“ORANG YANG MEMBELA” NI SUKA PEGANG IBU JARI KAKI BAYI!.BERHATI-HATI BILA ORANG NAK PEGANG BAYI ANDA!…KONGSIKAN AGAR RAMAI BERWASPADA!

Berhati-hati Bila Orang Nak Pegang Bayi Anda!… “Orang Yang MEMBELA” ni Suka Pegang Ibu Jari Kaki Bayi!. Kongsikan Agar Ramai Berwaspada!

Dari Info Ibu Hamil

Selamat petang, nak kongsi sikit pengalaman di sini. Pagi tadi pergi ke Klinik Kesihatan untuk check up baby usia sebulan. Semasa sedang menunggu giliran, ada seorang ibu ini bawa ibu dia agaknya dalam usia lingkungan 50-an. Saya duduk di kerusi belakang dan dia duduk di depan.

Sambil breastfeed baby, dia berborak dengan kita. Dia tanyalah beranak secara normal atau czer, anak nombor berapa bagai. Saya pun jawab seperti biasa sahaja.

Tiba-tiba dia tanya “darah ada lagi ke?”.

Saya dah mula syak bukan-bukan. Saya cuma jawab, “Kadang-kadang saja ada.”

Kemudian dia terus nak pegang kaki baby. Saya terperanjat dan terus cakap, “Jangan pegang kaki anak saya, makcik!” Mak mertua saya tak bagi!”

Terus dia batalkan hasratnya itu, diselangi dengan senyum sinis. Sampai balik dia tak bercakap langsung dengan saya.

Sebenarnya kalau nak tahu, biasanya orang yang ‘membela’ ini kalau jumpa baby, tak kiralah baby ke, budak berusia 6 tahun sekalipun memang dia akan pegang ibu jari kaki anak itu. Selepas pegang, anak memang akan menangis atau menjerit.

Mak mertua saya pandai mengubat orang. Jadi tidak hairanlah saya tahu tentang perkara ini. Jadi kepada ibu bapa di luar sana, kalau nenek tua atau orang muda tiba-tiba nak pegang kaki anak, cepat-cepat tarik anak. Yang sedang hamil, jangan sesekali bagi orang pegang perut walaupun saudara mara. Hati orang kita tidak tahu. Sebab itu kena berhati-hati walau dengan sesiapa pun.

Yang nak percaya itu, percayalah. Tetapi jangan taksub sangat. Yang tak nak percaya, suka hatilah, tiada paksaan.

Tolong kedekut sikit bab anak ini. Kita hampir nak kena masa anak sulung berusia 2 tahun balik kampung. Sebab itu orang mengandung atau ada anak kecik kena ada minyak zikir. Bawa saja bersama bila pergi ke mana-mana. Sebelum keluar rumah, sapu di kepala, telinga, dada, betis, tengkuk.

Kalau orang itu baik, tiada masalah kalau dia nak pegang. Kalau niat yang tak elok itu, inshaAllah dia takkan berani pegang. Minta dijauhkan dari anak-anak kita.

Minyak zikir itu boleh buat sendiri. Beli apa-apa minyak yang bersih (boleh bawa solat) bacakan surah yassin, 4 qul, ayat kursi, zikir. Kalau pening nak cari minyak apa, guna saja minyak masak. Mak mertua saya guna minyak kelapa untuk rambut 100% pure coconut. Boleh cari di kedai gunting rambut India. Kalau bidan yang okay, diorang buatkan minyak celak.

LEBIH ARTIKEL MISTIK…

4 Benda Yang Biasa Dihuni Oleh Hantu. No 3 Semua Orang Guna


Untuk pengetahuan semua pembaca setia kisahseram.com, makhluk halus atau lebih senang dipanggil sebagai hantu ini boleh tinggal bukan sahaja di dalam rumah, malah beberapa benda bukan hidup yang lain juga boleh menjadi tempat tinggal hantu. Justeru itu, kononnya ia lebih menyeramkan berbanding tinggal di rumah kosong. Apakah benda-benda yang biasanya dihuni oleh hantu? Jom ketahuinya dengan membaca artikel ini lebih lanjut.

1. Lukisan

lukisan berhantu

Lukisan yang sering dirasuki oleh hantu rata-rata biasanya berbentuk gambar manusia. Tetapi ada kemungkinan juga mereka suka tinggal di dalam lukisan yang bergambar binatang. Untuk pengetahuan anda semua pembaca kisahseram.com, jika lukisan itu sudah dihuni oleh makhluk halus, ia akan mengeluarkan aura aneh. Bukan itu sahaja, malah lukisan itu juga boleh bergerak, berpindah tempat dengan sendiri bahkan dikatakan ada sesetengah lukisan boleh melirik kepada orang yang memandangnya.

2. Gambar

gambar berhantu

Sama halnya dengan lukisan, gambar juga mempunyai tenaga yang boleh dimanfaatkan oleh makhluk halus. Makhluk halus ini boleh muncul di tengah-tengah kita ketika mengambil gambar. Lebih-lebih lagi sekiranya tempat kita mengambil gambar itu dipercayai ‘keras’ dan penuh mistik. Justeru tidak hairanlah jika ramai orang yang sering mendapat gambar penampakan hantu ketika melihat hasilnya.

3. Cermin

cermin berhantu

Cermin adalah tempat yang sering dihuni oleh hantu. Ini kerana cermin dipercayai menjadi perantara yang dapat menghubungkan antara dunia ghaib dengan dunia manusia. Makanya, dahulu kala penyihir atau peramal seringkali menggunakan cermin sebagai medium untuk menyeru syaitan atau hal-hal yang berbaur mistik.

5. Anak Patung

anak patung berhantu

Hantu memang suka tinggal atau merasuki beberapa anak patung seperti anak patung Annabelle. Anak patung dipercayai boleh menjadi tempat tinggal hantu dan dikatakan bahawa hantu suka tinggal di dalam anak patung kerana bentuknya yang mirip seperti manusia. Selain itu, anak patung juga tidak memiliki jiwa sehingga boleh dikendalikan sesuka hati. Anak patung yang telah dirasuki oleh hantu biasanya suka bergerak secara tiba-tiba, menangis bahkan boleh ketawa terutamanya pada waktu tengah malam.

sumber: peahgosip