“Walaupun Sumbing Tetap Comel”- Peminat Gembira Lan Solo Kongsi Wajah Anak

Penyanyi Lan Solo mendapat pujian peminat selepas mendedahkan wajah anak keempatnya, Nur Amna.

Lan berkongsi foto bayi perempuan itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Selain Lan, isterinya Nur Sheila Hassim juga berkongsi foto Nur Amna menerusi platfom yang sama.

“Assalamualaikum. Saya dah nak discaj hari ini. Daddy ckp nama penuh saya lepas daftar baru daddy share sebab mommy belum decide lagi ejaan nama belakang saya.

“Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dari dalam perut mommy sampailah saya wujud hari ini.

“Walaupun saya keluar dua minggu awal, saya harap semua dpt terus mendoakan kesihatan sy tau. AM I CUTE..???” tulisnya.

Kapsyen itu mendapat respon daripada peminat yang memuji kecomelan anak pasangan itu.

Malah mereka juga mengatakan Nur Amna yang mengalami cleft lip atau sumbing itu merupakan anak pembawa tuah.

Selain itu, ruangan komen IG pasangan itu juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

 
“Doakan Nur Amna Membesar Dengan Sihat” – Lan Solo Dapat Baby Girl

Penyanyi Lan Solo selamat menimang cahaya mata keempatnya pada jam 4.10 pagi tadi.

Bayi perempuan seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Rampai Puteri di sini.

Lan menerusi memberitahu berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya berserta foto.

Selain Lan, isterinya Nur Sheila Hassim juta turut berkongsi foto terbaru bersama puteri ketiganya.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah semuanya lancar. SABTU, 24 FEBRUARI 2018, 4.10 PAGI, 2.5 KG .
“Syukur dan terima kasih kpd semua yg mendoakan kesihatan KY dan puteri kami.

“Doakan NUR AMNA Q______ * membesar dengan sihat ye. Amin,” tulisnya

Pasangan ini juga mendapat ucapan tahniah daripada rakan artis antaranya Siti Nordiana, Fizo Omar, Almy Nadia dan Achey Bocey.

Foto: Instagram @lansolo_official / @sheilarazlan

 

Kredit: Gempak.com