‘Dahi Luas Boleh Main Golf’- Gambar Siti Sarah Berhijab Jadi Bahan Jenaka Netizen.

Mak dia punya dahi boleh main golf”, begitulah reaksi penyanyi berbakat Siti Sarah Raissuddin setelah gambarnya berhijab menjadi bahan kecaman netizen di Instagram.

Gambar tersebut telah dikongsikan oleh suaminya Shuib Sepahtu di laman Instagram dengan menulis;

“Mana lagi comel, mak ke anak?”

Namun rata-rata netizen meninggalkan komen tentang dahi Siti Sarah yang kelihatan agak luas ketika mengenakan hijab.

Walaubagaimanapun, komen-komen negatif ini disambut baik oleh Siti Sarah sendiri dengan bersetuju pada apa yang netizen katakan. Respek lah dengan Siti Sarah!


Tak Ambil Peduli
Sebelum ini, heboh apabila penyanyi Siti Sarah berkongsi gambar lamanya yang dikatakan pernah dihina oleh orang ramai sehingga mengguris hati dan perasaannya. Namun, dia tidak ambil pusing dengan kritikan segelintir netizen yang kurang cerdik dalam memberi komen itu.

Siti Sarah menjadikan kritikan itu sebagai dorongan kepada dirinya untuk berubah dan kini ternyata beliau lebih menawan walau sudah bergelar ibu kepada 3 orang cahaya mata.

Sumber:hangat.com