Gambar Sekitar Majlis Cukur Jambul Anak Hafiz Suip…. Comel Sangat!

Selamat melahirkan anak sulung tahun lalu, hari ini Hafiz Suip telah melangsungkan majlis kesyukuran dan cukur jambul putera beliau, Muhammad Riyadh Zafri. Majlis yang cukup bermakna itu dilangsungkan meriah di Subang.

Dalam majlis itu Hafiz dan isteri sedondon memakai baju berwarna kuning, manakala tempat berondoi bayi pula dihias cantik. Di Instagram, Hafiz juga sempat berkongsikan momen-momen indah majlis tersebut buat peminat.

Semoga kehadiran bayi ini dapat menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga pasangan ini. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis cukur jambul pasangan ini.

Sumber : rotikaya