TERKINI: Ini Respon Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (Ppim), Datuk Nadzim Johan Mengenai Keputusan Mahkamah Terhadap Kes Datin Rozita. Apa Pendapat Anda?

DATIN yang mendera pembantu rumahnya bukan saja perlu dikenakan hukuman berat, malah disenarai hitam daripada mengambil amah baharu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata hukuman ringan terhadap Datin Rozita Mohamad Ali, 44, yang didakwa mencederakan pembantu rumahnya, gagal mendatangkan sebarang pengajaran.

Katanya, keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik lima tahun dengan jaminan RM20,000, juga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat.

“Mungkin mahkamah ada alasan tertentu, namun kita mengharapkan ada pengajaran serta dapat menegakkan keadilan.

“Undang-undang perlu sama (kepada yang berpangkat atau tidak berpangkat), dan keadilan itu perlu terlihat dalam apa juga keputusan mahkamah.

“Pada pandangan saya, Datin itu setidak-tidaknya perlu disenarai hitam, dan perlu ada denda atau ganti rugi kepada mangsa dan keluarganya,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Nadzim berharap keputusan itu akan berubah menerusi rayuan difailkan Pejabat Peguam Negara, sekali gus memberi keadilan sewajarnya, khususnya kepada pembantu rumah warga Indonesia itu, Suyanti Sutrinso.

Related image

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Khamis lalu yang menimbulkan bantahan pelbagai pihak, termasuk pengamal undang-undang kerana implikasi hukuman itu memberi gambaran salah terhadap perundangan negara.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilaporkan berkata, beliau sudah mengarahkan rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah terbabit.

Ketika awal pendakwaan, tertuduh berdepan tuduhan cuba membunuh pembantu rumahnya mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun jika cedera, dan seumur hidup jika menyebabkan kematian.

Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa.

Image result for Datin Rozita

Bagaimanapun, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 9 Mei tahun lalu, tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, ketika prosiding disambung pada Khamis lalu.

Berdasarkan Seksyen 326, jika sabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda.

Susulan pengakuan bersalah tertuduh terhadap tuduhan pindaan itu, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Mohammed Mokhzani Mokhtar, membenarkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan selama lima tahun dengan jaminan RM20,000.

Sumber
Dera amah: 14,000 tandatangan petisyen
Lebih 14,000 individu menandatangani petisyen menuntut hukuman tegas dikenakan terhadap seorang Datin yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya.

Petisyen itu dilancarkan susulan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis lalu, yang membenarkan tertuduh, Datin Rozita Mohamad Ali, dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000.

Ia ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Setakat jam 3.48 petang tadi, petisyen bertajuk ‘Tuntutan keadilan sama rata’ yang mula dilancarkan semalam, sudah mengumpul 14,122 tanda tangan daripada 15,000 tanda tangan yang disasarkan.

Image result for Dera amah: 14,000 tandatangan petisyen

Petisyen itu antara lain menolak keputusan mahkamah itu, dan mahu keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat dan harta.

Ia turut menuntut Rozita, 44, dikenakan tindakan lebih tegas, selain menyifatkan ‘jenayah’ terhadap pembantu rumah, Suyanti Sutrinso, 19, itu sebagai keji dan tidak berperikemanusiaan.

“Walaupun (tertuduh) seorang Datin, kaya dan memiliki hubungan (dengan individu tertentu), tidak memberi hak kepadanya untuk bertindak sedemikian.

“Apakah mesej kita yang cuba sampaikan kepada rakyat dan kanak-kanak? Malaysia perlu meneliti isu hak asasi manusia dengan serius,” kata kenyataan dalam petisyen itu.

Keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya itu, mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan ia terlalu ringan, malah pengamal undang-undang sendiri membantahnya kerana implikasi hukuman itu, memberi gambaran salah terhadap perundangan negara.

Sehubungan itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata beliau sudah mengarahkan rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah terbabit.

Ketika awal pendakwaan, tertuduh berdepan tuduhan cuba membunuh pembantu rumahnya mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun jika cedera, dan seumur hidup jika menyebabkan kematian.

Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa.

Bagaimanapun, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 9 Mei tahun lalu, tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, ketika prosiding disambung pada Khamis lalu.

Berdasarkan Seksyen 326, jika sabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan hingga 20 tahun dan denda.

Susulan pengakuan bersalah tertuduh terhadap tuduhan pindaan itu, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Mohammed Mokhzani Mokhtar, membenarkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan selama lima tahun dengan jaminan RM20,000.

Sumber