‘Bijak & Hebat Permainan You’ – Dakwa Bekas Suami Tipu Media

Walaupun konflik rumah tangga Serina Redzuawan dan Gavin Edward sudah berakhir, namun, Serina masih tidak berpuas hati dengan tindakan bekas suaminya. Susulan kes anak perempuannya, Bella yang didapati terdapat kesan lebam di mata telah menimbulkan syak terhadap Gavin.

Walaubagaimanapun, Serina telah berkongsi video dan foto ketika Bella mendapatkan rawatan dari doktor. Ternyata dia sedih dengan bekas suami membiarkan anak terus sakit tanpa membawanya ke hospital. Malah, dia juga kecewa dengan bekas suami yang didakwa menipu media mengenai kes khalwat.
Hantar anak ke kelas agama – Gavin

Serina berkongsi rakaman video ketika Gavin ditemubual Melodi, semalam. Menerusi video tersebut, Gavin menafikan segala tuduhan Serina yang dikatakan tidak benar sama sekali. Tambah Gavin, dia tidak melupakan tanggungjawabnya dan turut menghantar anak-anak ke kelas agama.

Namun berbeza pula dengan penjelasan Serina yang mendakwa Gavin berbohong.
Tidak dipedulikan

Video ini menyaksikan Serina bertanyakan kepada Bella mengenai kesan lebam di mata. Ketika itu, kanak-kanak ini ikut ayahnya bermain bola. Anak ini dikatakan bermain sendirian hingga jatuh dan meninggalkan lebam yang agak teruk dibawah mata.
Mata anak bengkak dan biru

Video berdurasi seminit ini menyaksikan Bella dibawa berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan lebam dibawah mata. Malah, dia turut mengadu matanya itu terkena besi di sekitar padang bola. Seria jelas kecewa dengan perbuatan Gavin yang didakwa hanya membiarkan tanpa membawa anak ke hospital dengan segera.

Kini, Serina masih berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya di mahkamah supaya dua orang anak ini terjaga kebajikan dan keselamatan dibawah penjagaannya.

Credit: Serina Redzuawan

Ada Kesan Lebam Bawah Mata Cucu, Chef Wan Berang Dengan Bekas Menantu

Rumah tangga Serina Redzuawan dan Gavin Edward sudah pun terlerai setelah Serina memfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah tahun lalu. Kini tampil Chef Wan bersuara di laman Instagram miliknya apabila menerima satu video yang menyayat hati. Video tersebut memaparkan anak perempuan Serina, Bella, kelihatan lebam di bahagian bawah mata.

Walaubagaimanapun, Chef Wan amat tidak berpuas hati akan nasib ditimpa cucunya dan menyuruh Serina untuk membuat laporan polis. Chef Wan juga berkesempatan mendedahkan sisi gelap sikap bekas menantunya itu kepada umum.

Sudah 3 minggu simpan dalam hati

Video ini diambil oleh Serina apabila berpeluang jumpa anaknya dan video ini dihantar kepada Chef Wan. Dia yang telah lama menahan rasa marah terhadap sikap kurang ajar bekas menantu telah mendedahkan kesengsaraan rumah tangga Serina sebenar kepada umum.
Jumpa hujung minggu saja

Serina turut dilarang berjumpa anaknya pada hari biasa, malah, hanya dibenarkan ketemu anak pada hujung minggu saja. Chef Wan juga berasa bengang apabila dirinya juga tidak dibenarkan berjumpa cucu kesayangan.
Mat Salleh kurang ajar!

Sejak hari pernikahan Serina dan bekas suami lagi, Chef Wan mengakui dirinya tidak merestui perkahwinan ini dek sikap Gavin yang kurang ajar. Namun, dia terpaksa kelihatan gembira apabila berdepan anaknya dan bekas menantu.
Saya sanggup masuk lokap demi keadilan

Dia menyarankan agar Serina bertegas demi hak penjagaan anak-anak agar masalah demikian dapat dibanteras. Malah, Chef Wan sanggup berkorban apa saja demi keadilan walaupun perlu dihadapkan ke mahkamah dan disumbat ke dalam lokap. Maka, kes ini perlu dibawa ke muka pengadilan semula bagi mendapatkan hak penjagaan anak.
Lagak di negara orang!

Chef Wan turut memberi amaran buat bekas menantunya agar memberhentikan kes buli terhadap anak dan dirinya. Malah, dia juga nekad untuk membawa kes ini ke muka pengadilan.

Credit: Chef Wan

Sumber: ohbulan