(Foto) Majlis Kesyukuran Serta Cukur Jambul Anak Hafiz Suip Dan Isteri

Penyanyi Hafiz Suip telah mengadakan majlis kesyukuran dan cukur jambul buat anak sulung mereka, Muhammad Riyadh Zafri hari ini.

Majlis tersebut berlangsung dengan meriah bertempat di Dorset Grand Subang.

Namun apa yang menarik perhatian adalah isteri Hafiz, Nureffy Jasreel yang kelihatan semakin cantik selepas bersalin.

Memilih busana berona kuning sedondon dengan suaminya, Nureffy nampak manis dan berseri.

Selain Hafiz, isterinya juga turut berkongsi momen-momen indah sekitar majlis tersebut menerusi akaun Instagramnya khas buat tatapan peminat.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis cukur jambul Riyadh Zafri berlangsung:


Sumber: gempak.com