“Anak sendiri ‘ditirikan’, anak tiri pula dilebihkan…” – Kecewa dengan sikap bapanya yang berubah setelah berkahwin dengan janda

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah memuat naik status luahan hati beliau mengenai sikap ayahnya yang tidak mempedulikan anak-anak.

Menurut Haqim Khalis, dirinya sangat sedih dan kesal kerana ayahnya seolah-olah sudah tidak mengaku beliau sebagai seorang anak sejak berkahwin dengan isteri yang baru.

Tambah Haqim, apa yang menyakitkan hati, ayahnya itu sering melebihkan anak-anak tiri berbanding dirinya terutama dari segi kecemerlangan akademik.
Bangga sangat dengan anak tiri tu

Perlu ke bezakan?

Status itu telah mendapat perhatian netizen untuk memberi komen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib serta memberi sokongan terhadap beliau untuk terus kuat dengan situasi yang terjadi.
‘Stay strong’

Tapi macam mana pun tetap ayah sendiri

Namun tidak kurang ada juga yang menasihati beliau untuk menghiraukan saja sikap dan perangai ayahnya itu dan buktikan beliau akan berjaya suatu hari nanti.
Jangan derhaka dah la

Buktikan yang dia salah

Sumber : Haqim Khalis