Dikhabarkan Putus, Sajat-Coach Yin Tiada Lagi Cinta? Inilah Respon Coach Yin Yang Membuatkan Netizen Kaku Mendengarnya…

BIASALAH dalam setiap perhubungan, pasti akan ada pasang surutnya.
Hubungan antara kekasih merpati dua sejoli Nur Sajat Kamaruzzaman dan Coach Yin juga tak terlepas daripada dilanda badai.

Hal ini kerana, pengasas produk kosmetik Let’s Cantik itu tidak lagi ‘rajin’ memuat naik gambar bersama-sama Coach Yin sejak beberapa minggu lalu.

Malah, Sajat juga ada beberapa kali memuat naik gambar kata-kata hikmah yang berserta kapsyen seperti orang yang sedang kecewa bercinta.

Apatah lagi apabila tanda pagar yang disertakan juga berupa #singlelife dan #happy seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya sudah kembali solo.

Aww….merajuk apa tew, Abang Jat?

Bagaimanapun, semalam (Sabtu), Coach Yin telah memuat naik sebuah video di Instagram yang menunjukkan kemesraan mereka berdua sambil menjelaskan secara ringkas bahawa mereka tidak bergaduh.

Sajat juga mengakui ‘gaduh-gaduh manja’ mereka berdua itu adalah “drama” saja semata-mata.

Eloklah tu, lagipun kalau dua lelaki bergaduh memang cepat sahaja berdamai. Memang lumrah lelaki secara semulajadi macam tu, kan?

Mungkin sudah tiba masanya sesiapa beritahu Coach Yin bahawa Sajat tu sebenarnya memang sejak azali lagi memang lelaki tulen, cuma menghadapi kecelaruan gender sahaja.

Bukan apa, sebagai warga negara yang prihatin kami tidak sanggup lagi melihat pelamin angan Coach Yin musnah suatu hari nanti kerana Islam sampai bila-bila pun takkan menghalalkan hubungan sejenis! – MYNEWSHUB.CC

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman telah memuat naik beberapa status yang merujuk kepada ‘single’. Sebelum ini, Sajat hangat bercinta dengan jurulatih kecergasan yang dikenali sebagai Coach Yin.

Sajat Dan Coach Yin Sudah Putus?

Menyedari akan status yang dimuat naik usahawan itu, netizen mula membuat spekulasi dengan mengandaikan bahawa kedua-duanya kini sudah putus dan tidak berhubung lagi.

Seperti menguatkan spekulasi berkenaaan gambar yang dimuat naik Coach Yin beserta status yang merujuk kepada ‘ego’ juga menimbulkan tanda tanya.
Hanya Drama

Namun begitu, menurut Coach Yin menerusi video yang dimuatnaik nya itu semua hanyalah lakonan mereka semata-mata. Tambahnya juga, gambar yang dimuat naik sebelum ini juga hanya mahu melihat reaksi netizen.

Terdahulu, netizen yang dikenali sebagai Papagomo acap kali memuat naik video yang memaksa pihak berkuasa membuat siasatan lanjut mengenai Sajat kerana seperti ‘rimas’ melihat usahawan ini bebas kemana sahaja kononnya Sajat adalah lelaki sejati dan hanya menyamar sebagai khunsa.

Sumber: hangat.com