Wanita memberikan “12 syarat perkahwinan” kepada calon suami sebelum mereka berkahwin. Selepas membaca isi kandungannya, lelaki ini terus berasa amat tersentuh

Hal perkahwinan adalah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan dan tidak boleh dipandang remeh.

Selain didasarkan atas nama cinta, ia perlu dilandaskan dengan rasa tanggungjawab dan mengetahui peranan masing-masing dalam kehidupan berumahtangga kelak. Atas sebab ini, banyak perkara perlu diteliti dan dititik beratkan sebelum memasuki alam perkahwinan.

Gambar Hiasan

Seorang pemuda telah menceritakan di media sosial tentang bagaimana teman wanitanya telah memberi 12 syarat perkahwinan sebelum mereka berdua bersetuju memasuki alam perkahwinan.

Pada mulanya, pemuda ini merasakan syarat tersebut tidak masuk akal dan sedikit aneh. Namun begitu, selepas membacanya sehingga habis, hatinya berasa sangat tersentuh dan terus tidak sabar ingin menjadikan wanita ini sebagai isterinya.

Gambar Hiasan

12 syarat perkahwinan tersebut adalah seperti berikut :

1. Pekerjaan menguruskan rumahtangga harus dijalankan secara bersama dan bergilir-gilir

Apabila isteri sakit atau hamil, bebanan urusan rumahtangga harus dikurangkan. Dan suami perlu membantu isterinya.

2. Tugas mengendalikan urusan di rumah harus dibahagikan mengikut keperluan masing-masing

Bagi yang telah memasak, tidak perlu membasuh pinggan. Dan bagi yang sudah membungkus dan mengumpulkan sampah, tidak perlu pergi membuangnya ke pusat kitar semula atau tempat pembuangan sampah.

3. Ketika keluar, pasangan harus memberitahu ke mana dia pergi dan bila tiba waktu pulang ke rumah.

Contoh jika suami bekerja lebih masa , suami perlu memberitahu isteri yang dia akan pulang lewat dan isteri perlu makan malam dahulu dan tidak perlu menunggunya.

4. Wang belanja suami

Dalam sebulan suami boleh membelanjakan RM1,000 dalam hal-hal peribadi termasuk permainan dan hobinya. Jika berbaki, dia boleh menyimpannya sendiri. Wang untuk petrol perlu dilaporkan kepada isteri berserta resit pembayaran yang perlu diserahkan.

5. Wang belanja isteri

Dalam sebulan isteri boleh membelanjakan wangnya sendiri sebanyak RM1,000 untuk alat solek, pergi ke salon dan lain-lain. Bakinya, dia boleh menyimpannya sendiri.

Wang pembiayaan menguruskan anak seperti membeli lampin dan keperluannya perlu dilaporkan kepada suami dengan disertakan resit pembelian.

Jika mempunyai baki wang dalam urusan rumahtangga, ia perlu disimpan dalam akaun bersama.

Gambar Hiasan

6. Pembiayaan kehidupan seharian dalam sebulan

Pembiayaan kehidupan seharian dalam sebulan ialah RM2,200. Jika terdapat baki, ia perlu disimpan dalam akaun bersama.

7. Wang pendidikan anak-anak

30 peratus dari wang gaji yang diperolehi setelah ditolak wang perbelanjaan peribadi dan kehidupan seharian ialah untuk tabung pendidikan anak-anak.

Selebihnya boleh disimpan di dalam akaun peribadi masing-masing.

8. Kegiatan yang melibatkan keluarga masing-masing seperti hari perayaan, perjumpaan keluarga dan lain-lain

Kredit: reenri

Keluarga di sebelah suami perlu didahulukan, kemudian baru menjenguk keluarga sebelah isteri. Melainkan mendapat persetujuan suami, dibolehkan sebaliknya.

9.Menjaga anak secara bergilir

Suami juga harus bertanggungjawab menjaga anak, kerana anak bukan hak milik isteri sahaja.

Gambar Hiasan

10. Hiburan dan percutian

Setiap bulan, pasangan boleh merancang hiburan serta keraian kecil-kecilan dan setiap tahun pasangan boleh merancang rancangan percutian yang lebih besar seperti melancong ke luar negara dan lain-lain.

Sekiranya , rancangan percutian yang dibuat tidak mengikut perancangan dan jadual, kedua-dua pasangan tidak boleh mengeluh dan tidak berpuas hati.

Perbelanjaan bagi rancangan dan aktiviti keluarga ini hanya boleh dikeluarkan dari simpanan akaun bersama yang telah mencukupi.

11. Peranan isteri dalam rumahtangga

Suami tidak boleh memaksa isteri berhenti kerja dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Apabila isteri mahu berhenti bekerja, isteri perlu berbincang dengan suami terlebih dahulu.

12. Apabila berlaku pertengkaran

Apabila berlaku pertengkaran, suami tidak boleh mengungkit dan menyentuh beg tangan, pakaian, peralatan dan alat solek isteri. Isteri pula tidak boleh menyentuh mana-mana hak dan barang permainan peribadi suami.

Suami dan isteri harus bertindak dengan cara saling hormat menghormati, sambil berfikir sehingga keadaan kembali reda dan bertenang.

Sekali dibaca, nampak gaya bakal isteri ini seorang yang sangat realistik. Ada benarnya, peraturan-peraturan yang dibuat ini boleh dikompromi, dan dipraktikkan demi menjamin kehidupan rumahtangga yang bahagia dan harmoni.

Era Baru

Sumber: Sumber