12 tahun jenazah masih elok berkiam. Anak menangis bercerita apa yang dilalui ibu ketika hidup.

Cerita ini berlaku sekitar bulan November lalu tentang perpindahan kubur arwah ibu Amina Jasmine dari Tanah Perkuburan Pendas Laut ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Tampoi. Selama 12 tahun jenazah dikebumikan, ketika urusan perpindahan jenazah masih dalam keadaan elok dan berkiam.

Menurut Amina tanah perkuburan itu telah diambil untuk projek pembangunan. Jadi semua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan yang lain mengikut kehendak waris.

Sehari sebelum jenazah ibunya dipindahkan Amina sudah melawat tanah perkuburan dan hatinya berasa bimbang mengenangkan proses perpindahan jenazah ibunya.

Luahnya sebelum itu, “Hari ini penat menangis. Hari yang meruntun-runtun hati dan jiwa. Tengok mereka gali semula tanah-tanah kubur itu. Keluarkan tulang belulang atuk moyang. Dan esok mak aku pula.”

Hatinya menjadi lega apabila mengetahui keadaan yang disaksikan sendiri di hadapan matanya.

12 tahun jenazah masih elok berkiam.Anak menangis bercerita apa yang dilalui ibu ketika hidup

12 tahun jenazah masih elok berkiam.Anak menangis bercerita apa yang dilalui ibu ketika hidup

“12 tahun mak pergi menghadap Ilahi. Jenazah mak masih dalam keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak. Bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas di pandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar.. Maha Suci Allah”

Kata Amina lagi arwah ibu semasa hayatnya merupakan seorang wanita yang lembut. “Dia tak suka mengata orang lain. Tak suka mencerca orang lain. Mak mudah sangat mengalirkan air mata.

“Hati mak bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.”

Sifat baik arwah ibu yang ditunjukkan semasa hidup di dunia ini telah Allah ganjarkan dengan ganjaran yang besar. Semasa nak dikebumikan pun, arwah ibunya dapat disemadikan bersebelahan dengan kubur suaminya.

“Dan siapa sangka dalam kepadatan tanah perkuburan Bukit Alif, mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha Suci Allah.”

Setelah 12 tahun mak pergi. Allah beri aku ‘SESUATU’ tentang hidung ini, hati ini, keinsafan ini.

“Maaf andai perkongsian ini menjadikan kalian tidak selesa. Tetapi jadikanlah ianya sebagai ikhtibar dan ingatan agar kita terus berusaha membaiki hati dan amal kita. Maaf dari saya insan yang jahil.”

12 tahun jenazah masih elok berkiam.Anak menangis bercerita apa yang dilalui ibu ketika hidup

Bawalah Anak-anak Ziarah Kubur Atuk Nenek
Sememangnya sudah menjadi rutin dalam diri Amina akan membawa anak-anaknya menziarahi kubur mak dan ayahnya. “Anak-anak bagi salam pada atuk-atuk dia. Nanti anak-anak rasa dekat dengan atuk mereka walau tak pernah jumpa tok mak.”

Sebaik selesai membaca doa, anak-anak diajar untuk membersihkan kubur arwah pula. Mereka diajar juga dengan azab ziarah kubur. Dari situ anak-anak akan belajar memaknai kehidupan dan tahu kemana langkah mereka seterusnya.

“Ziarahlah kubur mak dan ayah kita selalu. menziarahi kubur mereka umpama kita ziarah mereka masa mereka masih hidup. Ajarlah anak biasakan diri ziarah kuburan.”
Adab Menziarahi Kubur
√     Terutama kubur ibu bapa. Disunatkan menziarahi pada hari Khamis selepas solar Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor.

√     Kalau sekarang kita tak ziarah selalu kubur mak ayah, agak-agak nanti kita expect apa anak-anak kita buat bila kita tiada di dunia.

√     Menziarahi kubur adalah suatu ibadah. Terdapat pahala yang besar dalam melakukannya.

12 tahun jenazah masih elok berkiam.Anak menangis bercerita apa yang dilalui ibu ketika hidup

Siap untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Bukit Alif.

4 Langkah Perlu Dibawa Bila Ibu Atau Saudara Terdekat Meninggal Di Hospital
“Adik.. mak kita dah tak ada. baru sekejap ini. Datang hospital cepat ya. Mak kejap lagi nak dihantar ke rumah mayat.”

Kalau situasi ini berlaku dalam keluarga anda,

JANGAN PERGI DENGAN KEADAAN BERLENGGANG KANGKUNG
Step pertama:
Di rumah, capai kain batik yang mak selalu guna. Kalau tak ada kain batik lepas. Tetaskan bahagian jahit kain batik yang biasa tu buat panjang. Untuk apa?
Untuk menutup badan jenazah di rumah mayat nanti. Kalau jenazah nak dibawa balik ke rumah. Takkan nak bawa balik selimut hospital kan. Hak kerajaan tu. Bawalah dalam 3 helai.
Step kedua:
Bawa tuala bersih. Yang selalu arwah pakai. Ini untuk kegunaan lap badan dia nanti incase jika nak mandikan di rumah mayat. Kalau boleh elakkan guna tuala baru. Kerana menggunakan kain @ pakaian yang telah digunakan oleh si mati itu lebih afdhal dan adalah sunnah nabi
Step ketiga:
Bawa shower gel untuk sabun badan arwah. Jika jenazah nak mandikan di rumah mayat.
Step keempat:
Bersama-sama dengan si pemandi jenazah memandikan ibu mu turut serta walau kamu tak pernah mandikan jenazah. Rebutlah sebagai pengalaman pertama dalam hidup.

Ini secara asas sahaja bila dapat call dari keluarga jika ada kematian ibu atau saudara terdekat.

Sebab untuk pengetahuan kita semua, rumah mayat tak sediakan tuala, kain batik untuk jenazah. Sabun pun share dengan jenazah-jenazah yang sebelum ni guna. Jangan suka beranggapan ala rumah mayat semuanya dah siap. Senang..

Saya share dari perkongsian ustazah Hasnah Jaafar yang saya anggap sifu dalam bidang pengurusan jenazah ini. Beliau adalah pemandi jenazah yang dilantik oleh Pejabat Agama Negeri.

Sumber/Foto : Amina Jasmine Via mingguanwanita.my
Sumber: suaramedia