Gadis Trivago, Dahlia Shazwan selamat melahirkan puteri sulungnya semalam

Rupa-rupanya selain daripada Nora Danish yang selamat melahirkan anaknya semalam, idustri hiburan turut digembirakan dengan berita kelahiran anak sulung kepada pengacara dan model, Dahlia Shazwan.

Dahlia, 38 tahun yang juga dikenali sebagai ‘gadis trivago’ telah selamat melahirkan seorang puteri sulung dengan berat 2.7  kilogram pada 3.15 pagi kelmarin.

Bayi yang diberi nama ‘F’ ini merupakan puteri sulungnya hasil perkawhinan bersama eksekutif pemasaran, Shafiq Ismet pada Julai 2016.

Seorang rakan baik Dahlia yang juga merangkap penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly telah memuatnaik gambar Dahlia di Instagram Story, dengan memberikan ucapan tahniah kepada Dahlia dan memberi salam kepada bayinya itu menerusi kapsyen tersebut.

Walau bagaimanapun, story tersebut telah dipadam oleh beliau dan tidak dapat diakses mengenai perkembangan Dahlia.


Dahlia dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat.
Kegembiraan tersebut turut dikongsikan bersama netizen apabila mereka memberikan ucapan tahniah kepada Dahlia dan suaminya itu.


Dahlia yang juga dikenali sebagai gadis Trivago

Dua buah berita kegembiraan mengenai kelahiran cahaya mata sulung Nora dan Dahlia dalam masa yang terdekat pada akhir bulan Februari ini telah mewarnai industri hiburan tempatan.

Tahniah kepada Nora dan Dahlia.

Sumber: