Fazura Sebak Dan Menangis Bila Dengar Ucapan Bapa Mertua Semasa Majlis Kahwin,Buat Ramai Netizen Tersentuh Hati

Nampaknya banyak betul sweet moment yang berlaku sepanjang majlis kahwin Fattah dan Fazura yang berlangsung baru-baru ini. Suasana majlis mereka di katakan penuh meriah dan sangat romantis.Dengan adanya tetamu yang datang dari kalangan artis dan orang kenamaan, pasangan mempelai yang sama cantik sama padan,semuanya nampak begitu sempurna.

Fattah Amin dan Fazura juga di lihat sangat bahagia dengan hari bersejarah mereka. Rata-rata ramai pihak dan tetamu yang datang ke majlis mereka meluahkan rasa gembira dan tiada komplen negatif yang timbul dari sesiapa pun. Mungkin inilah di katakan majlis kahwin yang sangat barakah.

Di dalam majlis itu juga, ayah Fattah Amin di katakan telah memberi ucapan kepada hadirin yang hadir termasuk buat pengantin. Semua orang terpaku dan terdiam ketika ayah Fattah melontarkan kata-katanya dengan ayat yang tersusun indah.

Fattah datang dari keluarga baik-baik dan sangat pentingkan kerukunan keluarga dan pentingkan agama.Tidak hairan jika Fazura yang baik hati ini di terima di dalam keluarga Fattah dengan penuh kasih sayang.

Dalam ucapannya itu, ayah Fattah telah menyatakan kehadiran Fazura bukan sahaja telah melengkapkan hidup Fattah namun telah memberi kebahagiaan kepada mereka sekeluarga.Kata-kata baik yang datang dari mulut bapa mertua itu membuatkan Fazura sebak dan menangis. Terlihat sesekali dia menyapu air matanya yang gugur.

 

Netizen juga merasa terharu.Menurut mereka, Fazura beruntung kerana mendapat mertua yang penyayang,baik hati dan beragama. Keluarga Fattah juga beruntung kerana mendapat menantu bukan sahaja cantik tetapi baik hati dan penyayang.

Kredit: Kisah Dunia