Perkara 4+1 Yang Sunat, Boleh Dilakukan Selepas Akad Nikah Khas Buat Bakal Pengantin – Ustaz Yusra.

Bila tinggal beberapa hari nak akad nikah ini, mula lah rasa tidak tenteram dan cemas kan? Terutama bagi kaum lelaki yang akan salam tok kadi nanti. Dia punya risau itu sampai tak lalu nak makan. Ada yang sampai sebut lafaz nikah itu banyak kali. Nak practice katakan, takut tersasul pula nanti. Dalam hati nak sekali lafaz aje, tak nak banyak-banyak lafaz. Tapi ramai yang lupa beberapa perkara yang sunat selepas akad nikah.

Ala biasanya lepas akad nikah kan batalkan air sembahyang kan? Tetapi terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan selepas selesai akad nikah anda. Tapi sebelum pembatalan air sembahyang lah ye. Ikuti 4+1 perkara sunat selepas akad nikah oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra. Mana tahu sempat kutip pahala pertama selepas menjadi suami orang.

4 + 1 PERKARA SUNAT SELEPAS AKAD NIKAH

1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah.

Lafaz Niat: “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”

Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Rakaat pertama: Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.

Rakaat kedua: Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.

Membaca doa selepas salam.

2. Sujud Syukur.

Lafaz Niat: “Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”

Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.

Sujud sebanyak 1 kali.

Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.

Memberi salam.

3. Si suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atas ku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).

4. Isteri bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah.

Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.

5. Ni pertambahan untuk upacara pembatalan air sembahyang, HARAM hukumnya dok p sayang depan orang ramai, kesian dekat yang belum berkahwin, lagi kesian kena tok bilal atau tok imam yang dh isteri meninggal, meleleh ayaq lioq satgy..

Kalau nak buat acara batal air sembahyang juga ada cara mudah, KENTUT ja terus.. Setel!

Semoga 4 perkara sunat ini dibuat ye selepas majlis akad nanti. Jangan lupa share kepada pasangan dan rakan-rakan. Yang dah berkahwin pun ambil mood p la, mana taw rezeki menikah lagi kan. Paling kurang pun tag nama isteri masing-masing ya… AMEN!!

Sumber: