Terlalu Berani Sangat Main Game ‘Spirit Coin’, Ini Berlaku Kepada Pelajar Ini…

Rata-rata antara kita mempunyai kisah seram ketika zaman duduk di asrama mahupun di rumah sewa atau kolej. Makhluk halus sentiasa ada di persekitaran kita tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Melainkan kita ada ‘menganggu’ keluarga atau kediamannya dan ketika itu mereka akan ‘hadir’ di depan kita.

Namun, pasti setiap pengalaman kita berdepan makhluk halus adalah berbeza. Ini kisah seram asrama yang dikongsi Ikmal Hanif di ruang Twitter miliknya. Kisah seram ini berlaku sendiri di depan mata 4 rakan bilik. Semua ini terjadi akibat bermain permainan Truth or Dare. Anda diantara pernah main game ni?
Truth or Dare

Sudah pasti banyak moment indah menjalani kehidupan sebagai pelajar asrama. Kita pasti tidak terlepas dengan saat makan maggie dalam gayung, berkumpul dan berkongsi kisah bersama roommate. Ibarat rakan asrama bagai keluarga yang kedua.

Tapi 4 pelajar asrama lelaki ini bermain Truth or Dare pada tengah malam di bilik mereka. Bagi pusingan pertama sangat menghiburkan apabila berani untuk menganggu rakan lain yang sedang tidur.
Pusingan terakhir

Habis satu pusingan, mereka berjanji untuk main pusingan terakhir sebelum tidur. Lelaki ini mencabar sahabatnya, Azwan untuk berdiri di depan dorm 6 selama 20 minit. Dorm 6 terletak pada aras yang saya tetapi hujung sekali dan tiada berpenghuni.
Punca segalanya

Mengikut mitos, acap kali pelajar dirasuk ketika awal bangunan sekolah siap dibina dan seorang ayah kepada salah seorang pelajar situ membuat perjanjian dengan makhluk halus bagi mereda keadaan.
Memandai janji

Sejak dari peristiwa itu, dorm 6 tidak lagi berpenghuni pelajar dan jarang sekali pelajar untuk ke situ. Malah, bilik berkenaan juga dikunci oleh pihak sekolah dan dijadikan stor simpan barang saja.
Acah berani

Pada jam 3 pagi, Azwan ke dorm 6 dan berdiri seorang diri menghadap tingkap bilik tersebut. Manakala 3 sahabat lagi berdiri dari jauh memantau dia.
‘Sejam pun aku sanggup’

Mulanya Azwan tidak takut dan sempat lagi berkata sombong. Tetapi lelaki ini dapat merasakan sesuatu yang malang akan menimpa mereka.
‘Dia’ lalu sebelah

Ada sesuatu aneh yang lalu disebelah lelaki ini, seolah angin menyapa tubuhnya seketika. Emosi pun berubah dan mula nak marah orang tanpa sebab.
Lembaga hitam

Dia mula nampak lembaga hitam dan besar dibelakang Azwan yang masih setia berdiri menghadap ke arah dorm 6 itu.
Kaku melihat ‘dia’

Azwan juga melihat lembaga itu dan terkejut berdiri kaku disitu. Lelaki ini mengajak 2 sahabat tadi untuk menyelamatkan Azwan.
Atas bahu Azwan

Mereka melihat ada makhluk duduk atas bahu Azwan dan tubuhnya amat berat untuk ditarik. Lebih menarik, pelajar lelaki ini melihat sesuatu yang lebih gerun dalam dorm 6 itu.
‘Dia’ memandang tepat

Pelajar ini ternampak pocong berdiri dalam dorm 6 sambil memerhati tepat ke arah mereka ketika sedang menolong Azwan. Seram !
Azan!

Keadaan menjadi kelam kabut lantas dilaungkan azan sekuat hati. Salah seorang dari sahabat tadi berlari mendapatkan warden dan Azwan dibawa ke surau asrama untuk diubati.

Azwan mula sedar sambil menangis. Pak guard yang mengubati Azwan memberitahu yang Azwan telah memukul kepala anak makhluk itu.
Terus insaf

Selepas kejadian misteri itu, mereka sering dimarahi warden dan Azwan mula berubah serta tidak pernah tinggal solat dan tidak berani menjejak kaki ke kawasan itu lagi termasuk belakang sekolah berkenaan.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita untuk tidak menganggu dunia makhluk itu.

Credit: Ikmal Hanif