BACA DAN FAHAMI: PENGERTIAN HUKUM REMAJA KELUAR DATING. INILAH JAWAPAN & HUKUMNYA.

Berdating bererti menghampiri perzinaan. Dalam Islam seseorang itu dilarang keras dari menghampiri perzinaan. Oleh kerana pezinaan itu mendatangkan dosa besar, maka melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada perzinaan termasuklah Dating ini adalah haram dan berdosa.

Kaedah feqah menjelaskan “Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram”. Jauhilah dari berdating kerana ianya adalah jalan mudah bagi syaitan menjerumuskan anak Adam ke lembah perzinaan. Jauhilah dari berdating kerana orang yang ketiga di masa itu ialah syaitan.

Saya ingin menyeru kepada semua wanita dan lelaki muslim, marilah kita berpegang teguh dgn ajaran agama kita yang mulia ini, agar kita akan mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah. Memang susah untuk kita mematuhi suruhan dan larangan Allah, tetapi ianya akan menjadi mudah jika kita menjadikan Allah sebagai kekasih kita.

Sudah lazimnya seorang kekasih itu akan mentaati kekasihnya. Soal jodoh janganlah kita terlalu ‘berminat’ untuk mendapatkannya sehingga kita mengambil jalan-jalan yang diharamkan oleh Allah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Kerana jika kita melalui jalan yang haram untuk mendapatkan jodoh kita ditakuti hidup kita sesudah itu tidak diberkatinya, perkahwinan kita tidak bahagia bahkan banyak berlaku pasangan yang berkahwin atas dasar cinta ‘separuh mati’ ini berakhir dengan perceraian.

Semoga dengan kita mentaati semua perintah Allah, Dia akan menganugerahkan kita pasangan yang baik kerana Allah berjanji dalam Surah An Nur bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita baik.

Semoga kita mendapat petunjuk dari Allah SWT dalam menjalani kehidupan kita yang penuh ujian ini ..

Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.