TAHUKAH ANDA KENAPA BAYI DILAHIRKAN HASIL ZINA LEBIH MUDAH DARI YANG HALAL?

Di zaman serba moden kini,pergaulan bebas diantara remaja lelaki dan wanita semakin menjadi-jadi seolah-olah tiada wujud perasan malu dalam kalangan diri mereka. Mengaku di atas dasar cinta,mereka bebas melakukan hubungan terlarang seperti suami isteri tanpa perlu ada ikatan yang sah terlebih dahulu.

Tidak hanya melalui media,cerita-cerita kes hamil luar nikah sentiasa panas melalui halwa telinga.Paling menyedihkan ianya terus berleluasa dan ianya berlaku di persekitaran kita. Namun yang menjadi mangsa selamanya adalah wanita yang mengandung luar nikah dan apakah nasib kepada bayi yang bakal dilahirkan. Sama ada bayi tersebut akan dipelihara oleh ibunya atau dibuang di timbunan-timbunan sampah dan sungai.

Melalui berita-berita yang sering kita dengar,wanita-wanita yang terlanjur ini boleh sahaja melahirkan bayi mereka dimana-mana tanpa memerlukan bantuan orang lain bagi mengelakkan diketahui orang lain akan kesalahannya. Mereka solah-olah tidak sakit apabila rasa takut diketahui oleh orang lain lebih tinggi dalam diri. Ianya amat berbeza dengan ibu-ibu yang mengandung melalui hubungan halal,mereka kelihatan sangat sakit seolah-olah mahu kehilangan nyawa sewaktu melahirkan anak.Mengapa terjadi hal sedemikian? Adakah rahsia Allah disebalik hal ini?
Keadaan seperti ini banyak ditemukan di dalam sosial di lingkungan kita. Bahkan kerana mudahnya dalam proses tersebut, ibu yang mengandung bayi hasil perzinaan tidak sayang membuang bayinya.

Tidak hairanlah jika diantara kita sering berkata “Ada yang mudah mendapatkan anak, namun dibuang dan disia-siakan, ada juga yang begitu menginginkan anak namun begitu susah untuk menadapatkannya,”

Sebenarnya kemudahan tersebut bukan menjadi satu kenikmatan yang diberikan Allah kepada mereka yang mengandung janin hasil perzinaan ini. Namun itu merupakan bentuk balasan dan seksa Allah kepada mereka. Mengapa pula begitu?

Wanita yang mengandung dari hasil pernikahan yang sah pasti akan mengalami sakit yang begitu meyeksakan. Jangankan untuk melahirkan sendiri, bahkan ahli keluarga sendiri pun belum tentu sanggup untuk membantunya. Harus ada doktor yang pakar dapat membantu didalam proses bersalin. Begitu juga dengan kos perbelanjaan ersalin yang dikeluarkan juga cukup banyak bebanding wanita yang melahirkan anak seorang diri di kebun-kebun atau di dalam bilik tidur sendiri.

Namun Allah SWT menjanjikan pahala untuk setiap rasa sakit yang dirasakan oleh ibu. Kesulitan yang dialami oleh ibu hamil, baik letih, sakit, dan gangguan kesihatan. Kesemuanya itu insya Allah ada pahala dan balasan yang dicatat untuk wanita hamil.

Seorang hamba muslim akan diberi pahala oleh Allah pada semua musibah yang menimpanya di dunia, hingga duri yang mengenainya, Allah akan hapuskan dosa-dosanya. Maka sakit yang saat melahirkan dan saat hamil, pahalanya amat besar disisi Allah.

Lalu mengapa Allah SWT mempermudah proses persalinan wanita yang mengandung anak hasil perzinaan? Hal tersebut adalah kerana Allah SWT mencabut rasa kesusahan itu sehingga tidak mendapatkan pahala sebagaimana wanita-wanita lain yang bersusah payah ketika hamil hasil pernikahan yang sah.

Kemudian ketika melahirkan, mudah saja anak itu keluar. Maka, pahala sakit kerana melahirkan anak itu telah diangkat darinya. Wanita biasa, pada keadaan begini harus dibantu oleh bidan atau doktor yang pakarl, itu pun susah dan sakit untuk melahirkan anak, tetapi wanita yang telah berzina tidak demikian keadaannya

Setelah anak itu lahir, selalunya bayi itu akan dibunuh agar tidak meninggalkan jejak dan menimbulkan aib kepada diri serta keluargannya. Mengapa sampai begitu kejam? Kerana perasaan kasih sayang sudah dicabut oleh Allah darinya. Wallahualam.

Sumber: http://suaramedia.org