“Kalau masih bergelar suami isteri hari ini, kami sudah sambut ulangtahun perkahwinan yang kelima”

“Saya redha dan terima dengan hati terbuka”. Demikan luahan bekas isteri  Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang telah melafazkan cerai kepadanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur jam 2.30 petang semalam.

Intan dalam keadaan tenang dan sabar menghadapi keretakan rumahtangga bersama Ude yang telah dibina pada tahun 2013  dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Intan dan Izreen sempat bermadu selama enam bulan (sejak Ogos tahun lalu).

Meskipun berat untuk menerimanya, namun Intan pasrah dengan keputusan yang telah diambil oleh bekas suaminya itu untuk menuntut fail penceraian keatas dirinya.
Ulangtahun kelima bersama Ude pada hari ini.
Intan dan suaminya sepatutnya menyambut ulangtahun kelima perkawinan pada hari ini sekiaranya perkawinan mereka kekal hingga ke saat ini.

Namun, semuanya telah musnah apabila Ude memfailkan kes penceraian ke atas dirinya semalam.

Menurut Intan, banyak dugaan dalam tempoh lima tahun perkahwinan dan Intan sendiri rasainya pada saat ini.
Status ibu tunggal.
Gelaran ibu tungal kepada dua orang cahaya mata lelaki yang masing-masing berusia empat tahun dan enam bulan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa  kini harus tabah membesarkan anak-anaknya.


Buka perniagaan sendiri.
Intan yang juga menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dalam talian (online) telah menjual minyak wangi dan jamu.

Tambah pula, beliau akan melancarkan produk penjagaan bibir keluarnya sendiri pada bulan ini.

Di instagram story, Intan ada memuat naik status sedih dan rupa-rupanya hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. Sedih.

Umum sedia maklum, pelakon Izreen Azminda Ogos lalu telah bergelar isteri kedua kepada pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude. Dalam satu kenyataan, isteri pertama, Intan Liana ada memberitahu beliau redha dan sedia menerima Izreen sebagai madunya. Semalam isu ini kembali menjadi hangat selepas mereka berdua ke mahkamah untuk urusan lafaz cerai selepas permohonan cerai dibuat Ude terhadap Intan pada 30 November lalu.
1/3/13 – 1/3/18

Jika dilihat pada instagram story, Intan ada memuatnaik gambar beserta status sedih dimana perkahwinannya mungkin hanya bertahan selama 5 tahun. Dia menulis ‘Goodnight mrw… 1/3/13 – 1/3/18’. Pada halaman seterusnya Intan memuatnaik foto ketika bersanding dengan luahan yang sangat hiba.
Happy 5th anniversary

Aku pernah sayang orang sepenuh hati… Sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia… Sedih tu datang dari hati bukan dari muka… luar nampak happy tapi dalam hanya Tuhan saja yang tahu.. Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta… Semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita… #happy5thanniversary

Selamat malam

Empat hari yang lepas, Intan sudah mula memuat naik quote sedih seakan menggambarkan perasaan dirinya sekarang. Quote ini dimuat naik beberapa hari sebelum perbicaraan penceraiannya di mahkamah semalam. Ruangan komen pada quote tersebut juga ditutup. Di ruangan komen gambar lain, netizen memberikan kata-kata semangat kepada Intan.
Kata-kata semangat daripada netizen

Sumber : Instagram __iiiintvnroxs
Sumber: ohmymedia