CARA KIRA FIDYAH BAGI YANG LAMBAT GANTI PUASA.

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga tiba Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud :

“……Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”.

Walaupun fidyah telah dibayar, namun bagi mereka yang sengaja meninggalkan puasa atau kepada golongan tertentu, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Permasalahan 1…..

Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut – turut tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga Ramadhan Tahun 2010 seperti berikut :

Tahun 2007 tinggal puasa 6 hari

Tahun 2008 tinggal puasa 5 hari

Tahun 2009 tinggal puasa 7 hari

Penyelesaian

Langkah 1

Kira jumlah tahun seseorang itu tidak qada’ puasa yang ditinggalkan iaitu jumlah dia telah melangkaui Ramadhan berikutnya.

Oleh itu, jumlah tahun ditinggalkan puasa dari tahun

2007 hingga masuk Ramadhan 2010 ialah 3 tahun

2008      “           “                “            “        “  2 tahun

2009      “           “                “            “        “  1 tahun

Langkah 2

Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa dan kemudian dibahagi dengan 4 ( nilai 1 cupak beras ).

Permasalahan 2…..

Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut – turut tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga Ramadhan Tahun 2010 seperti berikut :

Tahun 2007 tinggal puasa 5 hari

Tahun 2008 tinggal puasa 5 hari

Tahun 2009 tinggal puasa 5 hari

Penyelesaian

Langkah 1

Kira jumlah tahun seseorang itu tidak qada’ puasa yang ditinggalkan iaitu jumlah dia telah melangkaui Ramadhan berikutnya.

Oleh itu, jumlah tahun ditinggalkan puasa dari tahun

2007  hingga masuk Ramadhan 2010 ialah   3 tahun

2008      “           “                “             “       “      2 tahun

2009      “           “                “              “      “      1 tahun

Langkah 2

Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa dan kemudian dibahagi dengan 4 ( nilai 1 cupak beras ).

Permasalahan seterusnya boleh rujuk di lama web MAIJ

SUmber: website MAIJ