Manis Dan Bersemut Ucapan Yusry Kepada Lisa Surihani Sempena Anniversary Yang Ke 6 Tahun! Retak Skrin…!!!

Diam tak diam pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU sudah menjalin kasih dan mendirikan rumah tangga selama 6 tahun! Wah sekejap saja masa berlalu kan?

23 Februari adalah hari pasangan sejoli ini disatukan dan pastinya masing-masing ingin menghargai anniversary mereka yang ke 6 tahun ini dengan ucapan manis buat pasangan.

Yusry meluahkan rasa hatinya dengan memanjatkan rasa syukur kerana bertemu jodoh. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada isteri tercinta kerana melahirkan dua anak kesayangannya.

Hari ini adalah hari awak menjadi isteri saya dan saya menjadi suami awak. Enam tahun yang indah dan dua anak, awak tetap menjadi inspirasi, kekuatan, harapan & impian saya. Syukur Alhamdulillah, kita bertemu jodoh. Cepat rasanya 6 tahun berlalu. Syg, peneman hidup saya, terima kasih kerana membawa 2 anak berharga kita ke dunia ini. Kepada isteri yang tersayang, sahabat baik saya & ibu yang indah kepada anak-anak saya, Selamat Hari Kita syg. Saya cintakan awak dengan sepenuh hati ❤

Aduhai, sweet betul ucapan Yusry buat Lisa ni. Kita lihat pula balasan ucapan Lisa buat Yusry..

Yushby, ini adalah saat selepas awak mengambil saya sebagai isteri awak. 23 Februari 2012. Sayang, bapa dan ayah kepada anak-anak kita, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne, di sini saya berharap,pinta dan berdoa ketika kita membesarkan Yong dan Adik bersama-sama, bahawa kita akan menjadi tua bersama dengan banyak berkat, anugerah , kebijaksanaan dan hati. Cinta, Lishby.

Fuh, ayat last tu mahu tua bersama yang leleh tu. Yela, sedangkan kita tak tahu apa yang bakal menimpa diri kita pada masa akan datang kan? Hanya Allah yang tahu..

Ramai peminat mengucapkan selamat ulang tahun kepada pasangan ini, sweet habis!

Happy anniversary, moga kekal hingga ke jannah!

Sweetnya, semoga bahagia sampai ke syurga..

Sumber: IG Lisa Surihani & Yusry KRU