“Terima Kasih Cinta Hati, Macam Cerita Ali Baba Bujang Lapok” – Rody Kristal

Gitaris kumpulan Kristal, Rody akui terkejut apabila tunangnya penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman membuat kejutan hari jadi.

Sambutan hari jadi yang ke-32 Rody itu berlangsung dengan meriah semalam.

Rody yang berkongsi beberapa foto sepanjang majlis tersebut di akaun Instagram (IG) peribadinya turut menceritakan kejadian yang berlaku sebelum menerima kejutan tersebut.

Dalam pada itu ruangan komen foto-foto tersebut juga turut dihujani dengan ucapan ulang tahun dari peminatnya.

“Selamat hari lahir bro @rodykristal. Semoga dipanjangkan usia dan dikurniakan rezeki yang berlimpahan. – @mandarigerik

“Gol keeper yang sweet @niena_azman, anyway happy born day @rodykristal, semoga panjang umur murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat,” -@hazlee0309

Foto: Instagram @rodykristal / @niena_azman

Teks oleh: Mya Amri