Siapakah Diri Anda Sebenarnya? Cuba Kuiz Gambaran Ini dan Kenali Diri Anda

Ujian ini dicipta oleh Pip Wilson, seorang ahli psychologi terkenal Britain. Pada awalnya ujian ini dibuat untuk murid persekolahan. Kemudian didapati ujian ini juga berguna untuk orang dewasa. Ujian ini dapat membantu anda mengenali keadaan emosi, pemikiran dan status sosial anda.  Cuba buat ujian ini dan kenali diri anda yang sebenarnya…

Caranya…

  • Lihat gambar dibawah.
  • Pilih gambar manusia yang paling dekat menggambarkan diri anda.
  • Kemudian pilih gambaran manusia yang anda ingin jadi sepertinya. 
  •  


    Maksud gambaran manusia yang anda pilih:
    Gambaran 1, 3, 6, atau 7 menggambarkan anda seorang tegas dan tidak takut kepada halangan.

    Gambaran 2, 11, 12, 18, atau 19 menggambarkan anda seorang yang mesra dan sentiasa ada apabila rakan memerlukan anda.

    Gambaran 4 menggambarkan anda seorang yang bersungguh untuk mendapatkan sesuatu yang dingini tanpa berusaha keras atau bersusah payah.

    Gambaran 5 bermaksud anda seorang yang lemah dengan cabaran hidup.

    Gambaran 9 bermaksud anda seorang yang ceria.

    Gambaran 13 atau 21 bermaksud anda seorang yang gemuruh, suka memendam rasa dan suka menyendiri.

    Gambaran 8 bermaksud anda seorang yang kuat berangan di dalam angan-angan sendiri.

    Gambaran 10 dan 15 bermaksud anda seorang yang mudah menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan.

    Gambaran 14 bermaksud anda seorang yang kuat emosi. Anda mudah mendapat krisis atau kekacauan emosi dalaman.

    Gambaran 20 ialah orang yang mementingkan kepentingan diri sendiri. Anda adalah seorang pemimpin dan mahukan orang lain mendengar pandangan anda.

    Gambaran 16 menggambarkan anda mencuba membantu seseorang.

    Gambaran 17 bermaksud anda fikir anda sedang disukai oleh orang lain.