AKU, DUNIA SONGSANG & HIV

Ini kisah tentang dosa masa silam yang menghantui seorang pesakit HIV. Kisah benar ini dikongsikan sendiri oleh tuan punya badan kepada Ustaz Syed Sohleh. Sebak baca luahan hati insan yang benar-benar ingin bertaubat, moga jadi iktibar kepada kita semua untuk sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang dilakukan.

 AKU, DUNIA SONGSANG & HIV
 
Ilmu cetek tentang HIV

Terdetik dihati aku untuk menceritakan kepada semua. Kisah antara Aku, Dunia Songsang & HIV. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Swt Tuhan Sekali Alam kerana masih lagi memberi pinjam umur dan kesihatan yang baik untuk aku sehingga saat aku menulis coretan ini.

Kisah yang aku ingin sampaikan ini bukanlah untuk membuka aib atau pekong didada aku sendiri tetapi sekadar untuk memberi pengajaran dan iktibar kepada insan-insan yang ingin menjadi seperti dizaman jahiliah aku (sebenarnya bukan aku tak tahu bahayanya tapi aku ingatkan aku tak terkena penyakit nie). Bagiku, ianya adalah nafsu yang membinasakan.

Tapi tak apalah, past is past.. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan aku yang sekarang. Mungkin sekiranya anda mengetahui sesorang itu dijangkiti virus ini, mungkin anda akan berfikir umur tidak akan panjang. Dan membuat stigma yang amat dasyat dan memulaukan pesakit HIV. Aku pun berfikir sedemikian rupa juga dulu. Mungkin sebab ilmu aku terlalu cetek berkaitan virus nie.

Cuba buang naluri songsang

Naluri songsang aku bermula mmg daripada kecil. Aku tak minta dilahirkan untuk mempunyai dua naluri. Minat terhadap perempuan dan juga lelaki. Mmg orang akan cakap senang. Benda ini boleh diubah tapi jujur ingin aku katakan amatlah sukar. Perlukan istiqamah yang tinggi. Sebab itulah aku salute sangat pada orang yang betul-betul dapat buang naluri nie jauh2.

Bila aku didianogsis sebagai pesakit HIV Positif. Hidup aku berubah, dunia kelam, aku rasa kematian aku semakin hampir. Mgkin dlm setahun lagi aku akan mati. Masa tue hanya Allah swt saja yg tahu bertapa aku menyesali apa yang aku lakukan. Aku taklah aktif tetapi mgkin aku tersilap langkah.

Hampir setiap hari aku menangis dan menangis. Sehinggakan aku rasa jijik dengan diri aku. Sampailah aku berjumpa Kaunselor klinik ID ( Klinik pesakit HIV ). Kaunselor kata, aku terlalu hidup dalam ketakutan. Dan kalau aku masih berdegil dengan sikap aku mcm nie. Mgkin aku boleh disahkan gila. Ada juga kaunselor bertanya. “Pernah tak rasa nak bunuh diri??”.. Subhan Allah langsung tidak pernah terfikir ingin berbuat perkara tersebut. Mungkin ada lagi sekelumit dan saki-baki iman yang membuatkan aku tidak terfikir sampai ketahap itu. Alhamdulillah…

Aku cuba mencari kekuatan semula. Hari2-hariku berlalu terlalu perlahan. Terasa agak panjang dan lama. Hanya Allah sahaja yang tahu. Setiap hari aku memohon ampun dari Allah swt. Solat Taubat dan Tahajjud tidak pernah sekali aku tinggalkan. Al quran menjadi kalam wajib yang aku baca setiap hari. Dimalam hari aku menangis. Mula membayangkan saat-saat kematian yang bakal menjemputku.
Tertanya2 pada diriku yang hina. “Allah ampunkan ke dosaku?” , “Allah terima ke hambanya yang hina ini” saat itu air mata mengalir dipipi setiap hari. Astagfirullahal alzim… Saat itu sangat2 takut akan kematian kerana aku belum bersedia lagi utk mati. Amalan yang aku ingin bawa pulang mengadap Allah swr amatlah sedikit.

Entahlah.. Masa tue aku rasa malaikat maut sentiasa mengintai2 aku. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ini. Hari-hari aku lakukan solat taubat sebagai kelaziman memohon ampun dari Allah swt. Aku sangat2 merasa hina dan jijik dengan dosaku. Allah saja yang tahu bertapa aku menyesali dengan apa yang telah aku lakukan..

Mak… Insan yang sentiasa berada dibelakangku. Aku mohon ampun padanya. Aku tahu akulah anak tidak berguna walaupun aku belajar sehingga ke menara gading. Tetapi aku tetap katakan akulah anak tidak berguna. Mak.. Sikit pun tidak pinggirkan aku. Ini membuatkan hati aku betul2 sayu dan kecewa dengan diri sendiri. Doanya sentiasa aku harapkan untuk diriku. Aku tahu doa seorang ibu tiada hijabnya disisi Allah swt.

Abah..??? Adik-beradik sampai sekarang tidak tahu. Aku dinasihatkan oleh mak supaya merahsiakan perkara ini. Abah dan adik2.. Maafkan abg..

Apa yang aku cuba lakukan utk mereka skrg adalah menginfaqkan sedikit harta yang aku memiliki atas nama mereka. Aku takut sekiranya aku dijemput pulang terlalu awal. Aku tidak dapat berikan mereka mengumpul pahala. Maka itulah aku lakukan. Kelak, sekiranya aku sudah tiada nanti. Pahala dari apa yang aku infaqkan atas nama mereka akan berterusan selagi ia memberi manfaat. Inshaa Allah..

Aku bukanlah baik. Tetapi sering dibayangi rasa berdosa yang amat sangat. Merasa saat kematian terlalu hampir. Entahkan hari ini, esok, lusa Allah menjemputku pulang. Maafkan abg mak,abah dan adik2ku.

Surah albaqarah ayat 216 menguatkan aku.. ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”..

Aku terkilan, inilah prinsip hidup dan kekuatan aku. Tetapi bila terjebak didalam dunia maksiat. Kenapa aku tak amalkan prinsip dan ayat al quran ini sebagai pegangan.. Ampunkan aku Tuhan..

Hari demi hari masa berlalu terlalu lama.. Solat taubat dan tahajjud menjadi kelaziman. Memohon ampun dari Allah yang aku harapkan. Bukanlah aku ingin menunjuk2. Tidak sama sekali bersikap riak terhadap amalan yang aku lakukan. Akan tetapi hati yang mati itu perlu aku hidupkan semula. Saat itu juga sekali lagi aku tegaskan kematiaan itu terasa sangatlah dekat. Benar, dulu aku tak pernah rasa mati itu dekat. Malah aku sering berfikir masih muda, lama lagi untuk mati. Astagfirullah alazim.. Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan aku..

Setelah hampir setahun aku disahkan HIV Positif. Alhamdulillah kehidupan yang lebih baik aku alami sekarang. Sudah tidak kesah lagi apa yang ingin orang perkatakan. Walaupun hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Keredhaan Allah menjadi keutamaan. Doakan aku terus istiqamah.

Kehidupan yang dulu tidak lagi aku inginkan. Walaupun pernah hampir- hampir aku ditarik semula kekancah maksiat. Sehingakan sahabat baik ku meninggalkan aku kerana tidak mahu mengikutnya melakukan maksiat. Astagfirullah alzim.. Ampunkan aku Tuhan.. HambaMu yang hina sedang meminta ampun dariMu.. Berat sangat ujian ini.

Tapi tidak sama sekali aku berdendam dan membenci sahabat baik ku itu. Malah doaku sentiasa ada untuknya supaya dikurniakan hidayah dari Allah. Kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah. Mungkin dia lebih baik dari ku kemudian hari kelak. Aku pun tidak tahu..segalanya rahasia Allah swt.. Pengetahuan ku tentang masa hadapan sangat cetek berbanding pengetahuan Allah swt.. Tetapi aku selalu mendoakan agar tuhan memberikannya hidayah.

Menangis terkenangkan dosa silam

Entah mengapa sekarang senang aku menangis terkenang dosa-dosa silam.. Buku ilmiah dan coretan nasihat menjadi bahan bacaan. Sehinggakan aku terbaca sabda Nabi Muhammad ini : “Barangsiapa gembira di dunia, akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia, akan gembira di akhirat”. Aku menjadi sedikit kuat akan tetapi aku tetap hamba Allah yang terlalu banyak dosanya. Hina.. Ampunkan aku Ya Allah.

Segalanya sekarang apa yang aku lakukan adalah untuk dunia dan akhirat. Aku seimbangkan kedua-duanya. Sebenarnya aku tidak banyak lagi memikirkan hal dunia. Aku cuma ingin melihat kedua orang tua aku gembira sahaja. Ingin membalas segala jasanya walaupun aku tahu jasa dan pengorbanannya tidak dapat ku balas.

Alhamdulillah ku panjatkan rasa bersyukur dengan ujian ini. Tidak sama sekali aku bersangka buruk dengan Allah. Mungkin dulu ya. Tetapi tidak lagi sekarang.. Aku tahu Allah sedang mengatur yang terbaik untukku. Sekiranya ujian ini mendekatkan diriku dengan Allah, ianya adalah nikmat bagiku..
Al baqarah ayat 214 yang bermaksud “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, Padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat.”..

Mungkin HIV ini adalah ujian untukku. Untuk menyucikan dosa-dosaku yang terlalu banyak. Allah berfirman didalam surah al-ankabut ayat 2 :”Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?.

Jujur aku katakan tanpa ujian ini mungkin aku masih lagi sedang terpedaya dengan keseronokkan dunia yang menipu.. Alhamdulillah Ya Allah.. Alhamdulillah..

Aku coretkan cerita ini bukanlah untuk membuka pekong didada. Tidak sama sekali ingin membuka aib sendiri. Mungkin ini adalah dakwah kecilku yang dapat memberi pengajaran kepada sesiapa yang berkenaan. Bukanlah untuk riak dan menunjuk-nunjuk. Tetapi sekiranya ianya memberi manfaat. Ambillah kisahku ini sebagai perkara yang positif.

Sahabat,.. Doakan aku terus istiqamah dalam menuju Allah Yang Esa. Dalam menuju jannah Allah dan melaksanakan tuntutan syariat Islam sebaiknya. Yang berlalu biarlah berlalu. Aku sedar akulah hamba Allah yang hina. Seorang pendosa yang ingin ke syurga. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kesalahan diriku sendiri.