‘Dah larang, diorang kencing juga di tempat ambil wudhuk’

Dua lelaki yang didakwa sebagai pelancong dari negara China dirakam membuang air kecil di tempat mengambil wudhuk menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Kejadian itu berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara, Petaling Jaya pada jam 5.19 petang hari ini.

Menurut sumber, dua individu berkenaan pada awalnya telah dilarang oleh awam daripada berbuat demikian, namun mereka berdegil dan membuang air kecil di tempat mengambil wudhuk.

 

Ekoran dari kejadian itu, orang awam terpaksa meminta bantuan dari Polis Bantuan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak MRT.

Melalui laman Twitter, pihak Rapid KL telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan akan mengambil tindakan selanjutnya.

 

Tindakan yang sangat melampau apabila dua lelaki dipercayai warga China berdegil untuk membuang air kecil di tempat wuduk surau stesen Transit Aliran Massa (MRT) meskipun telah ditegur oleh para jemaah untuk tidak meneruskan perbuatan itu, menurut perkongsian Nor Hafidzah yang tular di media-media sosial.

Memetik sumber berkata, Nor Hafidzah mendakwa kejadian ini berasal daripada perkongsian oleh saudara lelakinya dan berlaku pada hari yang sama beliau menulis mengenai ini di laman Facebook beliau.

 

 

“Saya sedang mahu mengerjakan solat, dan saya terdengar bunyi bising daripada tempat mengambil wuduk surau tersebut, jadi saya lihat di tempat wuduk itu dan terlihat tiga lelaki (dipercayai sebagai warga negara China berdasarkan loghat mereka yang pekat).”

“Salah seorang daripada mereka seolah-olah memahami apabila saya dan seorang lagi lelaki Muslim memberitahu mereka bahawa itu bukanlah tempat untuk buang air kecil.”

 

Terkilan dengan kedegilan dua lelaki tersebut yang dengan selambanya kencing di tempat wuduk itu, beliau bergegas keluar daripada surau itu pada waktu itu juga untuk memaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Tidak puas hati, meskipun dengan berkaki ayam, saya keluar daripada surau itu, dan syukur kerana terdapat seorang Polis Bantuan yang secara kebetulan sedang berjalan menuju ke arah saya.”

 

“Saya meminta bantuan beliau untuk mengawal situasi, pada waktu yang sama salah seorang yang tadi selamba kencing sedang keluar daripada surau.”

“Setelah selesai solat, saya keluar daripada surau itu dan ternampak mereka yang selamba kencing itu, tanpa peduli dan hormat agama lain, masih lagi bersama dengan Polis Bantuan tersebut dan dengan beberapa petugas MRT.”

 

“Saya berharap MRT cukup bijak untuk mengawal kes sebegini.” Sebelum ini, The Wall Street Journal pernah melaporkan sebuah kajian yang mendapati 90% masyarakat China tidak hirau dengan fenomena kencing merata yang berleluasa di tempat-tempat awam.

Menurut sumber berkata, pihak pengurusan kuil yang terkemuka di Thailand juga sebelum ini pernah mengeluh, “Mereka berak di lantai, kencing di dinding-dinding luar dan meninggalkan tuala wanita terpakai di dinding tandas.”

 

Perkara itu berlaku tiga tahun lepas, apabila kuil tersebut terpaksa membina tandas yang berasingan bagi mengasingkan para pelancong dari China daripada para pengunjung lain memandangkan pihak pengurusan kerap menerima aduan mengenai sikap pengotor pelancong-pelancong dari China.

Sumber: mediamalaysia