Sanggup Panggil Suami Dengan Panggilan Bab* Hanya Kerana Suami Beri Duit Kepada Ibu Bapa…Luahan Sayu Seorang Suami

“Saya nak minta pandangan macamana nak selesaikan masalah saya ni. Setiap bulan saya dan isteri asyik bergaduh pasal duit. Masalahnya, isteri saya tak suka saya beri duit dekat orang tua saya. Bukan banyak pon saya bagi, paling banyak pon sebulan RM100, kadang-kadang RM50, kalau gaji tak cukup, saya tak bagi.”

Saya anak sulung, adik-adik saya ada yang dah berkahwin dan ada yang belum. Kadang-kadang saya tak faham dengan isteri saya, apa yang dia hendak sebenarnya?

Dulu isteri saya tak bekerja dan sekarang dia bekerja sebab dia kata saya tak mampu nak bagi apa yang dia nak, tak seperti suami orang lain yang mampu bagi apa yang isteri mahu.

Walaupun dia bekerja, saya tetap beri duit nafkah sebanyak RM300 sebulan. Segala bil-bil rumah, duit rumah dan barang dapur semua saya yang tanggung. Dia bekerja semata-mata untuk belanja diri dia, bayar hutang kereta dia termasuk bayar pengasuh untuk anak-anak.

Yang bab bayar duit pengasuh memang saya tak ambil tahu sebab dari awal dia hendak bekerja saya dah beritahu yang saya tak akan ambil peduli bab pengasuh kerana bukan saya yang paksa dia untuk bekerja. Dia nak bekerja kerana dia rasa apa yang saya bagi setiap bulan tak mencukupi.

Saya nak tanya salah ke saya beri duit kepada ibu bapa saya? Bukannya saya beri banyak sangat pun. Kadang-kadang saya malu dengan adik-beradik saya. Sepatutnya saya sebagai anak lelaki dan anak sulung sepatutnya yang kena tanggung ibu bapa saya dan bukannya mereka.

Mak saya lumpuh separuh badan dan ayah saya tak bekerja kerana nak menguruskan mak saya. Rumah sewa ibu bapa saya, adik perempuan saya yang tanggung. Segala barang rumah , bil-bil semua adik beradik saya kongsi sorang sedikit untuk bayar.

Apa yang patut saya lakukan, patutkah saya ceraikan isteri saya? Tapi saya sayangkan anak-anak saya. Tak habis-habis dia merungut pasal duit, ambil hantar anak pergi sekolah. Bukannya hari-hari pun dia kena hantar dan ambil anak, hanya bila saya kerja shift pagi je dia susah sikit. Tapi kalau saya kerja shift petang, saya yang akan hantar dan ambil anak-anak, siapkan makan untuk mereka dan akan hantar ke rumah pengasuh sebelum saya pergi ke tempat kerja…..
Itu pun kalau saya shift pagi saya akan beri dia duit untuk isi minyak dan beli makanan untuk anak-anak saya.

Sumber : papejee.com

Sumber : bolehbro.com