(Viral) Gadis 20an hadiahkan jambangan duit bernilai RM12378 buat kekasih, lebih memeranjatkan bila tahu pekerjaan gadis ini…

SEBUAH video seorang gadis Thai membuat kejutan kepada teman lelakinya dengan jambangan duit tular di media sosial, membuatkan netizen iri hati dengan lelaki berkenaan yang mendapat ‘pakej’ kekasih cantik dan wang.
Viral gadis 20 tahun hadiahkan jambangan duit bernilai RM12378 buat kekasih

Viral gadis 20 tahun hadiahkan jambangan duit bernilai RM12378 buat kekasih

Dalam video itu, Pilaslak Puenchoke, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun, mengejutkan teman lelakinya, Tua, di sebuah restoran pada hari jadinya dengan jambangan duit berjumlah THB100,000 (RM12,378).

Jambangan duit itu dihasilkan dengan wang kertas THB500 (RM61.90).

Sekiranya anda tertanya-tanya, ini juga merupakan hadiah Hari Valentine untuk teman lelakinya yang telah menjalinkan hubungan selama setahun dengannya.

“Jambangan ini adalah hadiah hari jadi dan hadiah Valentine,” kata Puenchoke.

“Dia mahukan barangan lelaki dan saya tidak tahu apa yang harus dipilih untuknya. Saya mendapat idea jambangan wang di Instagram dan mahu dia memilikinya.”

Jelasnya, dia telah menugaskan kedai bunga untuk membuat jambangan itu. Secara keseluruhannya, dia membayar sebanyak THB104,000 (RM12,873).

Puenchoke berkata dia memperoleh wang itu sendiri dengan menjual kosmetik dalam talian.

Ditanya bagaimana teman lelakinya bertindak balas terhadap penghargaan besarnya itu, dia berkata: “Dia gembira dan beritahu tidak mengharapkan sesuatu seperti ini. Dia kata dia tetap akan gembira walau dengan hadiah kek hari jadi daripada saya.”

 Sumber: Mstar