Video Lelaki Ini Buat Hubungan Kelamin Dengan Motorsikal Tular

SEBUAH klip video yang dirakamkan dari kamera litar tertutup muncul, menunjukkan seorang lelaki melakukan aksi sedang mengadakan hubungan seks dengan motosikal.

Video ini menunjukkan lelaki tersebut yang sedang berada di sebuah ruang, kelihatan seperti bilik pameran motosikal, duduk di atas sebuah motosikal dengan seluarnya dibuka.

Klip menjijikkan ini menunjukkan lelaki berkenaan membuka seluarnya beberapa kali.

Barangkali terdengar bunyi bising di bilik sebelah, dia dengan cepat berdiri dan memakai seluarnya semula.

Tetapi sebaik sahaja menyedari dia bersendirian, dia meneruskan perbuatan anehnya itu.

Bagaimanapun netizen melihat rakaman ini sebagai melucukan dengan ada yang menulis: “Namanya Sue Zuki”.

Video ini telah dilihat 55,000 kali sejak ia dimuat naik ke laman video tular Live Leak lebih 24 jam yang lalu. -MirrorUK
Rakaman Video Jijik Lelaki Tidak Siuman Ini

Sumber: MSTAR ONLINE