Usahawan Muda Cinta Baru Elfira Loy?

Belum habis lagi spekulasi mengenai perpisahan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, peminat sudah mengandaikan wanita itu sudah punya pengganti apabila gambar bersama usawahan yang dikenali, Asyraff Mazlan tersebar di media sosial.

Menerusi Insta story, Elfira bersama kakaknya dirakam bersama meraikan ulangtahun kelahiran Asyraff di sebuah restoran. Video yang dimuat naik Asyraff sekaligus membuatkan peminat tertanya-tanya adakah beliau cinta baru Elfira.

Rata-rata peminat membuat andaian usahawan muda itu adalah kekasih baru Elfira. Lebih menguatkan lagi spekulasi itu apabila Asyraff memuat naik gambar dengan Elfira ketika di Mekah awal bulan lalu berserta kepsyen romantis

Manakala Sufian Suhaimi pula apabila ditanya mengenai perkara ini berkata, beliau mengetahui hubungan Elfira bersama jejaka itu sebagai rakan sebelum ini. Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana sudah putus.

Jika benar berita ini apa salahnya, sudahlah mempunyai wajah yang kacak dan matang malah jika dilihat pada Instagramnya juga boleh dikatakan seorang yang mempunyai kehidupan mewah. Pasti ibu Elfira suka dengan pilihan kali ini! (rtky/w)

KISAH terputusnya ikatan pertunangan antara pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi terus menjadi perbualan hangat netizen lalu ada yang mengaitkan aktres berkenaan sudah ada pengganti.

Justeru, foto yang dimuat naik oleh seorang lelaki iaitu Asyraff Mazlan di Instagram menyebabkan timbul persoalan netizen adakah pemuda itu cinta hati baharu Elfira?

Menerusi foto tersebut kelihatan Elfira, kakaknya iaitu Azlisa bersama Asyraff. Ia dirakamkan semasa mereka meraikan ulang tahun kelahiran Asyraff di sebuah restoran baru-baru ini.

Rata-rata pengikut membuat andaian bahawa Asyraff yang juga seorang usahawan muda ialah kekasih baharu pelakon drama Separuh Jiwaku ini.

Elfira dan kakak meraikan sambutan hari jadi lelaki tersebut.

Foto tersebut turut dibanjiri dengan komen netizen yang ingin mendapatkan kepastian mengenai status hubungan mereka.

Lebih menguatkan spekulasi apabila lelaki itu juga pernah memuat naik foto bersama-sama seorang wanita berpakian purdah dan ia dipercayai Elfira Loy ketika mengerjakan ibadah umrah di Makkah awal bulan lalu.

“Tak apa, doa yang baik-baik sahaja. Setiap orang berhak mencari yang terbaik untuk diri sendiri.

Asyraff memuat naik foto bersama seorang wanita dipercaya Elfira ketika di Makkah.

“Okay la tu. Tak apa, janganlah kita sibukkan lagi tentang mereka ini. Kita jagalah diri kita apa yang patut.

“Tolong jangan buat spekulasi. Hormatilah perasaan mereka yang baru putus tunang. Kita doakan yang baik-baik sahaja,” komen netizen.

Sebelum ini, timbul pelbagai dakwaan dan spekulasi punca terlerainya ikatan pertunangan Elfira dan Sufian Suhaimi.

Paparan skrin Instastory yang ditinggalkan netizen di laman Facebook Kisah Dunia.

Bagaimanapun, Elfira dan Sufian meminta semua pihak tidak membuat sebarang andaian dan memaklumkan hanya keluarga sahaja yang mengetahui punca mereka menamatkan pertunangan.

Pada 17 Februari lalu, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor, esoknya.

Pertemuan antara keluarga kedua-dua pihak dilaporkan berlangsung dengan baik dan pihak keluarga enggan memanjangkan hal berkenaan.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Dalam pada itu usaha mStar Online mendapatkan penjelasan daripada Elfira dan Asyraff gagal apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon dibuat.

Sumber: mstar
Sumber: rotikaya