“Pemandu Uber tu siap buat teka-teki pasal dakwah, pastu dia hulur aku RM5…” – Gadis kongsi pengalaman menaiki kereta pemandu Uber yang bermisteri tetapi baik hati

Bagi mereka yang selalu menaiki Grab atau Uber, sudah tentu akan berjumpa dengan pemandu yang mempunyai pelbagai ragam sepanjang perjalanan ke tempat yang dituju. Ada yang tersesat jalan la, pendiam dan tak kurang ada juga yang gemar bersembang dengan penumpang.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah memuat naik status mengenai seorang pemandu Uber yang sangat peramah membuatkan penumpang tidak berasa awkward ketika berada di dalam kereta.

Menurut Fie Ariffin, pemandu itu siap membuat teki-teki lagi dan memberi ganjaran sekiranya beliau dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul.


Pemandu nama Fitri, Myvi putih

Soalan pertama dah dapat RM2

Soalan kedua pasal solat

Tambah Fie, ketika sampai ke destinasi yang dituju, pemandu itu telah menghulurkan RM5 walaupun beliau hanya menggunakan promocode untuk menaiki Uber tersebut.


Memandu sambil berdakwah

Betul tu, bukan senang nak jumpa pemandu yang berkongsi ilmu pengetahuan agama dengan cara yang santai. Semoga brother Fitri ini sentiasa dimurahkan rezeki sambil berdakwah kepada golongan muda.

Sumber : Fie Ariffin