Lucu, Gambar X-ray Safiq Rahim Terlupa Cencored Jadi Bahan Gelak Tawa Netizen Dilaman Sosial!

Mengejutkan!! Gambar X-ray Safiq Rahim Terlupa Cencored Jadi Bahan Gelak Netizen Di Laman Sosial

Mungkin niat di hati mahu berkongsikan gambar x-ray kecederaan di bahagian peha kapten pasukan JDT bertukar menjadi bahan ketawa netizen di Laman sosial, apabila gambar x-ray tersebut juga menayangkanbahagian yang tidak sepatutnya.

Gambar x-ray yang dimuat naik oleh laman Penyokong Setia Johor itu, 5 jam yang lalu itu mencetus pelbagai reaksi netizen.

“Kecederaan Peha Kapten JDT, Safiq Rahim dikenali sebagai Hemotoma. Darah beku rasanyalah. Semoga cepat sembuh kapten. InshaAllah. Amin,” katanya.

Menyedari sesuatu yang tidak kena selepas ditegur netizen, pengendali laman itu kemudian menurunkan gambar berkenaan.

“Terima kasih menegur. Sumpah saya tak perasan ada sesuatu yang engkorang nampak. Maaf. Lepas ini akan diteliti dahulu sebelum post. Terima kasih,” katanya.

Bagaimanapun, gambar itu telah discreenshot oleh netizen dan tersebar meluas di media sosial.

Moral Of The Story ialah pastikan buat double check sebelum buat posting…bila dah terlepas kan dah susah…!!

Komen FAM Insiden Mencarut

Hanya Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang boleh menentukan sama ada kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim akan berdepan hukuman atau sebaliknya.

Ia susulan tindakan perancang tengah JDT itu yang didakwa mencarut untuk melepaskan geram kepada pengkritiknya ketika meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan menjulang kejuaraan sulung Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Tatatertib.

“Perkara itu di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tatatertib dan mereka yang akan buat (keputusan). Kalau ada kes, adalah dan kalau tiada kes, tiadalah. Saya tidak boleh komen lebih lanjut,” kata Hamidin ketika ditemui di sini, malam tadi.

Safiq didakwa melakukan perkara itu menerusi satu rakaman video menunjukkan dia meluahkan perkataan lucah yang menjadi viral di media sosial selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Kedah.

Susulan daripada itu, beberapa pihak menganggap FAM perlu menghukum Safiq selain meminta kapten Harimau Malaya itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun Hamidin tidak menganggap perkara itu akan mengganggu fokus Safiq untuk beraksi pada perlawanan kedua berdepan Korea Utara dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Isnin ini.

“Saya tahu isu itu banyak dimainkan di media sosial sebelum ini. Tapi saya fikir Safiq adalah pemain berpengalaman, dia tahu bagaimana nak uruskan diri.

“Jika diturunkan pada aksi kedua berdepan Korea Utara nanti, saya yakin dia mampu kawal perasaan dan tekanan,” katanya.

Sumber dari ExoraMaroon