Lelaki Ini Mempunyai 2 Orang Isteri Yang Bukan Sahaja Cantik Menawan Tetapi Hidup Bahagia Bersama Kedua2 Isterinya, Jumlah Anak Mereka Buat Netizen Tergamam!

Hari Valentine biasanya dijadikan saat penting untuk menunjukkan kesetiaan bersama orang tersayang. Seseorang biasanya berkongsi foto selfie dengan pasangan, keluarga hingga kawan-kawan.

Namun, perkara yang sedikit berbeza dilakukan oleh seorang wanita asal Thailand ini.

Kisah ini jadi viral selepas dimuatnaikan oleh akaun Facebook Warissara Poksrichan. Melalui media sosialnya, wanita berusia 32 tahun ini memuatnaik foto bersama dengan suaminya.

Warissara Poksrichan

Foto tersebut dimuatnaik Warissara tepat pada saat Hari Valentine (14/2/2018). Tetapi, uniknya, Warissara tidak hanya bersama suaminya sahaja. Dia ternyata juga berkongsikan foto bersama suami dan isteri lainnya.

Seperti dipetik dari laman Coconuts, Warissara menulis, “Ramai orang berkongsi gambar bersama suaminya di Facebook. Baiklah, suamiku ada 2 isteri!”

Manop Nuttayothin bersama 2 istrinya, Warissara Poksrichan dan Nattaya Tongpan

 

Dalam muatnaik tersebut Warissara juga mengatakan bahawa meski sudah bertahun-tahun, perasaannya pada suaminya tidak pernah berubah. Statusnya ini menjadi viral hingga dikongsi oleh lebih dari 6 ribu kali.

Tidak hanya itu, muatnaiknya juga ramai membuat netizen berasa iri melihat kebahagiaan yang ditunjukkan oleh mereka. Suami Warissara sememangnya memiliki 2 orang isteri yang dianggap cantik dan seksi oleh netizen.

Suaminya yang bernama Manop Nuttayothin (42) mengatakan bahawa sebenarnya dia mempunyai 3 isteri. Sayangnya, isteri pertama meninggal selepas melahirkan 3 anak mereka.

Warissara Poksrichan dan Nattaya Tongpan

Manop dan Warissara sendiri sudah hidup bersama lebih dari 10 tahun. Setelah itu, dia berkahwin lagi dengan Nattaya Tongpan (26).

 

Dari 3 perkahwinan tersebut, Manop memiliki 3 anak dari masing-masing isterinya, yang bererti Manop mempunyai kesemua 9 anak.

Kedua isteri Manop selama ini membantunya untuk mengendalikan perniagaan yang dia jalankan.

Manop memiliki kedai yang menjual mobil secara lelong di sebuah acara trek besar di Thailand. Ayah kepada 9 anak ini mengaku memberikan gaji pada Warissara dan Nattaya.

 

Namun, kedua wanita tersebut menolak memberi tahu jumlah wang yang mereka terima. Nattaya mengatakan bahawa semuanya bukan soal wang.

Kedua isteri membantu perniagaan Manop

 

Manop disebut melaburkan kebanyakan pendapatannya untuk anak-anaknya. “Itu benar. Untuk anak-anak, dia memberinya 100 peratus.

Untuk para isteri, jika kami meminta 1000 bath (RM 1248), dia hanya memberi kami 200 bath (RM 25),” kata Warissara setuju. Atas perkahwinan mereka yang unik dan bahagia ini, keluarga Manop diundang di sebuah program TV tempatan.

Manop mempunyai 9 anak dari 3 isteri

 

Manop mengaku bertuah kerana boleh memiliki 3 isteri. Dia pun mengungkap rahsia perkahwinannya yang bahagia.

Manop sememangnya berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang muncul. “Saat ada masalah, aku akan bercakap dengan mereka di hari itu juga.”

Meski hidup bahagia, lelaki tersebut menyedari kadang-kadang dia bersikap kurang adil pada 2 isterinya. Dia pernah memperlakukan satu isterinya lebih baik daripada yang lain.

Manop Nuttayothin bersama 2 isterinya, Warissara Poksrichan dan Nattaya Tongpan

 

“Ketika aku tahu ada sebuah masalah, aku akan memastikan untuk memperlakukan keduanya dengan adil. Kami melakukan hal yang sama. Kami melakukan semuanya di waktu yang sama. Itu yang terbaik,” jelasnya.

Hal ini diikuti dengan baik oleh kedua isterinya. Warissara mengaku hanya ingin fokus membangun keluarga dengan suaminya dan Nattaya. Meski tinggal satu rumah, keduanya mengaku tidak pernah bertengkar.

Bahkan, melalui akaun Facebook-nya, Warissara sering memuatnaik gambar mereka bersama dengan Nattaya.

Perempuan ini juga mengaku bahawa Manop adalah lelaki yang adil, memberi sepenuh perhatian dan bekerja keras. “Ini semua tentang pengertian. Kami saling mencintai. Kami saling memberi perhatian. Kerana itulah, kami bahagia. Kami percaya itu,” jelas Warrisara.

Mempunyai 2 isteri dan 9 anak, kisah keluarga Manop ini membuat ramai netizen kagum.

Apa Pendapat Anda?

Silakan Share Untuk cerita Dan Berita Menarik!

Sumber : Tribunnews.com

Kredit : beritakopak