” DIA KATA DIA REDHA, TAPI KITA TAK TAHU BERAPA PULUH KALI DIA BERSEDIH DALAM REDHA “.

“Saya masih sayang dia”
Itu yang dijawab Intan bila ditanya wartawan tentang perasaan dia.

Hebatnya Intan. Walau sedih menghitung hari nak dilafazkan cerai oleh suami, dia masih kata “sayang”.

Ude pula ?

” Perpisahan adalah jalan terbaik. Saya dah tiada hati pada intan ” – kata Ude.

5 tahun berkahwin , dah ada anak anak.
Baru sekarang kata tak ada hati lagi ?
Mudahnya cinta disampahkan.
Mudahnya cinta dilupakan.
Ini bukan cinta budak budak hingusan, tapi cinta yang dah termeterai beserta lafaz akad nikah.

Intan kata Intan redha untuk terima walau Ude berkahwin tanpa beritahu dia.
Aku yakin Intan redha dalam pasrah.
Terpaksa berserah sebab semuanya dah berlaku.

Aku yakin Intan berkali kali fikir mana silap dia ?
Apa salah dia ?
Sebab sebelum ni perkahwinan yang dia sendiri rasa tak ada masalah, tak ada bergaduh apa apa. Tiba tiba hadir orang ke tiga.

Dia sayangkan suami dia.
Sebab tu dia redha walau dimadukan.

Lelaki jenis apa ?
Berkahwin dengan janda dan kemudian menjandakan isteri sendiri ?

Dia buta ke ?
Tak nampak ke Intan tu perempuan yang baik?

Tahun lepas wartawan interview Intan bila terbongkar suami dia berkahwin lain.
Intan tetap jawab dengan senyum untuk terima apa yang dah berlaku.
Intan cuba berkata positif mungkin dia dengan Izreen boleh jadi kawan.
Intan siap salahkan diri sendiri sebab mungkin silap dia tak pandai jaga suami.
Intan tetap keluarkan kata kata yang baik sebab sayangkan perkahwinan dia.

Tak semua orang sekuat dia.
Aku rasa majoriti perempuan memang tak suka berkongsi suami.
Kalau “terpaksa” suka memang ramai.

Intan ada kata dia tak ada transport.
Bergerak mana mana sekarang bergantung pada keluarga. Yela, suami dah tinggalkan dia.

Aku rasa perkara ni boleh buat perempuan perempuan lain buka mata sikit.
Kita perempuan.
Tak tahu sampai bila disayang.
Tak tahu sampai bila dihargai.

Lebih lebih lagi untuk perempuan muda yang belum berkahwin.
Cuba untuk ada kereta sendiri.
Berkeras untuk ada “aset” kecil tu.
Kalau tak mampu lagi, paling penting kena ada lesen kereta.
Tak ada lesen ? Buat ! Mesti buat.
Biar mudah untuk teruskan hidup kalau kalau “ditinggalkan” begini.

Ditinggalkan ? Atau tak dihargai lagi ?
Tak apa.Teruskan hidup baru semula.
Tak perlu nak bersedih lebih lebih untuk orang yang tak bersedih untuk kita.

Tengok Intan, dia cuba untuk kuat.
Raut wajah tak boleh tipu. Kita sendiri yang dengar dia cakap pun boleh menitis air mata.
Apatah lagi dia.

Semoga dia kuat dengan dugaan.
Jangan risau Intan.
Ramai yang kata Intan perempuan hebat.
Ramai yang kata Intan perempuan yang baik.
Ramai yang doakan Intan bahagia.
Semoga satu masa nanti Allah hadiahkan semanis manis hikmah untuk Intan.

Untuk Ude –
Mungkin Intan tak pernah kata kau bodoh.
Mungkin Intan tak pernah nak maki hamun kau.
Tapi tahniah, sebab aku rasa berguni guni bodoh dan cacian yang netizen dah lontarkan pada kau.
Semoga bahagia dan tenang ya ! 😌

#ShaArjunalaila #Omma
#SeniorStokisDianz

Video terkini lepas Ude memfailkan cerai terhadap intan.——-Link penuhhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1627367460650281&id=100001311276953

Posted by Sha Arjunalaila – Omma on Mittwoch, 28. Februar 2018

Video tahun akhir tahun 2017Kata kata Intan cukup positif.Tetap cuba bersenyum walau payah dia nak terima sebenarnya.Dia kuat dan cuba nak kekalkan rumah tangga.——Link penuhKlik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1627367460650281&id=100001311276953

Posted by Sha Arjunalaila – Omma on Mittwoch, 28. Februar 2018