[VIDEO] “Buat Surprise Harijadi Wawa Sempena Ulang Tahun Ke-40!” – Kapsyen Aeril Zafrel Buat Isteri Tak Tidur Malam, Lawak Habis!

Kemesraan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak dapat dinafikan, apatah lagi kedua sering bergurau senda di laman Instagram.

Terbaru Aeril dalam laman Instagramnya telah memuat naik rakaman dia dan beberapa rakan menyambut hari jadi isterinya pada 12 Mac yang lalu.

Namun rakaman berkenaan yang disertakan dengan kapsyen “Buat suprise harijadi kat @w4w4_zainal sempena ulang tahun yang ke 40 dia” mengundang tawa netizen.

Mana tidaknya, takkanlah kak Wawa yang comel dan cantik itu berusia 40 tahun bukan?

Sebenarnya Wawa baru sahaja mencecah umur 27 tahun pada tahun ini!

Video berkenaan mendapat hampir 450 tontonan sejak dimuat naik 15 jam lalu.

Lucunya, Wawa dalam laman Instagramnya turut bergurau bahawa dia tidak boleh tidur selepas membaca kapsyen hari jadi suaminya itu! Lawak habis!

Aeril dan Wawa bernikah pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Sumber Instagram Aeril Zafrel

Kredit: Kisah Dunia

“Bang Mintak Duit Bang Sikit”-Fazura Manja Betul Bila Minta Duit Dari Husband,Tapi Ini Respond Yang Dia Dapat Dari Suami

Makin mesra makin bahagia pula tengok Fazura dengan Fattah ini kan selepas mereka berkahwin. Mereka berdua ini bukan sahaja di puji oleh para peminat.Tahukah korang Fattah dan Fazura juga di puji oleh ustaz yang mana mereka berdua di katakan menggunakan cara yang tepat untuk mendirikan rumah tangga.

Tidak banyak gosip,tidak ke sana ke mari sampai ramai bercerita,sedar tak sedar mereka sudah mengikat tali pertunangan dan mengadakan majlis akad nikah dengan segera. Bukan sahaja para wartawan dan rakan artis, para peminat pun di jemput dalam majlis khusus. Wah bagus betul.Pendek kata majlis mereka berdua ini memang tidak langsung ada orang komplen macam-macam kerana kedua-duanya berusaha untuk melayan semua pihak.

Selepas berkahwin, nampaknya Fazura dan Fattah pun tidak lagi mampu untuk sorok rasa bahagia mereka. Ada yang romantis ada yang lucu. Mereka berdua ini bagaikan budak-budak pada waktu yang sama.Salah satu rakaman video ini buat netizen gelak besar bilamana Fazura meminta duit dari suami tersayang.

Kalau sudah ada suami, jadi semua keperluan untuk beli macam-macam boleh minta dari suamilah kan? Makanya Fazura pun cakap,“Bang,mintak duit bang,saya tak ada kasut”.Tapi apa yang di respond oleh Fattah adalah buat tidak tahu dan buat-buat sibuk kerja dan berbincang dengan PA. Haha.Comel betullah mereka berdua ini. Fattah pun nampaknya jenis yang suka mengusik isteri juga ya.

 

Sumber: Kisah Dunia