DOKTOR INI KONGSIKAN CARA MERAWAT & BUANG BATU KARANG DALAM HEMPEDU SECARA SEMULAJADI TANPA PEMBEDAHAN. HASILNYA MENAKJUBKAN!

Satu petua yang amat berguna telah dikongsikan oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Hamid Arshat yang menerangkan bagaimana untuk merawat batu karang dalam kilang hempedu (Gall Bladder Stones) yang kini dicari oleh ramai pesakit batu karang agar dapat disembuhkan.

Berikutnya adalah petua yang dikongsikan dan sekiranya anda ingin penyakit anda bertambah baik, anda harus mengikut petua ini dengan betul agar hasilnya nanti paling berkesan, mujarab dan memuaskan hati.


Petua Merawat Batu Karang
Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

Hari keenam jangan makan malam (dinner)

Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), garam ini boleh dibeli di farmasi.

Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.

Pukul 10 malam. Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan jus lemon yang fresh (perah 3 biji lemon).

Campur olive oil dengan jus lemon dan minum.

Insya Allah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang yang akan keluar.

Pengalaman Pesakit Batu Karang

Saya nak kongsi pengalaman kena penyakit batu hempedu pada tahun 2010. Antara tanda-tanda awal dan punca penyakit ini adalah seperti hilang selera, badan lesu dan mata kabur. Kulit serta mata putih nampak kekuningan.

Pada suatu hari tiba-tiba terasa sakit yang teramat pada pinggang hingga saya berguling-guling, terasa pinggang macam dicucuk-cucuk, rasa loya nak muntah pun ada dan demam secara tiba-tiba .

Saya terus ke KPJ Kajang dan doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Doktor sarankan jalani pembedahan untuk membuang hempedu. Tapi saya tak puas hati.

Doktor tu ada juga sarankan minum jus epal banyak-banyak. Di rumah saya google sendiri cari alternatif. Cari punya cari jumpa satu petua yang agak boleh pakai dan saya amalkan sampai sekarang. Petua ini telah selamatkan hempedu saya dari dibuang.

Petua Rawat Batu Dalam Hempedu (gallstone flush) Tanpa Pembedahan

Cara 1: Express 1 hari

1. Puasa dari jam 12 malam sebelum mulakan cara ini pada keesokan hari. Maksudnya makan malam sebelum 12 malam.

2. Esok pagi sarapan – minum jus 3 biji epal hijau (granny smith). Boleh dapat di kebanyakan pasaraya. Saya kupas kulitnya dan blend sendiri.

3. Makan tengahari – minum jus 3 biji epal hijau.

4. Makan malam – minum jus 3 biji epal hijau.

5. Banyakkan minum air kosong selama proses ini.

6. Sebelum tidur (10 malam) – Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.

7. Langsung tidur. Kalau boleh posisikan badan mengiring ke kanan dan rapatkan kaki ke badan (tidur dengan badan kerekot). Ini dapat membantu proses mengeluarkan batu hempedu.

Cara 2: Proses 6 Hari

1. Setiap hari minum air epal hijau (granny smith) selama 5 hari pertama selepas makan sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam.

2. Pada hari ke 6: Lepas sahur mula puasa.

3. Buka puasa lebih kurang jam 6 petang.

– 6 pm: minum dengan bancuhan 1 cawan air dan 1 sudu teh garam Epsom.

– 8 pm: ulang minum garam Epsom (boleh didapati di Guardian atau farmasi)

– 10 pm: Sebelum tidur. Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml). Minum sampai habis. Perut akan rasa memulas nak buang atau rasa nak buang esok pagi.

Seelok-eloknya rancang bila nak mula proses hari pertama. Supaya tak ganggu rutin harian. Contohnya hari ke 6 tu jatuh pada hari hujung minggu. Tak ada la letih sangat sebab berpuasa.

Tujuan Penggunaan

– limau adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.

– Epal hijau pula bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu.

– Minyak zaitun. Selepas berpuasa, minyak zaitun masuk ke dalam badan, ia akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi.

Isyarat akan dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.

– Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu

– Amalkan 6 bulan sekali.

Berikutnya adalah komen serta pengalaman pesakit yang telah diceritakan kepada Dr Hamid Arshat menerusi laman Facebook miliknya.

Punca Penyakit Batu Karang

Selamat mencuba.