(GAMBAR) Adoih!!! Dia Nih Dah Kenapa??? Carik Publisiti Ke??? Gaun Nipis Izara Aishah Menampakkan Sesuatu!!!

Selamat hari jadi buat pelakon seksi, Izara Aishah yang ke-22 yang disambut lebih awal semalam di Pavilion Center Court, Kuala Lumpur. Majlis kejutan itu dianjurkan oleh syarikat SHISEIDO Malaysia di mana Izara ialah salah seorang duta produk mereka.

Meskipun sambutan tersebut cukup sederhana namun tetap membuat Izara beremosi dan menangis kerana tidak menyangka menerima penghormatan dari syarikat terbabit. Pakaian pun dah macam tiada Insurance.

Dalam majlis hari jadinya, Izara mengenakan busana paras peha yang merah menyala dan agak ketat mengikut bentuk badannya. Ia menarik perhatian ramai blogger dan peminat yang turut sama hadir menyaksikan.

Sumber : viraltersohor97

Artikel Seterusnya

Izara Aishah pertahan Kilafairy dalam isu pakaian seksi

KUALA LUMPUR: Insiden dikecam netizen kerana berpakaian seksi bersama pelakon yang juga teman baiknya, Kilafairy, beberapa bulan lalu, memberi kesan emosi terhadap bintang jelita, Izara Aishah.

Biarpun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun masih ada pihak tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Lebih mengecewakan, ada pihak mendakwa keputusan Izara mengenakan pakaian mencolok mata itu disebabkan dorongan Kilafairy.

Perkara itu timbul kerana sebelum ini, Izara cukup menjaga penampilan dan cara berpakaian. Kilafairy atau lebih akrab disapa Kila pula memang sering dikaitkan dengan imej seksi.

Disebabkan terlalu ramai yang mendakwa Kila yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu membawa pengaruh tidak baik terhadap Izara, aktres berusia 24 tahun itu tampil bersuara.

Menurut Izara, Kila tidak pernah memberi pengaruh buruk terhadapnya. Jelas Izara, tindakannya mengenakan pakaian itu adalah atas kehendaknya sendiri.

“Saya tahu ramai yang menyangka Kila mempengaruhi saya berpakaian begitu.

“Malah, ada juga orang di sekeliling saya menganggap perkara sama. Untuk pengetahuan semua, Kila tidak pernah memaksa saya untuk bergaya seksi dan apa yang berlaku adalah kehendak sendiri.

“Kasihan Kila, tidak pasal-pasal namanya dikaitkan dalam kontroversi itu. Saya sudah pun meminta maaf sebelum ini dan saya mengaku, itu semua salah sendiri,” katanya kepada BH Plus.

Tubuh makin berisi

Selama ini, pelakon yang mula menempa populariti menerusi drama Vanila Coklat ini mempunyai pendirian cukup teguh dalam soal berpakaian.

Buktinya, ketika berlakon dalam filem Pilot Cafe, Izara menetapkan syarat kepada pengarah supaya pakaiannya dalam filem itu tidak terlalu seksi.

Sehubungan itu, apabila kontroversi pakaiannya menjadi bahan bualan di alam maya, timbul pertanyaan di manakah pendirian yang dipertahankan Izara sejak dulu lagi.

Bukan sengaja mahu mencari alasan, namun bagi menjawab pertanyaan, Izara memberitahu, penampilannya yang dikatakan penuh sensual itu ada kaitan dengan perubahan bentuk badannya.

“Dulu bentuk tubuh Izara lain, sekarang apabila semakin dewasa bentuk tubuh Izara turut berubah.

“Izara akui badan semakin berisi. Itulah yang membuatkan pakaian Izara kelihatan seksi. Insiden itu turut membuatkan Izara lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.

Idam trofi pelakon terbaik

Memilih menjadi anak seni sejak lima tahun lalu, ternyata Izara tidak menoleh ke belakang lagi.

Pelbagai watak sudah dibawakan, malah Izara menjadi antara pelakon pelapis yang perlu diberi perhatian. Buah hati kepada Adib Khalid, anak tiri kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza ini dikatakan berpotensi untuk menggenggam trofi pelakon terbaik, suatu hari nanti.

Ketika diajukan perkara itu kepada si empunya diri, wanita bermata cantik ini tanpa segan silu mengaku sudah lama dia mengimpikan menjulang trofi berkenaan.

“Siapa yang tak mahu hasil kerja diiktiraf. Saya memang mengharapkan suatu hari nanti, impian untuk bergelar pelakon terbaik akan menjadi kenyataan.

“Disebabkan itu saya cuba memberi yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkannya. Sampai suatu tahap, saya menangis bila saya gagal mendapatkannya,” katanya.

Izara mengaku menangis apabila namanya tidak bolos calon akhir pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, baru-baru ini.

“Mungkin bukan rezeki tetapi saya tidak akan patah semangat dan terus mencuba sehingga berjaya,” katanya yang bakal muncul dengan filem terbaharu arahan Osman Ali berjudul, Kau Yang Satu.

Sumber: manggahijau