“SAYA KAHWIN MIX BANGSA LAIN, JADI KENALAH HORMATI AGAMA DIA (SUAMI)” – BIDAS KENYATAAN NETIZEN MENGENAI SUAMI…

Nampaknya sejak berkahwin ini Datin Paduka Eina Azman semakin bahagia dan berseri-seri. Tambah lagi dikurniakan dua cahaya mata kembar yang comel, Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Pasti ramai yang mencemburui pelakon drama Selamat Pengantin Madu itu. Lebih-lebih lagi Eina dilihat begitu mewah setelah berkahwin dengan jejaka pilihan hati, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Namun, baru-baru ini ada yang menyelar suaminya tidak mempunyai rupa. Bahkan ada juga yang menulis mengenai kajian bahawa ‘wanita cantik lebih bahagia berkahwin lelaki kurang kacak’.

Walaupun ia kajian umum, ada yang menggunakan gambar Eina dan suaminya sebagai contoh yang diperkatakan.

Bagaimanapun, Eina telah membidas segala tohmahan yang diterimanya selama ini dan berkata orang luar tidak tahu apa yang berlaku dalam hidupnya dan tidak sepatutnya menghakimi kehidupannya.

“You all tahu ke macam mana saya kenal macama mana husband I. You all tahu ke duit husband I banyak mana. Kurang ke, banyak ke. You all tak tahu, so you all tak perlu nak judge orang.”

Menurut Eina, walaupun ada yang mengatakan suaminya seiras Ebby Yus dan juga membangkitkan soal bangsa dan warna kulit suaminya, namun, di matanya suaminya seorang lelaki yang kacak.
Eina juga sempat menjawab mengenai netizen yang mempersoalkan agamanya apabila menyambut perayaan Deepavali bersama suami tempoh hari.

“Saya kahwin dengan orang mix, bangsa lain. So, saya kenalah menghormati agama dia (suami). Saya cuma memakai pakaian tradisi .Bukan saya pergi sembahyang kat kuil ke apa.” ujarnya

Selain itu, dia juga membidas kenyataan yang mengata bahawa dia kelihatan cantik kerana mempunyai wang. Menurutnya, dia berusaha untuk kelihatan cantik dan wang yang banyak juga tidak berguna sekiranya tiada usaha untuk mencantikkan diri.

Malah, Eina turut memberitahu bahawa dia yang akan menyediakan sendiri barang-barang keperluan suami dan anak-anaknya sekiranya mereka hendak bercuti.

Untunglah Datuk Paduka Kaiser , isteri pun cantik menawan, pandai ambil hati suami pulak tu! MH Online doakan agar hubungan ini berkekalan sepanjang hayat.

Di dalam perkongsian ini juga terdapat 1 artikel tentang 6 Perkara Yang Biasanya Diwarisi Anak-Anak Melalui Genetik Bapa

6 Perkara Yang Biasanya Diwarisi Anak-Anak Melalui Genetik Bapa

Kedua-dua ibu bapa mempunyai pengaruh dan genetik tersendiri dalam menurunkan kepada anak-anak mereka. Namun, terdapat beberapa perkara yang kemungkinannya lebih besar untuk diwarisi anak-anak melalui bapa.

Kami ingin berkongsi 6 perkara yang diwarisi anak melalui bapa.

1. Masalah jantung

Seorang doktor naturopati, Jen Stagg, anak lelaki boleh mewarisi genetik daripada ayahnya yang meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 50 peratus.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Leicester juga menyokong teori ini bahawa penyakit ini yang berlaku akibat penurunan penghantara oksigen ke jantung yang disebabkan pengecilan saluran darah, boleh diwarisi anak lelaki.

2. Kesihatan mental

Walaupun kedua-duanya, boleh mewariskan penyakit mentak kepada anak-anak, namun bapa lebih cenderung terhadap perkara ini. Penyakit seperti skizofrenia atau gangguan kekurangan perhatian hiperaktif (ADHD), lebih mudah diwarisi daripada bapa yang berumur.

Ia disebabkan oleh bapa 4 kali lebih cenderung untuk mengalami mutasi DNA, kerana lelaki terus menghasilkan sperma baru walaupun semakin berusia. “Ia mampu menyebabkan penyakit genetik jarang mampu berlaku pada anak-anak mereka, serta insiden gangguan neurodevelopmental yang tinggi seperti autisma” jelas doktor Jen Stagg.

3. Senyuman

Saiz gigi, saiz rahang dan bentuk gigi adalah genetik, dan mampu diwarisi melalui ibu atau bapa. Namun, terdapat kemungkinan besar ia lebih cenderung diwarisi melalui bapa. Genetik daripada bapa adalah lebih aktif berbanding genetik yang sama daripada ibu.

“Disebabkan oleh genetik bapa lebih aktif, mengakibatkan genetik berkaitan dengan saiz rahang, yang boleh mengakibatkan kesesakan gigi atau kerosakan gigi daripada enamel lembut, berlaku,” jelas doktor Jen.

Dan secara tak langsung, anak lebih cenderung mempunyai senyuman seperti bapa mereka.

4. Ketidaksuburan

Lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma masih mampu mempunyai anak dengan bantuan persenyawaan in vitro. Namun, para saintis mengatakan bahawa anak lelaki yang lahir hasil persenyawaan ini mempunyai keberangkalian tinggi mewarisi ketidaksuburan daripada bapa..

Maklumat yang diperolehi daripada lelaki dewasa yang disenyawakan melalui suntikan sperma intracytoplasmik (ICSI, rawatan kesuburan), menunjukkan bahawa ketidaksuburan pada golongan lelaki adalah sifat yang diwarisi.

Mereka yang lahir melalui cara ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi mempunyai kualiti sperma yang rendah, seperti bapa mereka.

5. Jantina anak

Menurut sains, kebarangkalian mendapat anak lelaki atau perempuan ditentukan oleh bapa. Menurut kajian yang diterbitkan di Science Daily, salasilah bapa boleh digunakan untuk menentukan kemungkinan jantina bayi yang bakal dilahirkan.

Jantina bayi ditentukan oleh sperma bapa. Jika sperma tersebut mempunyai kromosom X dan bergabung dengan kromosom X daripada ibu, akan terhasil bayi perempuan. Dan jika sperma mengandungi kromosom Y, anak lelaki akan terhasil.

6. Mata bayi

Kedua-dua ibu dan bapa mempunyai peranan dalam menentukan sama ada bayi akan mempunyai warna anak mata yang cerah atau gelap. Namun, jika bapa mempunyai ciri-ciri tertentu, bayi tersebut akan mengikut warna mata bapa.

 

Sumber : ceritaviralhq