(Video)”Bestnya Dengar Emma Speaking Macam Orang England”-Emma Maembong Speaking Dipuji Netizen

Dalam banyak banyak artis kat Malaysia ni ada sesetengah dari mereka yang boleh dan lancar berbahasa Inggeris. Contohnya, Lisa Surihani, Neelofa, Fazura, Juliana Evans dan ramai lagi.

Namun, baru-baru ini KD terkejut dengan seorang aktres jelita ini apabila tiba-tiba speaking English! Kerana sebelum ini tak pernah dengar dia berbahasa Inggeris.

Orang itu adalah Emma Maembong! Umum tahu, Emma mempunyai kacukan Scotland. Baru-baru ini Emma ada memuat naik video tutorial memakai lipmatte keluaran ibunya sendiri iaitu Janet Isa.

Apa yang menarik, Emma memulakan video itu dengan berbahasa Inggeris dan menurut penilaian orang ramai memang sedap slang British yang dibawa oleh Emma. Korang cuba dengar..

Amacam best tak? Menurut KD memang best dan nampak natural sahaja berbahasa Inggeris dengan slang Britishnya..

Rata-rata ramai yang terkejut dan ini adalah kali pertama Emma speaking. Ramai memuji cara speaking Emma yang nampak lancar dan berjaya bawa slang British!

Respon netizen

Jarang cakap omputih tapi sekali dia cakap perghhh

First time dengar Emma cakap omputih, suka dengar slang Emma

Wooww Emma speaking English slang British!

Sumber: IG Emma Maembong via kisahdunia