian ingat padanya juga.

“ Ehm..tak juga. Tak ada apa-apa lar. Maaf Encik Aaron. Saya tak sengaja.” Ucapku malu. Aaron mengukir senyum. Suka pulak dia melihat wajah kalut Adriana sekarang ni. Bagai hilang sikap dinginnya pada Aaron.

“ Oh..ingatkan awak kenal saya tadi. Tak apa. Baiklah..Cik Adriana Sofea..tahniah mulai hari ini awak akan bekerja di sini sebagai Ketua Pereka Hiasan Dalaman syarikat kami. Baiklah, kalau tak ada sebarang pertanyaan, Cik Adriana boleh pergi melihat bilik yang disediakan untuk Cik Adriana.”

“ Wati..masuk sekejap.” Arah Aaron kepada setiausahanya.

“ Ah…Wati..sila bawa Cik Adriana ke bilik Ketua Pereka Hiasan Dalaman.” Arahnya. Aku bangun lalu keluar dari bilik itu.

Aku melabuhkan punggungku untuk duduk di kerusi ku. Aku memerhatikan ruangan bilikku yang direka seba moden ini. Memang kena gayanya dengan Syarikat Lutfee Designs yang sememangnya terkenal dengan sentuhan-sentuhan rekaan dalaman yang berkualiti tinggi. Tiba-tiba, fikiranku kembali kepada Aaron Lutfee. Aku kenal dia tapi kenapa dia macam tak kenal aku atau dia pura tak kenal aku. Aduhai…kenapa la aku boleh minta kerja kat sini. Dalam banyak-banyak syarikat, syarikat nijuga yang aku pilih. Tapi, sumpah aku memang tak tahu yang si Aaron tu pengurus besar kat sini. Terpaksalah..aku bekerja dengan pesaing aku.

…………………………………………………………

Sudah hampir sebulan aku bekerja di sini, tapi aku jarang-jarang terserempak dengan si Aaron tu. Bukan apa..aku cuma tak puas hati jer. Aku nak tanya dia sesuatu. Adakah dia satu sekolah denga aku dulu? Kalau yer…apasal dia macam pura-pura tak kenal aku? Ker dia takut nak cakap dengan aku.

Ala…aku lupa pula nak ambil bahan dekat bilik Rekaan tu. Ehm…ada masa lagi ni sebelum jam 5.00 petang. Baik aku ambik bahan rekaan dulu, esok baru aku siapkan lukisannya. Aku keluar dari bilikku dan pergi ke bilik rekaan utama untuk mengambil bahan rekaan. Aku melangkah masuk ke dalam. Aku mencari-cari bahan rekaan yang ku perlukan.

“ Hah…itu dia. Alamak…tingginya. Macamana aku nak ambik tu.” Bahan rekaan yang ku perlukan sudah ada di depan mata tetapi bahan rekaan itu ada di atas almari. Soalnya macamana aku nak ambil. Kang aku ambik, tak pasal-pasal aku jatuh tergolek. Tak apa…kau cuba dulu Adriana. Kau boleh!!” ucapku sendiri.

Aku cuba mencapai kotak tersebut dengan jariku. Aku menaikkan sedikit kakiku untuk mencapai kotak tersebut. Ah…rasa-rasanya dah kena bucu kotak tu..aku cuba..aku cuba lagi dan……

“ Ahhhhhhhhhhhhhh!!!” Habis semua bahan rekaanku terjatuh ke bawah. Tapi yang hairannya kenapa aku tak rasa sakit bila bahan rekaan tu sepatutnya jatuh ke belakangku. Aku membuka mataku. Aaron Lutfee? Apa dia buat kat sini? Hah..dia yang selamatkan aku?”

Aaron segera bangun dan menghulurkan tanggannya untuk Adriana. Tetapi Adriana pintas bangun sendiri. Bahu Aaron terasa sakit sangat tapi cuba ditahannya di depan Puteri Dinginnya ini. Dia tidak mahu dipandang lemah oleh Adriana.

“ Aaron..awak tak apa-apa ke? Awak ada luka ke? Mari saya bawa awak ke klinik.” Aku terus memegang lengan kanannya dan memapahnya keluar dari bilik rekaan itu. Walaupun dia tidak mengadu kesakitan, tapi aku tahu dia sedang menahan kesakitan. Tipulah,kalau tak sakit bila sebuah kotak berat menghempap belakang kita. Aku sudah dilanda risau.

Aku mengambil beg tanganku lantas aku memapah Aaron keluar dari syarikat itu. Tapi..masalahnya..aku masih belum ada kereta. Macamana aku nak bawa dia ni? Tiba-tiba, Aaron menghulurkan kunci keretanya padaku. Lantas aku mencapainya dan membukakan pintu kereta untuk Aaron. Aku terus memandu ke klinik yang berdekatan.

“ Nurse..tolong saya. Bos saya ni cedera. Sebuah kotak berat tadi menghempap kat belakang bos saya.” Luahku cemas padanya.

“ Baik Cik. Cik duduk dulu yer. Biar Doktor yang rawat bos Cik ini.” Aaron telah dibawa ke dalam bilik kecemasan.

………………………………………………………

Aaron terpaksa bercuti selama 3 hari. Doktor telah memintanya untuk berehat di rumah. Aku rasa bersalah sangat sebab aku lah Aaron jatuh sakit. Aku kena buat sesuatu ni. Aku tak boleh biarkan perasaan bersalah aku ni mengahantui emosi aku. Aku kena minta maaf dengan dia. Ehm..aku rasa esok pagi aku nak ke rumah dia. Aku nak lawat dia dan bawa bubur untuk dia. Orang kata kalau kita masak bubur ni elok untuk orang yang sakit ni. Esok..hari minggu, so aku cuti. Jadi aku ada masa la nak siapkan bubur untuk dia. Tapi..masalahnya aku tak tahu pulak alamat rumah dia.

Ah…aku rasa tunang Dya mesti tahu rumah dia kat mana. Baik aku call Dya. Suruh dia minta alamat rumah Aaron. Yer..mesti dia tahu punya.

“ Hello..Dya. Aku ni Ad. Aku nak minta tolong sikit ni. Boleh tak kau tolong mintakan alamat rumah Aaron Lutfee dari tunang kau tu? Please!” rayuku.

“ Hello..ehm..kenapa kau nak tahu alamat rumah dia? Cuba cer kat aku?”

“ Nantilah aku cerita kat kau. Ini urgent ni. Cepat call tunang kau tu sekarang. Nanti kau sms aku alamat rumah dia yer. Ok. Assalamualaikum.” Aku terus mematikan talian. Tak boleh lama-lama cakap dengan si Dya ni. Nanti dia temuramah aku pula.

Tidak lama kemudian, bunyi Beep menandakan bunyi mesej masuk. Aku membuka mesej tersebut. Yes! Aku dah dapat pun alamat rumah dia. Aku segera keluar dari pejabat untuk membeli bahan-bahan untuk memasak bubur dan membeli sedikit buah-buahan untuk Aaron.

Usai sudah membeli, aku terus balik ke rumah.

…………………………………………………………………………

Aku menaiki teksi menuju ke rumah Aaron. Saat aku turun dari teksi, aku terkejut melihat rumah banglo yang besar milik keluarga Aaron. Wah…besar giler. Aku membawa bubur dan buah-buahan untuk Aaron. Aku terus menekan punat lonceng rumahnya. Tiba-tiba pintu pagar besarnya terbuka perlahan. Seorang Mak cik Tua berjalan ke arahku.

“ Assalamualaikum Mak cik.” sapaku.

“ Waalaikumsalam. Anak ni siapa dan nak cari siapa?” soal Mak cik itu.

“ Saya Adriana Sofea. Apa betul ini rumah Encik Aaron Lutfee?” soalku.

“ Oh..inilah Cik Adriana rupanya. Manis sekali orangnya.

“Tak adalah Mak cik..saya biasa-biasa jer. Saya datang ni nak melawat Encik Aaron.” Jawabku.

“ Oh…baik hatinya Cik Adriana. Silalah masuk.”

“ Terima kasih Mak cik.” Mak cik itu membawa aku masuk ke dalam rumah Aaron Lutfee. Aku sudah ternampak kelibat Aaron yang sedang baring di sofanya. Nampaknya dia masih belum ternampak aku.

“ Lutfee..ni hah..ada orang nak jumpa kamu ni.” ujar Mak cik tua itu. Aaron pantas memandang ke belakang.

“ Siapa ma?” soal Aaron. Apa? Mak cik ni mama Aaron. Aku tak sangka pula yang mama Aaron ni tak macam Datin-Datin yang aku bayangkan. Simple jer mama dia ni..baik pulak tu. Alangkah terkejutnya Aaron saat menoleh ke belakang. Terus sahaja dia menarik selimut yang berada di atas mejanya untuk menutup badannya yang hanya memakai baju singlet putih. Lantas aku menoleh cepat ke belakang. Malunya…

“ Mak Mah, tolong ambilkan Lutfee baju t-shirt!” jerit Aaron. Habis merah padam muka Aaron. Aaron tak sangka pulak yang Adriana akan melawatnya. Sudahlah..Aaron terpaksa menahan rindu sebab tak dapat nak masuk kerja selama tiga hari.

Usai Aaron memakai t-shirt putihnya, barulah Mama Aaron menjemputku duduk di ruang tamu. Aaron masih menunduk malu. Adriana pula tiba-tiba tersenyum bila mengingatkan kejadian tadi. Aaron sempat melihat senyuman yang sudah lama dinantikannya daripada Adriana. Hari ini Aaron sungguh bertuah kerana dapat melihat senyuman manis daripada Adriana.

“ Ehm..ehm..Mama ke dapur dulu. Mama nak buat minuman dulu. Adriana berbuallah dulu dengan anak Mak cik yang pemalu ni.” usik Mama Aaron kepada ku.

“ Mama! “ panggil Aaron pada mamanya yang sudah meninggalkannya berdua bersama dengan Adriana.

“ Encik Aaron, apa khabar? Macamana dengan bahu Encik? Dah sihat ker?” soalku memulakan bicara.

“ Tak payah la nak berencik-encik. Kita bukan dekat pejabat. Panggil jer saya Aaron. Saya dah okey. Bahu pun dah boleh gerak sikit-sikit.” Jawabnya.

“ Alhamdulillah. Saya sebenarnya nak minta maaf sangat dengan Enci..Aaron sebab saya awak jadi macam ni.”

“ Tak apa la. Benda nak jadi. Lagipun, saya kebetulan lalu di situ hari tu. Kalau saya tak ada siapa la yang nak selamatkan puteri saya ni.” Tanpa sedar Aaron menuturkan sesuatu yang membuatkan hati Adriana tiba-tiba berdegup kencang.

“ Apa? Puteri? Apa maksud awak?”

“ Err..yer ker..saya ada sebut puteri?”

“ Ehm..entah. Kot saya salah dengar yer. Tak apa lah. Ni saya ada sediakan sikit bubur dan buah-buahan untuk awak. Cubalah rasa.” Aaron mengukir senyum. Adriana terpana dengan senyuman itu. Lantas, Aaron mengambil bekas bubur itu dan membukanya. Aaron menyuapkan bubur itu ke dalam mulutnya.

“ Ehm..boleh tahan.” Puji Aaron.

“ Yer la tu. Itukan cuma bubur jer. Biasa-biasa jer.” Tanpa sedar, mereka berdua sedang diperhatikan oleh mama Aaron yang berada di dapur. Mama Aaron sangat gembira bila melihat anak terunanya itu bahagia di samping gadis yang disukainya. Aaron pernah memberitahunya bahawa dia sedang menyukai seseorang tetapi tidak tahu cara untuk meluahkannya. Agaknya inilah gadis yang disukai oleh anaknya itu.

Usai sudah habis Aaron makan bubur itu, Adriana mengemaskan bekas bubur itu untuk dibawa ke dapur.

“ Aaron, saya nak cuci dulu bekas bubur ni. Lepas tu baru saya potongkan buah-buahan ni.” Adriana berlalu ke dapur. Mama Aaron senyum pada Adriana lalu keluar ke ruang tamu sambil membawa hidangan minuman untuk Adriana.

“ Lutfee..mama nak tanya sikit ni.”

“ Apa dia ma?”

“ Ini ker gadis yang Lutfee suka?” Aaron hanya mengangguk tanda mengiyakan. Mama Aaron senyum.

“ Mama suka dia. Cepat-cepatlah Lutfee pikat dia. Mama dah tak sabar nak dapat menantu ni. Lagipun, kamu kan dah lama memendam perasaan suka pada Adriana. Sejak di bangku sekolah lagi. Cuma kamu tu jer yang malu nak luahkan perasaan kamu tu. Baik kamu luahkan sekarang bila dah ada di depan mata. Nanti melepas kat tangan orang lain, kamu juga yang rugi.”

“ Lut..malu la mama nak luahkan perasaan Lut pada dia. Lut takut nanti dia tolak cinta Lut. Lagipun, Lut tak rasa yang dia akan suka pada Lut. Dahlah Lut ni pemalu.”

“ Ish…apa pula kamu cakap macam tu. Belum cuba belum tahu tau. Cuba Lut beranikan diri Lut.”

Tanpa sedar, rupa-rupanya perbualan mereka selama ini sudah didengari oleh Adriana. Tiba-tiba…

“ PANGG!!!” Berguguran pinggan yang berisi buah-buahan itu. Bunyi itu mengejutkan perbualan Aaron bersama dengan Mamanya.

“ Adriana!!” luah Aaron. Mama Aaron juga turut terkejut. Ini bermakna Adriana oasti sudah mendengar segala perbualannya bersama anaknya tadi.

“ Aaron! Betul..apa yang mama awak cakap tadi?” soal Adriana.

“ Adriana..let me explain first. Awak duduk dulu.”

“ Heh! Kalau macam tu, saya minta maaf. Saya balik dulu. Assalamualaikum Mak cik.” Adriana terus keluar dari rumah itu.

“ Lut..apa yang kamu buat ni? Cepatlah! Luahkan isi hati kamu yang sebenarnya! Pergi kejar dia!” ucap Mama.

Aaron berlari keluar pergi mendapatkan Adriana yang sedang menunggu teksi.

“ Adriana!!” jerit Aaron. Tapi, Adriana tidak menoleh ke arah suara itu. Aaron segera mendekatinya dan memegang lengan kiri Adriana. Serta merta Adriana terpusing behadapan dengan Aaron.

“ Adriana Sofea binti Adrian, sudikah awak menjadi puteri hidupku untuk hari-hari yang akan mendatang?” luah Aaron penuh romantis. Air mata yang ditahan Adriana akhirnya tumpah juga. Adriana sebenarnya berasa geram akan sikap Aaron sebenarnya. Rupanya selama ini Aaron sudah lama memendam perasaan padanya tetapi oleh kerana sikap pemalunya itu, Aaron tidak berani untuk meluahkannya.

“ Adriana Sofea binti Adrian, saya ulangi sekali lagi. Sudikah awak menjadi puteri yang akan menyinari hidupku untuk hari-hari yang akan mendatang?” luahnya sekali dengan yakin. Adriana mengangguk tanda setuju. Adriana juga sebenarnya sudah mula menaruh perasaan sejak Aaron menyelamatkannya hari itu. Entah kenapa sejak dia diselamatkan oleh Aaron dari kemalangan itu, tidurnya tak lena, makannya tak kenyang cuma mandi memang basah lah. Orang kata kalau ada sindrom sebegini, memang dah kena panahan cinta ni.

“ Betul? Awak setuju?” soal Aaron yang melonjak gembira.

“ Ya! Betul Aaron Lutfee. Saya sudi menjadi puteri awak untuk selamanya.” Luah Adriana. Datin Alisa yang melihat dari dalam rumah sangat gembira kerana anaknya sudah berjaya mendapatkan cinta hatinya.

…………………………………………………………………………………

Majlis Pernikahan Zafril Ikhwan & Dyana Nadira…

Tibalah majlis perkahwinan kawan baik aku, Dyana bersama Zafril. Aku sangat gembira untuk mereka berdua. Aku mengemaskan tudungku supaya nampak lagi anggun. Aku sudah berjanji dengan Aaron untuk memakai baju warna sedondon dengannya.

“ PONNNNN!!!” Bunyi kereta Aaron sudah berbunyi untuk menjemputku.

“  Ad!! Tu hah..Aaron dah sampai tu. Cepatlah..jangan biarkan dia tunggu lama-lama.” Laung emakku.

“ Tak apa lah mak. Aaron tu dia sanggup tunggu Ad berapa lama punya. Yer la…dah bertahun Aaron memendam perasaan suka pada aku sejak sekolah menengah lagi. Bayangkan..dah berapa tahun tu. Nasib baik jodoh kami kuat. Dengan takdir Tuhan, aku telah bekerja di syarikatnya. Tak ada lah…nak sombong. Cuma..aku rasa terharu sangat dengan keikhlasan Aaron kepada aku. Zaman moden sekarang ni mana ada lagi lelaki yang sanggup tunggu perempuan bertahun-tahun lamanya. Tapi..yang aku tahu cuma insan yang bernama Aaron Lutfee bin Ariz Lutfee saja yang sanggup tunggu Adriana Sofea Adrian.” Ucapku sendirian.

Aku segera menyalam tangan emakku. Lalu aku masuk ke dalam kereta Aaron. Aku senyum padanya.

“ Cantik awak hari ni.” puji Aaron.

“ Terima kasih. Awak pun nampak segak hari ni.” pujiku. Kami berdua ketawa bersama-sama. Oh ya! Sebenarnya, kami ni dah bertunang. Selepas jer sesi luahan perasaan hari tu, minggu depannya, keluarga Aaron terus jer datang merisik aku. Lagi satu, dorang Dyad an Zaf tak tahu lagi ni hubungan kami ni. kami nak buat surprise pada dorang. Ini semua idea Aaron. Dia kata dia nak bagi kejutan pada Zaf. Sebab Zaf dah sembunyikan hubungan cintanya dulu masa bercinta dengan Dya.

Akhirnya..sampai juga kami ke rumah pengantin perempuan. Tak lama lagi majlis akad nikah akan bermula. Kami berdua berjalan beriringan masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Kelihatan pengantin lelaki sudah duduk di hadapan tok kadi. Pengantin perempuan pula sudah pun duduk di atas kusyen yang dihiasi dengan renda manik-manik yang berkilau-kilau. Cantik sungguh Dya hari ini. Zaf pun apa kurangnya. Aku duduk bersimpuh di sebelah pihak pengantin perempuan. Aaron pula duduk di sebelah pihak penganti lelaki.

“ Aku terima nikah Dyana Nadira binti Mohd Nadzim dengan mas kahwinnya sebanyak RM2000 tunai.” Lafaz Zaf kepada Tok Kadi. Dengan sekali lafaz, Dya kini sudah sah menjadi milik Zafril Ikwan.” Dya menitiskan air mata kegembiraan. Aku memeluk bahunya.

Usai sudah majlis pembatalan air sembahyang dan majlis menyarungkan cincin, tibalah masanya untuk sesi bergambar.

“ Dya!! Tahniah. Selamat Pengantin Baru for both of you.” Ucapku pada Dyad an memeluknya.

“ Thanks Ad. Aku gembira sangat hari ini.”

“ Well bro! Congratulations..and Selamat Pengantin Baru juga buat kamu berdua.” Ucap Aaron.

“ Thanks man.”

“ Sayang! Ini Aaron Lutfee ker?” soal Dya tiba-tiba. Aku memandang Aaron dan senyum padanya.

“ Yes..this is Aaron Lutfee.” Kenal Zaf pada isterinya.

“ Wait! I smell something fishy here. Look…both of them are wearing the same colour?” ujar Zaf tiba-tiba.

“ Aaron, kau jangan bilang yang kau dah luahkan perasaan kau pada Adriana?” soal Zaf yang tertanya-tanya.

“ Yup! We are happily enganged now. And..we are getting married end of this year. Surprise!!!!” Aaron dan Adriana ketawa bersama-sama. Kami berdua bersama-sama menunjukkan cincin tunang kami kepada mereka berdua yang tercengang.

“ Adriana Sofea! Aku gembira sangat yang kau dah jumpa lelaki yang boleh bahagiakan kau. “ ucap Dya.

Kami semua ketawa bersama-sama. Akhirnya, aku dapat juga memiliki cinta yang selama ini aku tunggu. Lebih bermakna lagi apabila insan yang disukai itu benar-benar ikhlas mencintai kita. Aku berdoa agar kebahgiaan yang aku kecapi sekarang akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Terima kasih cinta Aaron Lutfee buat Adriana Sofea.

Tamat.