Bekas Guru The Little Miss Khan Dedah Sikap Sebenar InstaFamous Ini

Nampaknya isu adik Neelofa memperlekehkan jenama telefon pintar popular di Malaysia menjadi antara topik hangat yang sedang diperkatakan oleh netizen.

Seperti yang MH pernah katakan tidak tahulah sama ada ia memang disengajakan ataupun tidak hanya tuan punya badan sahaja tahu.

Namun, kisah ini bukan sahaja mendapat perhatian dikalangan netizen, sebaliknya bekas guru-gurunya.

Melalui DM Media Hiburan di Instagram, ada netizen yang mengaku dia merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah yang pernah Ameera belajar sebelum menggunakan khidmat Home School.

Menurutnya dia akui Ameera memang seorang yang agak lemah dalam mata pelajaran namun dia tidak menolak gadis ini memang mahir dalam sesuatu bidang.

Malah, dia juga memberitahu tidak terkejut bagaimana Ameera memberi respon kepada beberapa soalan contoh seperti isu “ewww..” itu kerana baginya kadang kala Ameera seakan seperti tidak memikirkannya sebelum menjawab.

Malah, guru ini turut berkata adakalanya perasaan menyampah juga wujud pada dirinya apabila melihat Ameera selalu berangan kononnya dia salah seorang keluarga Kadarshian Malaysia.

Bagaimanapun guru ini memuji sikap kakak Ameera iaitu Atisha Khan dan memberitahu sehingga kini Atisha masih berhubung dengannya.

Dalam pada itu, guru ini turut menjelaskan kakak Ameera iaitu Atisha juga tidak suka jika adiknya ini terlalu ‘kekwat’ di sekolah.

 
 “S*ms*ng? Euww What Are You Talking About?” – Ameera Khan Dikecam ‘Euww’ kan Jenama Telefon Bimbit?
Siapa yang tidak mengenali instafamous Ameera Khan bukan? Selain merupakan adik kepada pengacara Neelofa, Ameera juga digelar Kylie Jenner Malaysia!

Selain sering memuat naik gambar di Instagram, Ameera turut aktif dalam laman Youtube dan gemar memuat naik video di laman berkenaan.

Terbaru Ameera ada memuat naik sebuah video bertajuk “Quickfire Q&A with LMK” di laman Youtubenya.

Namun video yang ditonton lebih 40K tontonan ini ternyata mengundang kecaman daripada netizen. Dah kenapa?

Rupanya ketika diminta memilih antara jenama Iph*n* dan S*ms*ng, Ameera telah mengeluarkan perkataan ‘euwww’,yang dilihat seolah-olah menghina jenama S*ms*ng.

Ekoran kenyatan berkenaan, rata-rata mengkritik dan mengecam wanita terbabit. Rata-rata mengaitkan jawapannya dengan tindakannya yang mempromosikan produk S*ms*ng lima hari yang lalu.

Malah ada yang mahu Ameera dikenakan tindakan dan tidak lagi menjadi duta produk berkenaan.

Sumber Youtube Little Miss Khan

 

Kredit: Kisah Dunia

Sumber: Media Hiburan