Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan Bahaya Dibuktikan Oleh Dr Psikologi

Sejak akhir-akhir ini macam jadi trend mak ayah suka cium mulut anak, sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga.Sebenarnya sayang macam mana sekalipun mak ayah, dilarang untuk cium pada bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil. Ini antara sebab-sebabnya:
3 Sebab Dilarang Cium Mulut Anak

1. Boleh Rangsang Syahwat
Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat Dr Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universitas California Los Angeles ,UCLA, berpendapat mengenai kesan buruk jika terlalu sering mencium anak-anak di bibir.

“Ketika seorang anak mencapai 4 atau 5 atau 6 dan pada usia sekitar itu keinginan seksualnya mulai muncul (dan beberapa anak-anak keinginan seksualnya muncul lebih awal, terkadang muncul pada usia 2 atau 3) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual(syahwat) mereka.”

2. Mulut Pindahkan Kuman
Ada bayi yang terkena penyakit kerana sering diciumi bibirnya. Ingatlah bahawa mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir, kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh.Pelbagai jenis penyakit boleh disebarkan melalui mulut.

3. Rasul dan Sahabat hanya mencium pipi anaknya
Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orangtua pada anaknya, maka hal ini diperbolehkan untuk dilakukan.Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk mencium anak iaitu pada bahagian pipi, seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.

“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)

Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tapi sebaiknya memang tak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah tunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.
Sebenarnya, ada 4 tempat ciuman dan 2 tempat gosokan yang digalakkan mak ayah lakukan pada anak.
1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN
Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA
Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU
Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi.
4. Cium  ditangan adalah bila kita rasa KASIH sangat pada anak kita
Ciuman di tangan ni sangat istimewa sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita.Untuk menzahirkan rasa hormat dalam diri.
Disamping itu, mak ayah boleh gosokkan dua tempat ini pada anak.
1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.

2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.

13 Tips Mendidik Anak Lelaki Supaya Tak Jadi ‘Boss’ Sangat Dalam Rumah

Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan

Tipikal budaya kita, kerja rumah adalah tugas hakiki kaum wanita. Maka lelaki hanya mencari rezeki. Boleh kita lihat dan baca saban hari, isteri bekerja atau surirumah merungut tidak dibantu suami. Apa peranan kita sebagai ibu dalam mengubah budaya ini? Mari kita mulakan dengan mendidik anak lelaki kita.
LELAKI ATAU PEREMPUAN, KEDUA-DUANYA PATUT DIAJAR DENGAN KERJA RUMAH
Zaman bergerak pantas, tugas hakiki kerja rumah bertukar menjadi tugasan ibu semata-mata, kebanyakkan anak perempuan juga sudah tidak tahu melakukan kerja rumah, apatah lagi lelaki. Mereka hanya disuruh fokus pada pelajaran sekolah semata-mata. Kita lupa pelajaran skil kelangsungan hidup ini juga sepatutnya diberi perhatian. Hasilnya mulalah masing-masing kita menunding jari sesama kita.

Kata lelaki, sejak azali budaya keturunan kita kerja rumah tugas perempuan, kata perempuan pula tugas isteri hanya melayan suami, lagi pun dah kawin boleh belajar. Akhirnya semua kerja rumah diletakkan di atas bahu ibu.

Gajet melanda, penyakit ini kian parah. Adalah dianggap bijak dan comel jika anak kecil pandai mengendalikan sebuah gajet, tetapi dianggap bahaya ataupun mendera jika diajar memasak dan melakukan kerja rumah seawal usia, sudah pastilah segalanya dalam pantaun ibu bapa.

Fahaman begini bukan sahaja menjauhkan anak-anak dari membantu membuat kerja rumah. Malah, perasaan simpati dan kemanusian untuk membantu juga makin luput di benak dan hati mereka. Melihat ibu sibuk dengan urusan rumah yang tiada kesudahan, anak-anak duduk membatu menghadap gajet atau TV tanpa rasa bersalah.

Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan
APAKAH GENERASI YANG BAKAL KITA LAHIRKAN?
Kisahnya, tersentuh hati saya bila sepasang ibubapa tua bertanya pada ibubapa saya bagaimana nak mendidik anak lelaki mahupun perempuan agar membantu kerja rumah. Memang agak terlewat kerana semua anak-anak tersebut sudah dewasa malah ada yang sudah berumahtangga. Dalam hal ini kebanyakan ibubapa berpendapat, kecil lagi, biarkan mereka fokus pada pelajaran sahaja, nanti dah besar pandailah mereka tolong.

Bayangkan dikala anak-anaknya berkumpul tidur di rumah saudara, melihat sepupu mereka (anak si tuan rumah) memasak mengacau sekawah rendang ayam sambil mendukung bayi, mereka lelaki dan perempuan tiada rasa belas ihsan untuk membantu. Sebaliknya terus leka berbual, gelak ketawa dan bermain gajet. Seolah-olah tiada apa berlaku di sebelah mereka. Inilah sedikit contoh generasi masa kini.

Alhamdulillah, saya dilahirkan dari keluarga yang harus membantu kerja rumah tanpa mengira jantina. Melihat Abah menyapu dan memasak perkara biasa. Alhamdulillah, suami juga dididik begitu. Malah beliau tidak kekok memasak, mengemas dan mencuci pakaian di rumah mertua.

Apabila ada teman mengadu atau minta pendapat bagaimana saya mengajar anak-anak membantu kerja rumah?

Ini jawapan saya.
13 TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI (DAN PEREMPUAN) MEMBANTU IBU BAPA
Ini tips yang saya praktikkan untuk mendidik anak lelaki dan juga anak perempuan saya agar ‘ringan tangan’ membantu ibu bapa.

1. KURANGKAN GAJET
Kurangkan masa atau jauhkan mereka dengan gajet dan TV.

Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan
2. JANGAN LARANG MEREKA HENDAK MEMBANTU
Galakkan dan beri tunjuk ajar. Bila mereka bantu barulah mereka merasai sendiri dan faham susah senang tugasan tersebut. InsyaAllah mereka lebih prihatin untuk membantu ibubapa.

3. PERANAN BAPA
Untuk mendidik anak lelaki, peranan bapa sangat penting dalam menjadi contoh tauladan dan idola mereka. Namun, jika suami bukan jenis membantu, tariklah minat anak dengan bercerita keperibadian Saidina Rasulullah, tunjukkan contoh chef terkenal seperti Jamie Oliver, video rakan sebaya mereka yang melakukan kerja rumah dan sebagainya.

Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan
4. CERITAKAN PAHALA MEMBANTU IBUBAPA
Ajak, ajar, agih dan arahkan mereka membantu. Biasalah budak, ada pasang surutnya.

Adakala mudah, tak suruh pun pandai buat dan ada kala pula perlu pendekatan yang tegas dan disuruh.
5. MULAKAN SEKARANG!

Mulakan dengan mengajar mereka mengemas tempat tidur, tempat main, laundry dan membantu menyiapkan bahan masakkan. Anak seawal 7-9 bulan pun jika diajar, sudah pandai menghantar lampin pakai buang ke bakul sampah dan pakaian kotor ke bakul setiap kali mereka keluar dari bilik air. Menjadi rutin begitu.

Jika kita biarkan tanpa diajar (sebab asyik fikir mereka masih kecil), 10 tingkatdiapers tersusun depan bilik air pun tidak dipedulikan anak-anak, kecuali dijadikan mainan. (Kan haru?)

Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan
6. PUJI & BERI GALAKAN
Puji setiap apa yang mereka bantu biarpun tidak menepati piawaian kita. Bersabar, simpan tak puas hati tu. Tegur secara berhemah. Mereka dalam proses belajar kan?

7. SABAR DALAM MENDIDIK
Bersabar dengan sepah, berterabur dan pelbagai lagi hasil pertolongan mereka.

Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan
8. CARI TIPS MUDAH
Ajar mereka tips and trik mengemas, memasak, menggosok baju, basuh bilik air dan sebagainya agar lebih mudah dilakukan. Boleh cari di Google dan YouTube.

9. JANGAN LUPA TITIKBERATKAN KESELAMATAN
Ajar mereka teknik yang betul penggunaan peralatan serta langkah keselamatan terutama di dapur dan barangan elektrik. Boleh cari di YouTube juga.

Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan
10. RANCANG BERSAMA
Rancang bersama mereka apa kerja rumah yang hendak dibuat, jika perlu ajak mereka menonton video atau gambar cara untuk melakukannya. Ini akan membangkitkan rasa teruja dalam diri mereka.

11. TERIMA IDEA MEREKA
Beri peluang dan kepercayaan untuk mereka berkongsi idea dan lakukan sendiri susunan, resepi, masakan, hidangan dan sebagainya mengikut idea mereka. Kita guidedan pantau sahaja.

Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan
12. LABURKAN WANG UNTUK PROJEK MEREKA
Jika mereka ingin membeli sesuatu barang atau peralatan berkaitan nak menghias, mengemas, memasak, layankan saja. Itu lagi bagus dari beli gajet, junk food atau mainan. Lagi bagus jika Mak kreatif ajak mereka DIY sendiri. Jimat!

13. LIBATKAN RAKAN SEBAYA
Contohnya bila berkumpul di kampung, aturkan aktiviti dan tugasan untuk mereka lakukan bersama secara santai. Biasanya kanak-kanak lebih suka jika dapat buat bersama kawan atau sepupu. Selain itu biasakan menghantar mereka menyertai kelas seperti masakan, pembuatan makanan dan sebagainya.

Seperti kita, penyertaan ke kelas sebegini juga mampu menyuntik semangat dan motivasi kepada anak-anak untuk membantu kita.

Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan
TERUSKAN MENDIDIK DEMI MASA DEPAN
Saya masih berusaha mengajar mereka. Memang perlu gigih dan kadangkala menguji kesabaran. Tapi tidak mengapa demi masa hadapan. Kita berusaha mendidik mereka dari peringkat awal, mudah-mudahan akan dijadikan amalan hidup membantu ibubapa dan keluarga sendiri dalam membuat kerja rumah nanti tanpa mengira jantina, insyaAllah.

Apabila kita mendidik anak lelaki dengan kerja rumah, kita sebenarnya bukan sahaja menjadikan mereka mahir melakukan kerja rumah, malah setiap gerak kerja tersebut membantu meransang otak serta skil motor mereka, membentuk keperibadian dan emosi mereka sebagai bakal pemimpin rumah tangga. Selain itu, ianya sangat membantu mereka untuk survive jika terdesak atau ketika ketiadaan kita.

 

*Sumber asal artikel ini adalah daripada Puan Rosnah melalui perkongsian Facebook dan ia diterbitkan semula atas kebenaran beliau.

Sumber: mingguanwanita.my
Sumber: siraplimau.com
Sumber: suaramedia