“Saya bersedia untuk bertelanjang bulat” Ibu Protes Mahu Telanjang Depan Pintu Sekolah Kerana Permohonan Masuk Anaknya Ditolak (VIDEO).

Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak? Demi kejayaan anak di masa hadapan, mereka sanggup berkorban apa saja meskipun mereka kehilangan harta dan maruah diri.

Namun apa yang bakal dilakukan ibu muda dari Indonesia ini telah mengejutkan warga netizen setelah tersebar sebuah video mengenainya yang mengaku sanggup berbogel demi mencapai impian untuk mendaftarkan anaknya ke sekolah yang dikehendaki, lapor Bangka Post.

Melalui rakaman video tular itu, wanita yang bernama Ida memberi amaran bahawa dia akan bertelanjang bulat di hadapan pintu gerbang Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 12 Tangerang Selatan, Banten.

Tujuannya ingin melakukan perkara tersebut adalah sebagai tanda protes jika pihak jawatankuasa pendaftaran pelajar baru di sekolah tersebut menolak permohonan kemasukan anaknya.
“Saya bersedia untuk bertelanjang bulat di hadapan pintu gerbang SMP.
“Tapi sebelum itu saya akan cukur bulu kemaluan saya dulu sebelum berbogel,” kata Ida dengan serius di hadapan beberapa orang lelaki.
Pengakuan berani matinya itu telah mendapat respon negatif dari netizen yang mengecam tindakan wanita tersebut sebagai menjatuhkan maruah wanita Islam yang bertudung.

Menurut Malaysian Digest, ibu muda tersebut sangat kecewa dengan sistem baharu pengambilan pelajar yang mula dipraktikkan sekolah berkenaan.

Hal ini kerana di Indonesia, kemasukan pelajar baharu di sekolah-sekolah ternama sangat sukar ekoran daripada wujudnya persaingan sengit di kalangan pelajar cemerlang, ditambah dengan kekurangan institusi pendidikan yang klasifikasikan sebagai ‘baik’.

Tonton Video Dibawah:

Sumber: