Diam-Diam Menabung Beli Cincin, Akhirnya Lelaki Ini Dapat ‘Surprise’ Besar Dari Kekasih

Ujian dalam perhubungan adalah perkara biasa bagi pasangan bercinta. Namun, apabila dugaan datang secara tiba-tiba dan tak disangka-sangka, sesiapa pun boleh terduduk untuk menerima hakikat perit sebegitu.

Seorang lelaki yang merancang satu kejutan untuk yang tersayang, lain pula yang diterimanya…
Lain dirancang, lain yang jadi

‘Mangsa’ surprise, Basha memuatnaik gambar sampul berisi duit dengan label duit cincin yang dipercayai dikumpulnya bagi majlis bertunang dengan buah hatinya.

Namun gambar kedua menunjukkan perbualan Whatsapp kekasihnya itu yang meminta hubungan mereka diputuskan dan mahu lelaki itu belajar untuk hidup tanpa kehadirannya di sisi.

Walaupun dengan kapsyen ringkas dan hanya 2 gambar, tweet lelaki itu mendapat perhatian netizen dan mendapat lebih 7 ribu retweet.
Susah nak cari lelaki yang bersungguh nak kita

Kisah sedih ringkas itu menjadi perbualan hangat pengguna media sosial lain yang tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat dan berkongsi pengalaman hampir sama dengan lelaki berkenaan.
Agaknya perasaan ni boleh main-main

Allah dah susun cantik bro

Yang penting kau dapat duit cincin

Gigih simpan duit, rupa-rupanya…

Sumber: Basha
Sumber: ohbulan